CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

Pemakanan Kanak-kanak Malaysia Mungkin Kurang Nutrisi

11-11-2019 09:49 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4394| Komen: 14

Penyelidik utama bagi Kajian Nutrisi Asia Tenggara I (SEANUTS I) di Malaysia, Profesor Dr. Poh Bee Koon dari Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) percaya bahawa kanak-kanak di rantau ini, terutama kanak-kanak Malaysia, masih terkesan dengan tabiat pemakanan yang kurang nutrisi.


Walaupun kajian SEANUTS I telah selesai pada tahun 2011, Profesor Poh ketika berucap di majlis tandatangan kerjasama antara syarikat induk Dutch Lady Milk Industries Berhad (DLMI) FrieslandCampina dan UKM bagi merasmikan permulaan SEANUTS II berkata, bahawa kanak-kanak tempatan dan di rantau ini masih belum mendapat nutrisi yang cukup dalam diet mereka. 



Menurutnya lagi, tinjauan di Malaysia menunjukkan satu daripada lima orang kanak-kanak mempunyai berat badan berlebihan atau obes,1 hampir satu daripada 10 kanak-kanak terbantut untuk usia mereka,2 dan satu dalam 20 kanak-kanak mempunyai masalah kurang berat badan,3 hampir separuh daripada kanak-kanak tidak mendapat Vitamin D dan kalsium yang mencukupi,4 dan sebahagian besar kanak-kanak berumur antara 7 hingga 12 tahun adalah tidak aktif secara fizikal.5


"Lebih membimbangkan lagi ialah penemuan yang menunjukkan bahawa, secara purata kanak-kanak Malaysia hanya minum setengah hidangan susu setiap hari, dan hanya 5% kanak-kanak sebenarnya meminum dua hidangan susu setiap hari,6 iaitu jumlah yang disarankan untuk membantu mereka mendapatkan keperluan harian kalsium dan vitamin D," tambah Profesor Poh.


Profesor Poh menekankan kepentingan sarapan untuk semua. "Sarapan perlu menyediakan 20% hingga 25% daripada keperluan pemakanan harian kita.7 Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak dan remaja yang biasa makan sarapan lebih cenderung untuk memiliki pengambilan mikro dan makronutrien yang lebih baik, kurang kemungkinan mempunyai berat badan berlebihan atau obes, dan lebih cenderung mempunyai tahap aktiviti fizikal yang lebih tinggi,8" katanya.


Profesor Poh juga menyarankan supaya tabiat minum susu sebagai sebahagian daripada amalan sarapan pagi sebagai salah satu cara untuk meningkatkan tahap nutrisi kanak-kanak Malaysia.


SEANUTS I merupakan satu kajian penting yang membantu membentuk fokus DLMI di Malaysia. Pengarah Urusan DLMI, Tarang Gupta berkata tinjauan yang diperoleh daripada penyelidikan ini membawa banyak pembaharuan dalam produk tenusu untuk menangani jurang nutrisi yang terdapat di kalangan kanak-kanak Malaysia. Ini termasuk peningkatan dalam tahap Vitamin D yang diperkayakan dan mengurang atau tidak menggunakan sukrosa atau gula tambahan.



"Hasil kajian SEANUTS I juga berjaya diterjemahkan ke dalam program pemakanan dan gaya hidup sihat untuk kanak-kanak sekolah seperti DrinkMoveBeStrong, yang menggalakkan pengambilan dua gelas susu dan satu jam aktiviti fizikal sehari di bawah program anugerah sekolah kerajaan," katanya.


Tarang berkata kesedaran akan jurang nutrisi juga menggalakkan DLMI menganjurkan kempen sarapan setiap tahun sejak 2016. Ini dilakukan untuk menggalakkan keluarga Malaysia mengambil lebih banyak susu.


"Sarapan adalah makanan pertama yang diambil selepas 8 hingga 12 jam berpuasa dari makanan terakhir. Sarapan memberi tenaga kepada badan dan otak kita dengan menyediakan nutrisi yang kita perlukan untuk menjalankan kehidupan harian kita. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga mengiktiraf susu sebagai sumber makanan lestari atau makanan lengkap, membantu mengelakkan penyakit tidak berjangkit di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak."


