Semua orang menginginkan majikan yang peramah dan mesra dengan pekerja, tetapi janganlah sampai meraba-raba! Pasti tak berbaloi bekerja dengan boss sebegitu walaupun gaji yang lumayan.
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook berkongsikan cerita mengenai kawannya yang memohon kerja sebagai Setiausaha di sebuah firma di Kuala Lumpur kerana gaji yang ditawarkan sangat lumayan. Dengan gaji pokok sekitar RM5000 hingga RM7000, beliau juga bakal menerima elaun bulanan RM500. 'Seorang kawan saya memohon kerja di sebuah firma di KL dan ini tawaran kerjanya' kata wanita itu.
Tetapi apa yang mengejutkan ialah permintaan yang menjijikkan dalam surat tawaran kerja itu! 'Majikan seorang yang open-minded dan suka meraba-raba semasa kerja, adakah kamu tak kisah?' kata tawaran kerja itu. Berang dengan tawaran kerja kurang ajar itu, wanita itu turut memaklumkan kepada Menteri Sumber Manusia, YB Kula Segaran dan Timbalan Menteri YB Hannah Yeoh. Posting beliau kini tular dengan ramai yang mencerca kompeni tersebut. 'Ini permohonan cari setiausaha ke atau perempuan simpanan?' kata seorang netizen. 'Patutlah gaji tinggi, ada tugasan lain, setan betul' tambah seorang lagi. 'Open-minded? Ayat penyedap ke tu?' tanya seorang lagi. Bagaimanapun, ada yang berpendapat bahawa mungkin tawaran kerja itu ditulis oleh orang dalaman yang cuba memberikan amaran kepada pemohon kerja lebih awal supaya berhati-hati. Ada juga yang mengkritik wanita tersebut kerana memadam nama kompeni tersebut dalam postingnya. 'If you want to make this an issue, should reveal the company name' kata netizen. Yang pasti, gangguan di tempat kerja sememangnya satu isu yang serius. Entah apa lagi cabaran lain yang perlu ditempuhi oleh wanita di tempat kerja. Jadi, sebelum berlaku sesuatu yang tidak diingini, bukankah sepatutnya kompeni semerti ini diberikan amaran lebih awal? - CARI |
Modngengade: "Kalau boss tu sedap akak tadahkan jer dekk" - Arwah Changa
yuki812: at least diberitahu awal2..suka..accept offertak suka..cari keje lain..takde menipu..
Modngengade replied at 13-11-2019 11:55 AM
"Kalau boss tu sedap akak tadahkan jer dekk" - Arwah Changa
Modngengade replied at 13-11-2019 11:55 AM
"Kalau boss tu sedap akak tadahkan jer dekk" - Arwah Changa
Victorioussss replied at 13-11-2019 01:38 PM
Mana la sekarng jibauk tu ye
Hope dh mati bwh lori taik
msbegawan replied at 13-11-2019 02:39 PM
but the email tak nampak genuine pun...
tapi kalau betul benda camni ada jadi, better report je
ADVERTISEMENT