Bagi kebanyakan pelancong, tujuan untuk ke negara orang selain mendapat pengalaman yang baru sudah pastinya ingin bersenang-lenang dan berehat setelah sekian lama bekerja.
Tetapi tujuan itu sudah pastinya tidak akan tercapai jika kita berdepan dengan pengalaman yang tidak menyenangkan. Itulah yang berlaku kepada seorang wanita bernama Dian Raih, yang menceritakan pengalaman buruknya dalam Facebook group Backpacker Buddies Malaysia (BBM) ketika melancong ke Korea Selatan baru-baru ini. ‘Baru balik dari Korea, bagi aku negara kita juga paling best, aku rasa diorang rasis gila, not mean to spread hatred but this is what happened to us’ katanya. Katanya ada 5 insiden yang membuatkannya tawar hati hendak kembali ke sana.
‘Pertama, semua kena paksa order at least seorang satu di café, tengok table lain 4 orang order 2 drinks, boleh pula’ ‘Kedua, nak beli baju tak boleh try’ ‘Ketiga, harga tag 10K won tetapi bila tanya dan-dan naik 100k won, walaupun baju tahap makcik pasar malam’ ‘Keempat, bila kita duduk sebalah dia di train, tiba-tiba beralih buat kita terasa’ ‘Kelima, tanya arah buat-buat tak dengar kemudian menjeling’ Jadi, menurut Dian, beliau rasa pengalaman-pengalaman buruk membuatkannya tidak ingin lagi kembali ke negara itu. ‘Nasib baik pemandangan cantic mengubat sedikit kelukaan’ katanya. Perkongsian Dian mendapat pelbagai respon daripada netizen. Ramai berkongsi pengalaman pahit yang sama. 'Saya pernah disindir no good kerana memakai tudung' kata seorang netizen. 'Hanya pelancong mat salleh yang dialayan seperti raja' tambah seorang lagi. Bagaimanapun, ada juga yang menyangkal dan percaya insiden sedemikian hanyalah kes tertentu kerana mereka mendapat layanan yang baik semasa berada di negara itu. Yang pasti, setiap orang punya pengalaman yang berbeza di negara orang dan pahit-manis itulah yang akan menjadi kenangan masing-masing.- CARI |
nazzse replied at 7-11-2019 10:52 AM
hadap sangat nak gi Korea kan..mendapatlah..padan muka
Korea ni mmg tak masuk wishlist iols langsun ...
Boomibulat replied at 7-11-2019 11:29 AM
Negara dambaan BBNU..
ADVERTISEMENT