"Inilah sebabnya sebagai syarikat tenusu terkemuka di Malaysia, kami terus menggalakkan pengguna untuk mengambil sarapan pagi kegemaran warga Malaysia, misalnya nasi goreng, sandwic atau nasi lemak bersama susu untuk sarapan pagi yang lengkap."


Memandangkan susu mengandungi beberapa mikronutrien termasuk kalsium dan Vitamin D, makan sarapan bernutrisi yang merangkumi susu membantu orang dewasa dan kanak-kanak memenuhi keperluan mikronutrien harian mereka," katanya.


Menyentuh tentang sarapan pagi untuk kanak-kanak sekolah, Tarang berkata: "Dutch Lady Milk Industries Berhad membekalkan susu kepada kanak-kanak di Terengganu dan Kelantan di bawah Program Susu Sekolah Kementerian Pendidikan dari tahun 2010 hingga 2017; dan kami ingin terus membekalkan susu kepada kanak-kanak yang masih bersekolah menerusi Program Sarapan Pagi yang dijadualkan bermula tahun depan."


"Sarapan pagi yang sihat yang merangkumi susu bukan sahaja membantu menangani tiga masalah kekurangan zat seperti yang dilaporkan dalam SEANUTS I, ia juga akan membekalkan nutrisi penting lain yang mana ramai kanak-kanak Malaysia tidak mendapatkannya dengan cukup daripada pengambilan makanan mereka," katanya.


Tinjauan yang didapati daripada SEANUTS I amat penting dalam mengenal pasti jurang nutrisi yang wujud di rantau ini. Walau bagaimanapun, lebih banyak data diperlukan untuk membantu semua pihak berkepentingan dalam merangka strategi untuk menangani isu-isu ini. Oleh itu, FrieslandCampina dan UKM hari ini menandatangani perjanjian yang membuka jalan bagi kajian kedua yang akan dijalankan, iaitu SEANUTS II.


Selain daripada Tarang dan Profesor Poh, majlis Memorandum Persefahaman tersebut turut dihadiri oleh Profesor Dr. Suzana Shahar, Dekan, Fakulti Sains Kesihatan, UKM, Profesor Dr. Hidayatul Fathi Othman, Timbalan Dekan (Jaringan & Penjanaan), UKM, dan Professor Dr Siti Balkis Budin, Timbalan Dekan  (Kajian and Inovasi), UKM, serta Panam Parikh, Pakar Utama, Pembangunan Nutrisi Global, FrieslandCampina & Koordinator Program, SEANUTS I & II.





Menurut Panam, SEANUTS I sudah menjadi kajian nutrisi dan kesihatan yang terbesar dan paling menyeluruh yang pernah dijalankan di Asia Tenggara, di mana sejumlah 16,744 kanak-kanak berumur antara enam bulan hingga 12 tahun dikaji. Panam berkata FrieslandCampina bekerja rapat dengan institut dan universiti terkemuka di Indonesia, Thailand, dan Vietnam, dan dengan UKM di Malaysia untuk menyelesaikan kajian tersebut pada tahun 2011.


"Kami gembira untuk bekerjasama dengan UKM sekali lagi bagi SEANUTS II Malaysia. Edisi kedua kajian serantau ini akan melibatkan kira-kira 18,000 kanak-kanak termasuk 4,000 kanak-kanak dari Malaysia," katanya.


Panam berkata pemahaman tentang nutrisi yang baik adalah faktor penting dalam pertumbuhan, kesihatan dan perkembangan kanak-kanak. "FrieslandCampina telah bekerjasama dengan kerajaan, NGO dan pakar pemakanan dan profesional penjagaan kesihatan untuk mendidik dan memberi inspirasi kepada keluarga tentang nutrisi yang baik dan gaya hidup yang sihat untuk menyokong perkembangan kanak-kanak. Kami berharap dapat meneruskan dialog ini dan melanjutkan kerjasama dengan SEANUTS II," katanya.


"Kajian ini akan memberi kita  lebih pengetahuan mengenai jurang nutris kanak-kanak di rantau ini dan membantu kami untuk terus mengembangkan produk tenusu dan gaya hidup yang memenuhi keperluan mereka," tambah Panam.


