CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Doktor Hentak Budak 7 Tahun Takut Cabut Gigi, 'Bengang Agaknya'

6-11-2019 11:37 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3970| Komen: 31

Tak sangka seorang doktor gigi sanggup mengasari pesakit kanak-kanak gara-gara budak itu takut untuk mencabut gigi di sebuah klinik di Aktau, Kazakstan. 

Rakaman video perlakuan doktor itu kini tular di media sosial. Antara yang dapat dilihat termasuklah bagaimana doktor menghentak badan mangsa ke atas kerusi pesakit. 

FotoL carian internet
"Dua jururawat turut berada dalam bilik itu namun mereka tidak menunjukkan rasa bimbang terhadap kelakuan doktor gigi terbabit," lapor TengriNews.

Manakala, ibu mangsa berkata dia memberitahu doktor itu bahawa anaknya takut untuk mencabut gigi. 

“Saya cuba memujuknya selama dua jam supaya dia membuka mulut selain masuk ke bilik itu sebanyak tiga kali,” katanya.


Pun begitu, wanita itu terkejut selepas melihat rakaman video CCTV dan terus membuat laporan polis.

Dia menganggap perlakuan doktor itu seperti melayan seekor anjing terhadap anaknya. - CARI 


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 6-11-2019 12:40 AM
Monster doctor ke ni?
Quote diggerr 6-11-2019 01:57 AM
Sammaaannn
Quote merrissa 6-11-2019 07:05 AM
alahai....nak cabut gg pon takut....kata kat diri sndri
Quote dodolgemok 6-11-2019 07:08 AM
Alah Kadang2 mak pesakit ni over bagi stetmen padahal xde apa2 pon. Diorang terlebih2 tmbah garam buat cerita. Dodol senyum sinis jah.
Quote Biabetik 6-11-2019 08:04 AM
Dah sampai 2 jam nk melayan ko je, sapa x hangin. Tu belum jerit pekik menangis lagi. Dah tak nak cabut tu maknya pun bwk je la blk. Biar dia tanggung sakit gigi . Nasib baik patients lain x pakat2 hentak bdk ni sama2.
Quote krustykrab 6-11-2019 08:15 AM
dodolgemok replied at 6-11-2019 07:08 AM
Alah Kadang2 mak pesakit ni over bagi stetmen padahal xde apa2 pon. Diorang terlebih2 tmbah garam bu ...


Kan ke mak dia tgk cctv tu
Quote monalisa7 6-11-2019 08:37 AM
Bagus tindakan maknye ..biar lesen ditarik..sukati hentak anak org..memang tak layak jadi doktor

Quote whadda 6-11-2019 09:52 AM
dah kalau penat nak layan pujuk 2 jam suruh je la balik.. dah kenapa nak layan kasar camtu.. padan la muka
Quote knnk 6-11-2019 10:03 AM
dodolgemok replied at 6-11-2019 07:08 AM
Alah Kadang2 mak pesakit ni over bagi stetmen padahal xde apa2 pon. Diorang terlebih2 tmbah garam bu ...

Tapi masalahnya sis memang ada pun dentist yang kasar.
My mom pernah kena. Cuba lah try klinik lain sebab klinik yang biasa tu tutup, yang buat tu Dr muda my mom cakap. Orangnya mmg baik. Tapi cara kerja kasar, rough handling.
Quote imsonaif 6-11-2019 10:57 AM
ntah-ntah budak tu pon kemain drama nya siap gigit tangan doktor
Quote dodolgemok 6-11-2019 11:13 AM
krustykrab replied at 6-11-2019 08:15 AM
Kan ke mak dia tgk cctv tu

Tak semestinya kenyataan tu betul dan Ntah2 tgok CCTV tu pon biasa jah. Anyway kalau betul pon, boleh jah saman doktor terbabit.
Quote dodolgemok 6-11-2019 11:13 AM
knnk replied at 6-11-2019 10:03 AM
Tapi masalahnya sis memang ada pun dentist yang kasar.
My mom pernah kena. Cuba lah try klinik la ...

Kalau klinik kerajaan, buat je lah aduan terus, mintak kat kaunter borang aduan. Nnti ada lah siasatan dilakukan.
Quote minguk 6-11-2019 12:01 PM
mana rakamannya?
Quote KIM.K 6-11-2019 12:12 PM
dodolgemok: Alah Kadang2 mak pesakit ni over bagi stetmen padahal xde apa2 pon. Diorang terlebih2 tmbah garam buat cerita. Dodol senyum sinis jah.


Macam sikap dodol je statement tu
Quote Catpaw 6-11-2019 02:19 PM
knnk replied at 6-11-2019 10:03 AM
Tapi masalahnya sis memang ada pun dentist yang kasar.
My mom pernah kena. Cuba lah try klinik la ...

Aku kena ngan dentist muda pun kasar juga, rasa macam dia bertukang kayu lam mulut aku
Quote fifie_olin 6-11-2019 02:21 PM
nsb baik doc gigi aku dulu baik
sudahnya gigi aku x jadi cabot
kena bebel dgn mak
Quote knnk 6-11-2019 02:41 PM
dodolgemok replied at 6-11-2019 11:13 AM
Kalau klinik kerajaan, buat je lah aduan terus, mintak kat kaunter borang aduan. Nnti ada lah sias ...

Bukan klinik kerajaan masalahnya. Swasta
Kalau kerajaan pun, dia akan tengok kes kan.
Quote knnk 6-11-2019 02:42 PM
Catpaw replied at 6-11-2019 02:19 PM
Aku kena ngan dentist muda pun kasar juga, rasa macam dia bertukang kayu lam mulut aku

Kan, itulah. Bukan benda yang baru pun kalau kes dentist kasar ke apa.
Hatta Dr yang kasar pun ada, ramai juga kena caruts.
Yang kes you, kena cabut gigi ke macam mana?
Quote Catpaw 6-11-2019 03:46 PM
knnk replied at 6-11-2019 02:42 PM
Kan, itulah. Bukan benda yang baru pun kalau kes dentist kasar ke apa.
Hatta Dr yang kasar pun ad ...

Tampal... rasa terkangkang gigi tu u? cabut ke?

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.206153 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top