Seorang lelaki maut ditikam kerana berebut burger ayam di restoran makanan segera Popeye di salah sebuah cawangannya di Amerika Syarikat. Menurut Fox 5 seperti dipetik Mirror, lelaki berusia 28 tahun itu ditikam pada Ahad, kira-kira jam 7 malam waktu tempatan di Oxon Hill Popeyes di Maryland.
Kejadian dikatakan berlaku selepas dua lelaki bertengkar kerana salah seorang daripada mereka memotong barisan di restoran berkenaan. Jurucakap polis di Prince Georges County Police Department berkata, siasatan awal mendapati burger itu menjadi punca pertengkaran berkenaan yang berakhir dengan tragedi. Anggota polis yang tiba di lokasi menemui mangsa di kawasan letak kereta dengan beberapa luka tikaman sebelum dikejarkan ke hospital. Mangsa bagaimanapun dilaporkan meninggal dunia kira-kira sejam kemudian.
Sementara itu, Daily Mail melaporkan menu berharga ASD3.99 (RM16.50) itu diperkenalkan pada Ogos lalu dan kehabisan stok hanya dalam masa dua minggu. Ramai yang teruja dengan pengeluaran semula menu itu pada Ahad sanggup beratur panjang selama berjam-jam hanya untuk mendapatkannya menu 'berhantu' itu. Dalam sebuah video tular di media sosial membabitkan burger ayam Popeye itu menunjukkan seorang lelaki menjerit pada staf kerana hilang sabar ketika menunggu pesanannya. Dalam kejadian lain, seorang lelaki dilihat menumbuk seorang lelaki tua kerana mengetuk cermin keretanya ketika di pandu lalu restoran berkenaan. - CARI
|
MenteriWanita replied at 5-11-2019 09:04 PM
Bila nak masuk Malaysia francais Popeyes ni.
MenteriWanita replied at 5-11-2019 09:04 PM
Bila nak masuk Malaysia francais Popeyes ni.
nikaido replied at 5-11-2019 09:14 PM
Dulu ada several dkt malaysia. Skrg ada dkt klia2
MissVixen replied at 5-11-2019 09:07 PM
Ada masuk. Ada dalam klia2
MissVixen replied at 5-11-2019 09:07 PM
Ada masuk. Ada dalam klia2
clarizsa replied at 5-11-2019 09:20 PM
Sedap sangat ke
Sampai berbunuhan
ADVERTISEMENT