Bagi SEANUTS II, maklumat yang akan dikumpulkan adalah berkaitan dengan status nutrisi, pertumbuhan, pengambilan makanan, aktiviti fizikal dan parameter biokimia kanak-kanak berusia enam bulan hingga 12 tahun. Oleh kerana masalah kekurangan zat makanan yang teruk di rantau ini, kaji selidik tersebut akan memberi tumpuan tambahan untuk mendapatkan pemahaman mengenai penggunaan protein dan khasiat, kerana protein adalah zat asas yang kritikal untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Keputusan dijangka akan diperoleh pada tahun 2021 dan akan digunakan untuk membangunkan kaedah campur tangan khusus sesebuah negara, memperkukuhkan pengetahuan saintifik dan menyokong dasar kerajaan.



Rujukan:

1-4 Nutritional status and dietary intakes of children ages six months to 12 years: findings of the Nutrition Survey of Malaysian Children (SEANUTS Malaysia), British Journal of Nutrition (2013), 110, S21–S35.

5 Lee et al. 2015 (IJERPH). Daily Physical Activity and Screen Time, but Not Other Sedentary Activities, Are Associated with Measures of Obesity during Childhood, International Journal of Environmental Research and Public Health, 2015, 12, 146-161.

6 Koo et al. 2016 (APJPH). Are Malaysian Children Achieving Dietary Guideline Recommendations? Asia Pacific Journal of Public Health 2016, Vol. 28(5S) 8S–20S.

7 Grovenor & Smolin, 2002

8 Adolphus, K., Lawton, C. L., Champ, C. L., & Dye, L. (2016). The Effects of Breakfast and Breakfast Composition on Cognition in Children and Adolescents: A Systematic Review. Advances in Nutrition, 7(3). doi:10.3945/an.115.010256 


3

Bagus
3

Marah
5

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nobito 11-11-2019 10:03 AM
Edited by nobito at 11-11-2019 10:04 AM

Aku dah lama perasan pasal benda ni....mak orang Melayu dah la malas masak lepastu hantar anak masuk Tahfiz Dan Sekolah asrama sebab Tak nak masak.

Lepastu kalau makan ikutkan sangat tekak anak.

Tu pasal gejala rempit, mencabul, liwat meningkat....diorg Tak makan Babi pun...tapi disebabkan malnutrition...diorg jadi Babi.
Quote MakareyumSuciey 11-11-2019 10:12 AM
Dah lama nampak...sekarang output dah terbukti sikit2.
Quote Artemesiaa 11-11-2019 12:15 PM
Benar macam yang dikatakan sebab mereka lebih gemar sajikan makan segera seperti nugget burger dari makanan berkhasiat sebab tu hasilnya makin nampak kini.  Bukan sekadar obess yang bantut pun makin ramai.
Quote ninja boy 11-11-2019 12:58 PM
Ketika zaman dulu lapar petik rambutan betik pisang keliling rumah
Quote nobito 11-11-2019 04:54 PM
ninja boy replied at 11-11-2019 12:58 PM
Ketika zaman dulu lapar petik rambutan betik pisang keliling rumah


Dekat rumah makcik Ada pokok jambu air Dan rambutan...suruh la anak jiran petik makan kalau nak...diorg Tak makan pun...bagi free pun Tak nak..jatuh busuk Atas tanah je.

Kalau YG tergantung Kat pokok tu burger french fries atau hotdog baru diorg petik kot.

Meols pernah tengok kalau anak Cina ambil makanan, diorg akan ambil Sayur bayam masak Bening dahulu.
Quote Meiizu 11-11-2019 05:14 PM
nobito replied at 11-11-2019 04:54 PM
Dekat rumah makcik Ada pokok jambu air Dan rambutan...suruh la anak jiran petik makan kalau nak. ...

ye i pun perasan yg sama...budak2 taknak makan sayur & buah
Quote nobito 11-11-2019 08:11 PM
Meiizu replied at 11-11-2019 05:14 PM
ye i pun perasan yg sama...budak2 taknak makan sayur & buah

Anak buah meols makan buah tapi jenis memilih jenis buah.

