CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Awak Bukannya Ikan," Tular Tips Minum Air 7 Liter, Doktor Kata Ia Boleh Sebabkan Sawan

11-11-2019 04:42 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 7382| Komen: 32|Original author: SakuraJo

Seringkali kita disajikan dengan pelbagai tips untuk mengurangkan berat badan dan kekal sihat baik daripada individu biasa sehinggalah golongan selebriti. Antara tips yang sering dikongsi adalah minum banyak air kosong untuk mengurangkan rasa lapar. 

Berkongsi tips menurunkan berat badan dengan mengamalkan pengambilan air putih sebanyak 7 liter sehari di laman Twitter, seorang individu mendapat perhatian ramai. ertikaikan tips yang diamalkan olehnya itu. 

Minum 7 liter air sehari. Lagi banyak minum air putih, lagi banyak berat yang dikurangkan. 

Kredit foto : Twitter

Rata-rata tidak bersetuju dengan diet yang diamalkan oleh individu terbabit dan tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman mereka yang pernah tersilap. 

Kredit foto : Twitter

Pengsan kerana kehilangan elektrolit di dalam badan akibat terlebih minum air putih..

Kredit foto : Twitter

Tweet tersebut juga mendapat perhatian pengamal perubatan yang dikenali sebagai Pami Nordin. Dia cuba menegur kesilapan yang kerap dilakukan oleh orang ramai terutama sekali mereka yang mahu mengurangkan berat badan. 

Minum air secara berlebihan boleh membebankan buah pinggang.
Kredit foto : Twitter Pami Nordin

Tambah Pami lagi, minum air secara berlebihan menyebabkan ketidakseimbangan elektrolit di dalam badan yang boleh menyebabkan sawan. 

Kredit foto : Twitter Pami Nordin

Malah, pengamal perubatan yang terkenal di media sosial iaitu Dr. Rafidah Abdullah juga turut menegur amalan karut tersebut. 

Kredit foto : Twitter Dr Rafidah

Apa pun, setiap makanan atau minuman yang berkhasiat sekiranya diambil secara berlebihan pasti akan memudaratkan tubuh badan. Sebaiknya ambil secara bersederhana. Jangan sesekali amalkan diet yang tidak seimbang hanya kerana mahu cepat kurus! -CARI
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 11-11-2019 04:55 PM
Bbrp tahun sudah.. Aku pernah baca. Ada Minah saleh meninggal sbb minum air terlalu byk.. Alkisahnya dia diagnosis diri sendiri ada cancer perut ka apa entah aku baca.. Jadi dia minum air terlalu byk menyebab peparu dia mcm lemas gitu..

Kejadian kat US. Sungguh ka bohong kisah aku baca tu.. Aku x pasti.
Quote gummiebear 11-11-2019 05:07 PM
Youre not a fish hihi kelakar
Quote matchstick 11-11-2019 05:11 PM
Org suruh minum 8 gelas dia minum 8 liter sehari.. Gelas dia size 1 liter kut
Pergi toilet bpa kali sejam kalau minum byk gitu.. Ke mmg pakai pampers
Quote fliphair8 11-11-2019 05:17 PM
haiyo...minum 8 gelas sehari pun asyik nak ke toilet je dek...bbnu ni senang betul nak jadik obses...sume benda nak over do it...nak putih, inject bagi nah ko macam kertas A4 putih dah...camtu pun still pic filter bertingkek2....hazab idup bertongkat pada kecantikan dunia...
Quote Artemesiaa 11-11-2019 05:31 PM
Bila dengar nasihat dari bukan yang pakar macam2 jadinya
Quote Boomibulat 11-11-2019 05:44 PM
Ikan minum sebanyak tu ke..?
Quote Meiizu 11-11-2019 06:26 PM
rasanya minum air banyak melampau ni zmn kegemilangan seller herbalife..dulu2 diorang suruh minum byk gileeee kekonon salur perut kita ni cam longkang, kena bersihkan saluran aahahahh
Quote pysharil 11-11-2019 07:11 PM
haha kamu bkn ikan yer
Quote chilly 11-11-2019 09:20 PM
You are not a fish. Hmmm boleh buat tajuk lagu.
Quote mata.kail 11-11-2019 11:32 PM
wow...8 liter sehari...you are not a fish....gulp...gulp...gulp
Quote munchkin 12-11-2019 12:17 AM
Berserdahanalah dalam melakukan sesuatu.
Quote Psfzi 12-11-2019 12:26 AM
Kita bukan ikan yaa
Quote evlinne 12-11-2019 01:18 AM
Dulu kes kt china orang tu minum 7L sehari pastu kena warded sbb kes2 camni jugaklah kot. So betul lah dia kata 2-3L pun dah cukup.. aku ni ingat selagi kencing tak tukar jernih, selagi tu kena telan air. Rupanya overdo yachh kihkihh baru tahu
Quote Msblackpepper 12-11-2019 06:48 AM
Giler banyak air dia minum. Kite nak minum 2l pun susah
Quote malaygirl 12-11-2019 08:36 AM
7liter!! Aku minum 2liter je sehari. Paling banyak pun 3liter. Minum sebab dah jd tabiat. So kalau kencing jernih dah overdo rupanya. Huhu
Quote Sangkar_Emas7 12-11-2019 08:56 AM
Bkn kalau under herbalife....kalau nak kurus, dia akan push kita minum air byk2 ke?
Quote missDollie 12-11-2019 09:00 AM
Gila apa 7 liter.. Haha.. Tips mengarut ja.. Minum kalau haus je la.. Kan badan dah bagi signal tu..
Quote fifie_olin 12-11-2019 09:27 AM
katanya kencing kuning tu kurg air x elok
bila dh jadi jernih dh overdo la pulek
igt ...ko bkn ikan tau
Quote LautBiru52 12-11-2019 10:56 AM
Sangkar_Emas7 replied at 12-11-2019 08:56 AM
Bkn kalau under herbalife....kalau nak kurus, dia akan push kita minum air byk2 ke?

Ye makcik aku ada sorang join herbalife. Memang dia minum byk. Dia kelek balang air tu mcm tong oksigen. Makan pun sekali sehari je. Selebihnya minum la segala mala shake tu

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:19 AM GMT+8 , Processed in 0.046021 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top