Perangai pelajar masa kini jauh berbeza dengan dahulu. Mereka dikatakan lebih nakal dan berani melawan guru. Tidak hairanlah ada segelintir guru yang sanggup meluahkan kata-kata kesat melabel mereka ahli neraka, malah ada yang kononnya tidak menghalalkan ilmu dicurahkan.
Bagaimanapun, respons melampau para guru itu kini dibidas orang ramai. Salah seorang yang mengkritik mereka termasuklah seorang pensyarah yang juga pengguna Twitter bernama Anas. Mengulas mengenai isu mulut guru celupar itu, Anas berkata ia adalah sesuatu yang tidak wajar bagi guru untuk berbuat demikian. 'Wahai guru, kalau kamu jenis sikit-sikit tak halalkan ilmu, kamu salah. 'Kita dapat gaji setiap bulan, dibayar untuk mengajar, sepatutnya kita perlu berhati-hati dengan masa dan usaha agar gaji yang kita terima itu halal,' tulisnya di Twitter.
Lebih teruk, menurut Anas ada guru yang tega menggelar anak murid mereka 'ahli neraka'. Memberitahu portal mStar, Anas berkata ramai pelajar mengadu dimarahi guru dan pensyarah tapi paling mereka takuti apabila ilmu yang diterima 'diharamkan'. 'Menegur murid perlu kena dengan caranya, kena saling hormat sebab zaman kini sudah berubah, kita sebagai pendidik kena ada empati,' tambahnya lagi. Mengajar di sebuah kolej dan pusat tuisyen, Anas berkata komen itu berdasarkan pengalamannya mengajar puluhan tahun. Posting Anas itu mendapat reaksi netizen dengan lebih 12 ribu ulang kicau (ketika artikel ditulis). Ramai yang bersetuju dengan pendapat beliau, tetapi ada juga yang menentang. 'Kalau pelajar meniru masa final exam, macam mana tu? Bukankah gaji masa kerja nanti akan haram?' luah seorang netizen. 'Itu beza mengajar dan mendidik, ada guru yang sekadar melepaskan tanggungjawab,' kata seorang lagi. Tetapi, dengan perangai pelajar masa kini yang semakin naik kepala, sejauh manakah guru dapat menahan kesabaran? Apa pula kata cikgu-cikgu? - CARI
|
Nana_Man: Ada tak cikgu2 cina atau india yg ckp mcm ni kat murid?
luluaurora replied at 14-11-2019 11:19 AM
Hmm wujud jah ckgu mcm ni zmn sek men 2004 dlu, ustazah.. Mulut pn buleh tahan.. Kalau tegur mmg x b ...
chicozinn replied at 14-11-2019 12:19 PM
terpaksa setuju tapi meollss terkena time study kat U dulu..yela bayangkan buku2 rujukan sume memaha ...
Sang_Pencinta replied at 14-11-2019 01:42 PM
UPSI ke? Abang sy Upsi pun ada cerita lecturer yg perangai sama sumpah student fotostat nota kulia ...
bonggo replied at 14-11-2019 02:53 PM
Ade member aku belajar buat kek bayar dlm rm250 camtu. Dah habis nak balik tu cikgu tu siap cakap ' ...
bonggo replied at 14-11-2019 02:53 PM
Ade member aku belajar buat kek bayar dlm rm250 camtu. Dah habis nak balik tu cikgu tu siap cakap ' ...
ADVERTISEMENT