Pelakon Elfira Loy dan suaminya iaitu Faris Khairol Anuar sudah pun lama melalui bahtera perkahwinan. Baru-baru ini, rumah tangga mereka itu diserikan lagi dengan kelahiran cahaya mata sulung iaitu Muhammad Rayyan Khalaf pada tanggal 1 Oktober lalu.
Sesiapa yang mengikuti Elfira pasti dapat melihat dia memuat naik prosesnya melalui pantang selain menyesuaikan diri dengan gelaran ibu. Tak kurang juga, akaun Instagramnya yang kini penuh dengan gambar anaknya itu. Baru-baru ini, Elfira telah memuat naik satu gambar di mana dia mendakap erat sambil mengucup dahi anaknya itu. Nampak seperti tiada apa-apa tetapi ramai netizen yang seperti kurang senang dengan Elfira yang menggelarkan dirinya 'kakak' kepada anaknya itu.
Pun begitu, menurut Elfira, dia masih tak biasa dengan pangkat sebagai seorang ibu sehingga menyebabkan dia sering tersasul dan membahasakan dirinya kakak. Bergurau je kot? -CARI
|
prizadane replied at 8-11-2019 12:02 PM
Ini macam adik aku la..dah 30, baru beranak, PJJ dengan laki n tinggal dengan mak aku. Dia bahasakan ...
limau_lemon replied at 8-11-2019 12:07 PM
Serious uols? Takkan masa dia pregnant xrasa pape. Mcm hilang nikmat jadi ibu pulak
prizadane replied at 8-11-2019 12:02 PM
Ini macam adik aku la..dah 30, baru beranak, PJJ dengan laki n tinggal dengan mak aku. Dia bahasakan ...
nuhanis replied at 8-11-2019 12:29 PM
Adik uols umo 30 ptt dah matang. Tapi mcm umur belasan tahun.
Sian mak uols..dah tua2 pun kena ...
ADVERTISEMENT