CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tak Ada Niat Riak Tunjuk Kereta Mewah, Kalau Tak Suka Jangan Follow" - Shuib

11-11-2019 12:29 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 31133| Komen: 141|Original author: Oleh: LilRose

Kredit foto: IG


Kalau dah selalu sangat menayang koleksi kereta mewah di media sosial, mesti akan ada mulut mengecam seseorang itu riak.



Pelawak dan penyampai radio Hot FM, Shuib Sepahtu bagaimanapun menegaskan dia tiada niat untuk menunjuk-nunjuk kemewahan di media sosial hingga membuat ramai tidak selesa.

Suami kepada penyanyi Siti Sarah Raissudin itu sebaliknya menjelaskan niat hanya berkongsi minat terhadap kereta berkenaan.



"Bukan niat saya menunjuk-nunjuk, tapi mahu berkongsi apa yang memang saya suka.

"Kalau ada yang tidak suka atau tidak selesa, jangan follow saja saya," katanya dipetik dari Media Hiburan.



Shuib sebelum ini menafikan dirinya seorang jutawan, tapi mesti ramai tak percaya apatah lagi dirinya sering memuat naik koleksi kereta mewahnya di Instagram.

Katanya, dia akan berusaha keras untuk mendapatkan apa yang diminatinya.

"Apa yang saya buat adalah untuk memotivasikan diri," jelasnya.



Lihat sajalah kereta yang pernah ditayangnya, McLaren 650s, Porsche GT4, Camaro Chevrolet, Mustang dan Dodge Chellenger SRT. 

Fuh! Meleleh je air liur peminat yang hanya mampu bermimpi di siang hari. - CARI
3

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 11-11-2019 12:41 PM
betul.la kot dia just bergambar dgn kete yg dia minat.tp tak semesti kete dia.mtah kete sapa
Quote butterflys 11-11-2019 12:52 PM
Sorry soeb.. Iolls x minat nk follow u
Quote sfrnna 11-11-2019 12:54 PM
Edited by sfrnna at 11-11-2019 04:01 PM

Kereta sendiri ka. Tp biasa la.. New money mmg macam ni. Hadap jela. Bukan dia sorang perangai macam ni...Founder2 timbang kilo..  Tp ni sekali dengan package bini gedikss. Iols ada kenal seseorang yg ada harta banyak dlm tp semua buat investment. Pakai pun myvi je. Tp sbb duit investment tu dia dpt financial freedom. X keja pun takpa.. Takda plak over lagu ni...
Quote prizadane 11-11-2019 12:56 PM
Sorry. Iols tak pernah follow ig you n wife
Quote aemon 11-11-2019 12:57 PM
dalam GPH pun suka jugak membongak diri sendiri.
Quote mieymiey 11-11-2019 01:00 PM
Bagi chance la orang baru merasa duit berkepok
Quote Lorra2411 11-11-2019 01:06 PM
memang semua tu kereta heolss ke?
Quote ais_kosong 11-11-2019 01:06 PM
OKB (Melayu) ni meme kalau nak tunjuk kaya kena tunjuk kereta ja ke?
Quote rain2169 11-11-2019 01:17 PM
I pun tak follow dia mahupun wife dia...
tak tahu pulak dia kaya..., buat2 kaya ke.. dah lama kaya ke... baru nak kaya ke... ntah...
tak minat pun kat dia....
Quote Boomibulat 11-11-2019 01:19 PM
Dh ada tunjuk je la..
Quote prettyuglybabe 11-11-2019 01:28 PM
orang baru nak merasa.. biar la..
esok dah tak ada, tak dapat nak tunjuk dah..
Quote Mfzg89 11-11-2019 01:29 PM
jangan riak sgt bang.. tuhan nak tarik kejap je.. low profil dahler..layan je ysuku kn senang..
Quote AshkieLa 11-11-2019 01:29 PM
Retis Msia dan show off berpisah teda...
hujung2 career, minta sumbangan... dapat sumbangan... dapat rumah PPR...
Quote Aunty_Acid 11-11-2019 01:30 PM
Ada org tiap kali hari raya mesti tayang kereta baru kat org kg
Quote pumpkinpatch 11-11-2019 01:31 PM
janji cukup bayar instalment yer  hahhaa...

tapi i pun tak follow u and your wife Shuib. LOL!
Quote sarahmirza 11-11-2019 01:33 PM
Tak cerdik la shuib ni nak menunjuk..
Dia kena belajar dengan officemate i cara nak menunjuk nunjuk.....

Nak tunjuk dia kaya.. Ajak kawan2  lunch kat rumah, keluarkan segala pinggan mangkuk mahal2 sambil2 tetamu jamu mata perhiasan dalam rumah dia..

Nak bagitau dia baru beli vellfire - Ajak kawan2 dinner kat rumah, sambil biar je vellfire baru park kat porch depan pintu masuk... Sebelum ada vellfire, porch kosong, lapang dan kereta yg ada parking tepi jalan.

Nak bagitau jam dia pakai mahal, update FB sambil2 tertunjuk jam di tangan dengan jelas brand apa...



Macam tu la.....
Quote awanearisu 11-11-2019 01:33 PM
Kereta sewa mungkin. Agak tidak realistik jika memiliki 2 anak dan ke atas untuk memandu lereta sebegini. Mungkin sewa bila sekadar suka-suka memandu seorang diri.
Tapi shuib ada jadi duta francais kedai dobi layan diri kan. Barangkali banyak pendapatan pasif beliau.
Quote URUHA 11-11-2019 01:37 PM
Riak nau bunyinya. Padahal public figure yg ada kt Malaysia ni semua gila nak ramai followers. Dah diri sendiri yg show off so hadap je la komen2 netizen. Paling x pun off je la comment section tu. Apa yg payah nau??
Quote rukia2 11-11-2019 01:38 PM
Mmg suma tu keta dia ke?  Kalau mmg dia punya sendiri,  mmg wowww laaa

Lihat semua komen(141)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:47 AM GMT+8 , Processed in 0.083503 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top