Lumrah apabila bercinta, sudah pasti kita bukan sahaja mahu menjaga hubungan antara kekasih tetapi juga menjalin hubungan baik bersama keluarga pasangan masing-masing. Hubungan yang baik dengan keluarga amat penting bagi memastikan hubungan tersebut direstui keluarga dan memudahkan proses untuk ke jinjang pelamin sekiranya ada jodoh.
Menerima layanan baik daripada keluarga kekasih semestinya mampu memberikan kebahagiaan kepada setiap pasangan. Itulah yang dirasai oleh gadis yang digelar Dania Elanor ini apabila ibu kepada kekasih hatinya seakan merestui hubungan percintaan mereka. Belum pun sebulan berkenalan dengan keluarga, sudah boleh panggil ibu. "Anda tak dapat bayangkan betapa bahagianya saya. Sebelum ini saya panggil dia 'aunty' dan selepas beberapa minggu dia mula membahasakan dirinya sebagai ibu," tulis Dania.
Menerusi laman Kisah Dunia yang menemubual gadis berusia 18 tahun itu sendiri, ibu kepada kekasihnya mula membahasakan dirinya sebagai ibu setelah dia memberi hadiah kepada keluarga teman lelakinya itu. "Sejak moment itu, dia bahasakan diri sebagai ibu setiap kali kami saling berbalas Whatsapp. Mula-mula segan nak panggil, tapi lama-kelamaan saya juha selesa dengan kehendak berikut," ujarnya yang mengakui segan untuk memanggil wanita tersebut sebagai ibu namun semakin selesa selepas beberapa ketika. Apa yang lebih membahagiakannya, mereka seringkali berhubung melalui aplikasi Whatsapp dan membincangkan pelbagai perkara. "Mungkin juga sebab dia belum pernah rasa ada anak perempuan dewasa untuk sembang pasal masak atau hal lain memandangkan anak keduanya masih kecil lagi. Kalau lama tak chat pulak, dia akan tegur kenapa diam saja," ujar Dania seperti yang dipetik dari Kisah Dunia. Dalam pada itu, perkongsian Dania tersebut mendapat perhatian ramai sehingga diulang kicau lebih 13 ribu kali! Rata-ratanya cemburu dengan keakraban Dania dengan ibu teman lelakinya itu. Apa pun bertuah Dania kerana diterima baik oleh keluarga teman lelakinya itu. Semoga hubungan kekal sampai ke jinjang pelamin ye, dik. -CARI
|
RatuDunia94 replied at 7-11-2019 08:19 PM
Nampak mcm sejenis mengongkong maknya.. belum apa2 dh suruh panggil ibu..
matchstick replied at 7-11-2019 06:09 PM
menyesal nya baca thread ni
rayray28 replied at 7-11-2019 08:52 PM
Dia x seram le dpt bakal mil yg br je jumpe dh bahasakan diri ibu..kalau i seram oo ssh ko nk elak i ...
ADVERTISEMENT