Usai video panas membasuh rambut menerusi IG Live baru-baru, ini Raja Ilya tampil memaklumkan beliau siap sedia dikecam sebelum memuat naik video tersebut. "Video itu menjadi kontroversi hanya kerana seksi, bukannya menunjukkan saya seorang pelacur, pembunuh atau perogol. Ia hanya kerana seksi dan subjektif. "Itu bukannya video saya sedang mandi dan saya bersedia dengan komen netizen. Tujuan saya hanyalah untuk promosi produk. "Video itu hanyalah inspirasi idea saya dan suami. Suami ada bertanya mengenai respons netizen di sini mengenai video itu, namun saya sudah jelaskan padanya, sudah tentu akan ada respons negatif," ujarnya memetik laporan Harian Metro. Katanya lagi, video itu sebahagian daripada strategi bagi mempromosikan syampu yang digunakan dan sudah mendapat kebenaran dan persetujuan daripada suaminya, Trent Garret, warga Australia untuk dimuat naik di laman Instagramnya (IG). "Sebenarnya apa yang ingin saya ketengahkan adalah syampu itu bagus untuk rambut. Saya hendak menunjukkan bahawa ia juga tidak menyebabkan rambut gugur," jelasnya. Selain berlakon katanya, Raja Ilya menerima banyak tawaran untuk membuat previu produk. Malah, ada antara tawaran untuk melakukan previu itu dibayar tinggi. Oleh itu, sebagai selebriti yang dipelawa untuk membuat previu produk terbabit, pastinya beliau harus menjadi kreatif supaya promosi yang dihasilkan memberi impak. Tegas Ilya, perkongsiannya yang menjadi kontroversi gara-gara dikatakan seksi tidak ada kaitan dengan adab. Kecaman yang dilemparkan warganet dengan mengatakan dia berbuat demikian kerana berkahwin dengan 'mat salleh' serta sudah melupakan adat dan tata susila adalah tidak adil. "Mereka tidak kenal suami saya dan membuat andaian sedemikian adalah sangat tidak bagus. Kita mudah menghukum sedangkan kalau mereka kenal suami dan ahli keluarganya, mereka jauh lebih beradab berbanding orang kita," katanya. Pendekatan yang digunakan Raja Ilya adalah sesuatu yang agak baru dan mungkin warganet masih belum dapat menerima kaedah promosi seperti itu. Ternyata video itu memang memberikan impak pada warganet kan? - CARI |
Prickford replied at 9-11-2019 08:56 AM
Keling ni kelakar la plak. Hanya strategi utk promot syampu katanya...
Ko tak penah tgk ke Rejoic ...
fadz84 replied at 9-11-2019 09:38 AM
Alah lifestyle dia ni pun nmpk open je .. tmbh plk kawin ngn mat salleh.. apa dia kisah.. #sembangka ...
fadz84 replied at 9-11-2019 10:38 AM
Alah lifestyle dia ni pun nmpk open je .. tmbh plk kawin ngn mat salleh.. apa dia kisah.. #sembangka ...
LadyCarefree replied at 9-11-2019 11:03 AM
Iols susah nk husnuzon hasben sheols islam
Mrperfect2 replied at 9-11-2019 02:58 AM
dapat 8 inchi,terus lupa diri
nooriesz replied at 9-11-2019 01:43 PM
fikiran iols ni jahat btul.. tetap nk tau cara nikah die wlupun takat sivil ajaaa..
ADVERTISEMENT