CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mat Saleh Terbang Jauh Dari Athens, Mengidam Nasi Lemak

8-11-2019 05:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 11242| Komen: 123

Siapa sangka nasi lemak membuatkan 'mat saleh' tidak senang duduk dibuatnya. Sampai sanggup terbang jauh untuk merasainya sendiri di Malaysia.

Begitulah yang diceritakan oleh selebriti Youtube, Darren Cronian, 45 yang datang jauh dari Athens selepas terpaut dengan gambar menyelerakan itu di IG.


“Saya terbang dari Athens ke Singapura, yang mengambil masa selama 11 jam, dan enam jam kemudian berangkat ke Kuala Lumpur,” katanya, memetik laporan Malay Mail. 

Dia juga sempat memuat naik momen indah perjalanan jauhnya , 9 600 kilometer untuk datang ke Malaysia menerusi Youtube miliknya. 

Kredit foto: Malay Mail

Katanya, dia mula jatuh cinta dengan masakan ini sejak lima tahun dahulu ketika berkunjung ke Malaysia. 


“Itulah makanan pertama yang saya cuba sebaik menjejakkan kaki di sini dan seperti orang Inggeris yang lain, saya makan semua benda yang ada dalam pinggan seorang diri,” katanya.

“Selepas itu bila tengok orang tempatan makan pakai tangan, saya pun ikut seperti mereka," terangnya lagi. 

Dalam pada itu, lelaki ini mengakui berasa selesa di Malaysia kerana seolah-olah berada di negara sendiri. 

“Setelah menghabiskan masa selama seminggu di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang ketika kunjungan kali pertama dulu, saya berasa selamat dan diterima.

“Apa yang buat saya rasa Malaysia seperti rumah kedua adalah masyarakatnya, makanan dan aspek budaya di negara ini," ujarnya. - CARI
5

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • sfhzuraz


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote minguk 8-11-2019 05:47 PM
semoga bertemu jodoh dengan orang malaysia.. menetaplah di athens dan menikmati nasi lemak hari-hari.
semoga bertambah gundu.
Quote hatikudus 8-11-2019 05:48 PM
Beli nasi lemak frozen bawak balik
Quote Psfzi 8-11-2019 05:50 PM
Comel jekkk
Quote shernazz 8-11-2019 05:56 PM
minguk replied at 8-11-2019 05:47 PM
semoga bertemu jodoh dengan orang malaysia.. menetaplah di athens dan menikmati nasi lemak hari-hari ...

Motto dia

Bersatu bertambah gundu
Quote Pakis 8-11-2019 05:58 PM
Bawak balik bini malaysia sorg. Makan lah hari hari nasi lemak.
Quote HannahMontana 8-11-2019 05:59 PM
Alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa muka pula xlawa

Quote Boomibulat 8-11-2019 06:01 PM
Nasi lemak sebenar ke..saja tanya
Quote Catpaw 8-11-2019 06:01 PM
Untung2 jadi Mat Dan, jadi duta di Athens nu
Quote Artemesiaa 8-11-2019 06:10 PM
Kastam omputih pun dah pandai asal ada je pelancong orang Malaysia mesti ditanya ada bawak Nasi Lemak? Dia orang suka makan Nasi Lemak rupanya
Quote putericahaya999 8-11-2019 06:11 PM
Xsehensenmm di sangka
Quote adelea 8-11-2019 06:12 PM
hahaha aku boleh imagine dia punya craving ,
aku sampaikan kek birthday pon aku nak kek nasi lemak hahaha
Quote awanearisu 8-11-2019 06:17 PM
Walhal yang sebenarnya di lapangan terbang Changi pun dah boleh dapat sepinggan nasi lemak ayam. Mesti ada kedai nasi lemak Malaysia yang menjadi kegemaran beliau ni.
Quote borrow 8-11-2019 06:23 PM
Wow brp ribu habis krn nasi lemak. Untung ai dok msia

Nasi lemak mmg sedap Nak plak dimakan dgn rendang.
Quote sukacactus 8-11-2019 06:34 PM
Br tgk kat youtube 2 hari lps rasanya
Patut dia naik cruise tp dah sampai port dia batalkan plan asal pasal tertengok pic nasi lemak
Yerus gi singapore, mkn nasi lemak kat airport tp dia kata xsedap
So mai sini terus
Quote genUmi 8-11-2019 06:34 PM
untung org Malaysia
nak makan apa shj
semua ada kat Malaysia



malaysia boleh
Quote Peterpan17 8-11-2019 06:40 PM
awanearisu replied at 8-11-2019 06:17 PM
Walhal yang sebenarnya di lapangan terbang Changi pun dah boleh dapat sepinggan nasi lemak ayam. Mes ...

nasi lemak kat Changi airport punyalah tak sedap. rugi byr mahal mahal mkn nasi tak sedap
Quote jazaa100 8-11-2019 06:40 PM
Edited by jazaa100 at 8-11-2019 06:42 PM
HannahMontana replied at 8-11-2019 05:59 PM
Alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa muka pula xlawa


Apa?.....nasi lemak ke Hannah?....

Aaah...aku klu mkn kat kedai, harap sgt dorang serve aku mcm ni...aku tak suka nasi tu dilambak je dlm pinggan.....potong selera.

Eh....kau ada mentioned muka dia yg tak lawa....pantulan cahaya tu....
Quote matchstick 8-11-2019 06:43 PM
Tapau nasi lemak pak nasir yg dlm flight AA tu kan senang.. Order je byk2.. Not bad org kata rasa nasi lemak dia. Utk taste kokesen kira sedap sgt dh tu kot
Quote HannahMontana 8-11-2019 06:44 PM
jazaa100 replied at 8-11-2019 06:40 PM
Apa?.....nasi lemak ke Hannah?....

Aaah...aku klu mkn kat kedai, harap sgt dorang serve aku m ...

hehehehhehehehehehehehehe............!!

Lihat semua komen(123)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.225439 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top