Kerana berdendam dengan isterinya yang curang, seorang lelaki nekad membunuh mangsa dengan memanah wanita yang sarat hamil itu. Memetik Press Association, Ramanodge Unmathallegado, 51, didakwa merancang pembunuhan itu selama setahun sebelum membunuh Devi, 35, kerana meninggalkannya demi lelaki lain.
Mahkamah Old Bailey diberitahu, lelaki itu pergi ke rumah keluarga mangsa di Ilford, London dengan bersenjatakan dua busur silang untuk membunuh bekas isteri dan pasangan barunya, Imtiaz Muhammad. Bagaimanapun, rancangannya terganggu apabila Muhammad masuk ke dalam sebuah bangsal, tempat di mana Unmathallegado bersembunyi dengan senjatanya. Dia didakwa mengejar lelaki itu dan menembak bekas isterinya yang melarikan diri ke tingkat atas sebelum dia berjaya ditahan. Difahamkan, kejadian 12 November tahun lalu itu menyebabkan ibu lima anak terbabit cedera parah akibat kecederaan dalaman selepas anak panah menembusi jantungnya. Pasukan perubatan gagal menyelamatkan mangsa, namun kandungannya berjaya dilahirkan menerusi pembedahan Caesarean. Tertuduh didakwa membuat persiapan pembunuhan itu sekurangnya beberapa bulan sebelum kejadian termasuk mempersiapkan senjata dan peralatan pembunuhan. Unmathallegado dikatakan memiliki dua busur silang dan beberapa anak panah serta mengintip rumah mangsa. Pada pagi kejadian, dia mengambil dua busur silang, beberapa anak panah, tukul, pisau, wayar kabel, pita pelekat dan beberapa gunting sebelum melaksanakan rancangan pembunuhannya, namun terpaksa mengubah perancangan selepas Muhammad secara tidak sengaja merosakkan rancangannya itu. Unmathallegado tidak mengaku bersalah melakukan pembunuhan itu dan perbicaraan kes masih diteruskan. - CARI
|
Kurex: muka pembunuh tak ada nur
hatikudus: Ko dah tua, entah2 dah takde kudrat...haruslah bini cari org lain yg mampu zahir batin...
mieymiey: Semoga jantan ni dipanah bertubi-tubi di punai.
minguk: cantiknya arwah dewi..
minguk replied at 6-11-2019 04:37 PM
cantiknya arwah dewi..
L211 replied at 6-11-2019 03:50 PM
entah 2 takde org nak kawin dgn jantan hanat ni tp ppuan ni dipaksa kawin dgn dia.. aku agak laa ppu ...
ADVERTISEMENT