Tugas guru adalah untuk mengajar dan mencurahkan ilmu kepada murid-muridnya tentang ilmu dan dunia luar. Guru juga bertanggungjawab melindungi anak muridnya semasa di bawah jagaannya.
Boleh kita simpulkan, tugas seorang guru adalah sangat mulia dan dihormati masyarakat. Namun, lain pula yang terjadi di Sindh, Pakistan apabila seorang guru mengambil kesempatan ke atas anak muridnya. Beberapa minggu lepas, gempar apabila seorang kanak-kanak dilaporkan dirogol guru mengajinya di dalam masjid, tempat di mana kanak-kanak tersebut mengaji. Hal ini diceritakan sendiri oleh kanak-kanak perempuan bernama Afsana kepada bapanya selepas dia berasa tidak sihat dan sakit di beberapa bahagian tubuh. Bapa Afsana melaporkan hal ini kepada pihak polis, namun tindakannya itu seperti tidak diendahkan apabila pihak polis hanya bersimpati dan menyuruh Afsana membuat pemeriksaan kesihatan. Selepas disahkan doktor, pihak polis telah menangkap guru agama tersebut, Maulvi Shafqat Samejo. Menurut Afsana, Maulvi telah membuat gangguan seksual beberapa kali semasa kelas mengaji sedang dijalankan. "Imam meletakkan tangannya di dalam mulut, kemudian memegang tangan dan menutup tingkap dan pintu," ujar Afsana. Gangguan seksual adalah perkara yang sering berlaku di sekolah agama, masjid mahupun madrasah di Pakistan. Isu ini seperti sudah lali untuk didengari dan kadangkala, masyarakat mengambil sikap tidak endah akan isu gangguan seksual ini. Semoga ada kebenaran dan keadilan untuk Afsana dan bapanya. Diharapkan isu gangguan seksual ini mendapat perhatian masyarakat di Pakistan, mahupun di negara kita sendiri. - CARI
|
ADVERTISEMENT