Kalau rambutan nak rambutan merah gitchewww...kalau pisang nak pisang berangan......
Quote anastasia7 11-11-2019 09:31 PM
Mmg susah nk bentuk tabiat pemakanan yg baik. Hatta kt org dewasa pun. Anak aku, aku senduk kan je sayur. Dia jerit tak nak pun tetap suruh rasa skit. Anak buah aku, nasik goreng ada sayur langsung tk nak sentuh. Terpaksa gorengkan yg lain, khas utk dia. Sigh
Quote Maria_Juana 5-12-2019 10:08 AM
Dulu masa kecik tak suka sangat makan sayur... mak tak paksa pun tapi mak slalu makan ulam ulaman.. so i pun ikut la sekali lama lama jadi suka sayur.. dari sayur biasa2 mcm timun sampai niasakan diri makan sayur pahit macam peria.. now kalau tak makan sayur satu hari i rasa tak lengkap hidup..
Quote paz 5-12-2019 11:33 AM
Topic ni Paz suka.

Parents hari ni memang challenge lah nak manage makanan anak dia. Ada parents yang tak kisah, nak mudah. Hari-hari fast food pun ok. Ini ngeri tengok.

Ada parents cuba ajar and control, depan mata dapat control. Kat sekolah, berkawan makanan anak memang tak dapat control.

Jadi Paz selalu saran kat my family, kalau berkumpul kita sediakan lah makan yang seimbang dan lebih kepada healthy. Tapi saranan Paz selalu dipandang sepi. Masak makanan healthy sendiri, sendiri lah makan. LOL
Quote bulan_gerhana 5-12-2019 11:59 AM
to me yes.. so struggle nak create healthy menu utk kids. anyhow... pelan-pelan try and error..

me masa anak 1 - 2 amat payah nak train depa makan sayur... selalu ade leftover yang penyudahnya ke tong

masuk anak 3 .. byk tip buat puree sayur.. anak 4 pun practise better.. kene pulak husband ade tanda wajib makan sayur... so i educate skali anak2 yg dah tgh meningkat besar.. sesekali tergelincir tak per.. then back to routine balik...

masa preggy anak 4 pun struggle coz kene double tripple makan sayur.. body x nak absorb semua nutrition... baby block body mummy utk absorb... x tau la nak explain mcm mana..

nutrition not only vege... protien, carbo , fibre and so on.. kene balance... tapi kalau ikut my observation.. most like.. kita ni kurang minum susu.. kalau dah up to 4 yrs.. x nak minum susu botol.. mostly akan stop consume susu.. tu la... diri sendiri pun x suka susu.. ape nak buat iols hanya bole menten try buat air yg bersusu ( susu tepung ) everyday to kids.. whole family tau.. iols  the rest cuba balance utk dinner pulak.. coz lunch anak2 kat rumah babysitter..

now hasilnya.. anak no 1 & no 2 dah bole accept ulam and sayur2 lain walau x 100 %.

no 3 & no 4 ( start struggle) xpe pelan2 kayuh... moga berjaya
Quote fff_cat 5-12-2019 12:57 PM
Anak aku makan sayur sebab masa kecik2 aku blend sayur n ikan dalam bubur dia. Kalau nak anak makan sayur, mak bapak mesti makan jugak.

Dah besar ni... aku potong kecik2 dalam nasi goreng, macam dadu kecik2 tu. Dia makan je. Kalau buat sup sayur lagi dia suka.

Kalau anak tak nak makan, janganlah potong besar sayur tu. Tendency dia nak ketepikan tu kuranglah.

Cuma masalah dia tak suka sangat susu. Start 4 tahun dia dah tak minat susu. Beli yang perasa coklat pun dia tolak.
Quote supermum 5-12-2019 01:15 PM
Aku jenis memang strict pasal makanan. Tapi org annoy and pandang mcm aku ni cerewet sangat. Now anak aku takde memilih makan. Trick nya, kena start dr mula. tough tapi berbaloi
Quote shnabilah 13-4-2020 01:14 PM
I also very alert with healthy eating. Memang my parents daa didik dari kecil masak sendiri di rumah dan practice Intermittent Fasting.  Even pegi office bawa bekal makanan dr rumah. My father sentiasa terapkan cut off carbohydrate, consume lots of healthy fats such as olive oil. I follow islamic diet contoh makan olive oil, honey, kurma ajwah, vinegar, delima, kacang kuda, hummus. Alhamdulillah sentiasa bertenaga dan tak mengantuk.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.042937 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top