“Hadiah itu diberikan selepas dia berjaya menghafal 30 juzuk Al-Quran. Ibu bapa saya yang hadiahkan." Siapa sangka, gadis ini mendapat hadiah telefon iPhone 11 daripada ibu bapanya selepas menghafal al Quran!
Itu yang dikongsikan oleh abangnya, Arif Afnan kepada ProjekMM selepas video mengenai adiknya itu tular di Twitter. Sebelum itu, Arif berkongsi sebuah rakaman video menunjukkan bagaimana ibu bapanya membuat 'surprise' kepada adiknya, Aina Wafa yang katanya tidak pernah ada telefon sendiri selama 17 tahun. "17 tahun tak pernah ada phone sendiri so parents aku buat surprise bagi iphone baru sebab dia tak pernah mintak," tulis Arif di laman Twitter.
Menurut Arif lagi, adiknya memang tidak pernah memiliki telefon bimbit sendiri sebaliknya hanya meminjam daripada anggota keluarga jika ingin membuat panggilan. “Dia pinjam telefon abang, ibu bapa kalau nak telefon,” katanya lagi yang turut memberitahu adiknya itu bersekolah di asrama penuh sebelum ini selama 5 tahun. Perkongsian itu, membuatkan ramai terkejut kerana tidak menyangka seorang remaja tidak mempunyai telefon bimbit pada zaman ini. Ada juga yang terharu dan juga memuji keluarga ini. - CARI
|
top5complete replied at 5-11-2019 06:37 PM
lepas ni boleh la buat video tik tok.. menari buka baju
salmon-suki replied at 5-11-2019 08:27 PM
Aiolzs merasa ada fon sndiri bila dah stat masuk uni..tu pun tepon nokia baling anjing boleh pingsan ...
ADVERTISEMENT