CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dengan Hantaran RM50,000, Nadia Brian Sah Milik Muizz Nasruddin!

10-11-2019 09:47 AM| Diterbitkan: Sarirsa| Dilihat: 34046| Komen: 135|Original author: Oleh: Myeonir

Selepas bertunang pada Mei lalu, pelakon Nadia Brian dan pasangannya iaitu Muizz Nasruddin bercadang untuk melangsungkan perkahwinan mereka pada \ September tahun ini. Namun, mereka terpaksa menangguhkan majlis itu kerana masalah lokasi.


Setelah melalui sedikit kesusahan, akhirnya Nadia Brian telah pun sah bergelar isteri kepada Muizz pada tengah hari Sabtu, dengan sekali lafaz sahaja.


Kredit foto: Blog

Majlis yang dihadiri keluarga terdekat menyaksikan pengantin perempuan menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh, selain menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 dan wang hantaran RM50,000.

"Alhamdulillah segala-galanya dipermudahkan dan kini saya dan suami mengecap fasa baharu dalam ikatan perkahwinan. Insya-Allah, kami akan sama-sama melayari bahtera rumah tangga ini dengan sebaik mungkin," katanya kepada Berita Harian.



Kredit foto: IG

Kalau anda nak tahu, Nadia mula mengenali suaminya menerusi teman baik yang juga pelakon iaitu Ainul Aishah. Walaupun tidak mengharapkan apa-apa pada awal perkenalan, tetapi kesungguhan Muizz akhirnya berjaya memikat hatinya.

"Pada peringkat awal perkenalan, saya sendiri tidak mahu memberikan sebarang harapan kepadanya, selain sibuk dengan aktiviti lakonan, waktu itu. Namun, penghujung tahun lalu, kami mula menjadi rapat. Dia juga tidak pernah berputus asa untuk menambat hati saya.

"Seterusnya, Februari lalu saya menerima lamarannya di kota Paris, bersaksikan Menara Eiffel," katanya.

Kredit foto: IG

Tahniah! - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putericahaya999 10-11-2019 10:12 AM
Nmpk suami lbh hensem
Quote jerukkedondong 10-11-2019 10:17 AM
Kerempeng sngt..kasi sado sikit bdn tu muizz..sikit jer..jgn byk2
Quote dahlamadah.. 10-11-2019 10:18 AM
selain hensem, mesti kaya...

moga bahagia..
Quote TerataiMelur02 10-11-2019 10:25 AM
Ok.. Selamat pengantin baruuu.
Dh boleh bersara jd pelakon
Quote ihtisyam1 10-11-2019 10:26 AM
Tahniah.... Bahagia till jannah
Quote becir 10-11-2019 10:32 AM
dahlamadah.. replied at 10-11-2019 10:18 AM
selain hensem, mesti kaya...

moga bahagia..

Apaknya yg Kaya..hehe
Quote beta_carotene 10-11-2019 10:34 AM
Jenis body skinny fit gini mesti emmzz.. Dap2 la.. Tahniah nadia n hubby..
Quote Acikgomen 10-11-2019 10:47 AM
beta_carotene replied at 10-11-2019 10:34 AM
Jenis body skinny fit gini mesti emmzz.. Dap2 la.. Tahniah nadia n hubby..

Gedik pulak komen chuols
Quote EvieWanKenobi 10-11-2019 10:51 AM
Februari lalu saya menerima lamarannya di kota Paris, bersaksikan Menara Eiffel," katanya.
jauhnya decide..
Quote September14 10-11-2019 10:54 AM
Laki klu slim sgt nampak x gagah n kurang ensem
Quote sfrnna 10-11-2019 10:54 AM
Walaupun muka rempit. Poket tebal. Tahniah ya. Harap Nadia x abiskan duit tu untuk cucuk tang sana, cucuk tang sini.
Quote little_sis 10-11-2019 11:43 AM
untung laaa... semoga bahagia...
Quote vokay 10-11-2019 11:49 AM
Tak silap suaminya anak buah KJ
Quote matchstick 10-11-2019 11:57 AM
EvieWanKenobi replied at 10-11-2019 10:51 AM
jauhnya decide..

Demi nak bersaksikan eiffel tower.. Kalau tidak, tak sah lamaran tu
Quote Suchi 10-11-2019 12:01 PM
Pinjam 10k nadia  nanti hujung bulan tak tau tahun bila iols bayar balik ye
Quote Suchi 10-11-2019 12:02 PM
vokay replied at 10-11-2019 11:49 AM
Tak silap suaminya anak buah KJ

Anak buah staff ke? Sbb kj anak tunggal kan ke anak buah belah binik?
Quote violetungu 10-11-2019 12:03 PM
Tahniah..tapi si laki tu macam muka laki faouziah  gous plak tgk.
Quote Adeakukesah11 10-11-2019 12:07 PM
Tudia 50k

Mmg kne bagitau eh?
Quote virgo19 10-11-2019 12:14 PM
Eleh.. ntah2 50k tu share sama2, bukan boleh caya couple zaman skrg, demi nak nampak gah.

Lihat semua komen(135)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.096005 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top