CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kanak-kanak Maut Dicekik, Dibelasah Lelaki Tak Dikenali Dalam Perjalanan Ke Sekolah

11-11-2019 01:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6740| Komen: 22

Description: Malang nasib kanak-kanak lelaki yang maut dibelasah lelaki tidak dikenali ketika dalam perjalanan ke sekolah.
Malang nasib kanak-kanak lelaki yang maut dibelasah lelaki tidak dikenali ketika dalam perjalanan ke sekolah.

Memetik Shanghaiist, Luo Qi, 9, dibunuh di Hunan, Changsha pada Selasa lalu.


Difahamkan, Luo Qi baru sahaja keluar rumah menuju ke sekolah apabila dia tiba-tiba dikejar lelaki tidak dikenali.

Menurut media tempatan, mangsa sempat melarikan diri sejauh 10 meter sebelum terjatuh, memberi kesempatan kepada penyerangnya untuk duduk di atasnya dan mula membelasah kanak-kanak itu.


Kredit foto: Shanghaiist

Ahli keluarga mangsa memberitahu wartawan bahawa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa dibelasah selama beberapa minit.

Sebuah klip video yang dikongsi di media sosial memaparkan suspek sedang duduk di atas mangsa sambil melambai-lambai pemutar skru ke arah orang ramai yang hanya memerhati dari jauh.

Sebuah lagi video memaparkan suspek ditahan orang awam dan dikerumuni penduduk setempat, manakala sebuah lagi video menunjukkan ibu mangsa sedang meratapi kematian anaknya.

Menurut laporan, ambulans tiba 30 minit selepas serangan itu, namun mangsa sudah meninggal dunia.

Pasukan perubatan mengesahkan, mangsa meninggal dunia akibat dicekik selain mengalami beberapa kecederaan parah pada tangannya. Difahamkan, ibu mangsa pitam selepas polis membacakan laporan kejadian kepadanya.

Pada Khamis, polis mengumumkan suspek yang ditahan bernama Feng dan berusia 30 tahun.

Sementara itu, penduduk setempat mendakwa lelaki terbabit mengalami masalah kesihatan mental.


Feng bagaimanapun dilaporkan mungkin tidak akan dipenjarakan atau menerima hukuman lain, sebaliknya dia akan dimasukkan ke institusi mental. - CARI

Bagus
3

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Modngengade 11-11-2019 01:25 PM
leluhur gila ke sis?
Quote Kurex 11-11-2019 01:25 PM
kebalnya.......
Quote hatikudus 11-11-2019 02:25 PM
Tak sanggup nak tgk video tu
Quote chicozinn 11-11-2019 02:28 PM
yang org ramai pun xreti nak terajang ke org gila tu b4 budak tu mati kena cekik??
Quote Hizert 11-11-2019 02:34 PM
Takkan xde orang nampak langsung?? Dasar Cina China.
Quote Psfzi 11-11-2019 02:40 PM
Gila kesian budak tu
Quote reddots 11-11-2019 02:49 PM
chicozinn replied at 11-11-2019 02:28 PM
yang org ramai pun xreti nak terajang ke org gila tu b4 budak tu mati kena cekik??

apa nak heran, kat sana mmg mcm tu.. walau depan mata sekali pun, org keliling mmg x kan bantu.. mereka takut mereka yang membantu akan dipersalahkan. Klu yang bantu tu tolong hantar ke spital, mereka plak yang kena bayar segala bil. Pernah terbaca pasal kenapa bangsa tu mmg sikap "mind your own business" gitew.
Quote Artemesiaa 11-11-2019 02:50 PM
Dah ada yang hilang nyawa baru nak dihantar ke mental hospital
Quote leylapple 11-11-2019 03:19 PM
len kali baling jer batu kat kepala laki tu...

terajang sampai mampus ker...

hari nie anak orang yang mati..esok lusa sapa lagi yang mati...

org gila nie ada lesen besar membunuh... esp kalau dah datang seru membunuh dia tu...
Quote Nt-ViruS 11-11-2019 04:19 PM
changsha ada 7.4million orang, china ada 1.3billion.

what to do.
Quote dua_chzy 11-11-2019 04:21 PM
Urang Cina teda tontolou. Sanggup biar budak kecil mati dibunuh depan mata daripada ambil risiko pi tolong.
Quote diss69 11-11-2019 04:25 PM
reddots replied at 11-11-2019 02:49 PM
apa nak heran, kat sana mmg mcm tu.. walau depan mata sekali pun, org keliling mmg x kan bantu.. m ...

Xfhm betul undang2 deorang ni..
Quote tupaiterbang 11-11-2019 05:41 PM

yg langgar smp budak2 mati beramai tu terlepas elok ja
Quote Skuau 11-11-2019 06:17 PM
Kurex replied at 11-11-2019 01:25 PM
kebalnya.......

dia mana tau dia buat apa....kan dia GILA.(haha...)
Quote asmara_me 12-11-2019 09:05 AM
reddots replied at 11-11-2019 02:49 PM
apa nak heran, kat sana mmg mcm tu.. walau depan mata sekali pun, org keliling mmg x kan bantu.. m ...

betul, pernah terbaca juga, majoriti kat sana semua buat tak tau kalau ada kes dan melibatkan polis. silap hari bulan dorang yang tak bersalah kena angkut. huhu.
Quote violetungu 12-11-2019 09:33 AM
Gila r jenuh berdoa aku janganla di malaysia... selamat bukan.
Quote Kurex 12-11-2019 10:16 AM
tupaiterbang replied at 11-11-2019 05:41 PM
yg langgar smp budak2 mati beramai tu terlepas elok ja

tak oku, mesti gila..
Quote whadda 12-11-2019 11:15 AM
aduh sedihnye sebagai mak bapak.. tetibe dibunuh ngan orang gile
Quote reddots 12-11-2019 11:57 AM
diss69 replied at 11-11-2019 04:25 PM
Xfhm betul undang2 deorang ni..

yang aku paham, bangsa tu mmg penting kan diri sendiri.. dan everything is money.

tgk je lah, travel pegi mana2 pun tetap bawak perangai tanah besar..
kencing berak sukati jer.. mkn kat fastfood, anak dibiar kencing berak dlm cawan bagai...

pesanan utk diri sendiri jugak, klu travel mana2, perangai tanah air biar tinggal... tak usah nak berbudi pekerti... kita x tau pun mcm mana kehidupan setempat tu... kang niat nak tolong org eksiden depan mata, kita plak kena tanggung segala nya.. nasib x baik, kita x leh pulang kampung, tapi mereput dalam lokap asing.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.065092 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top