Tahniah buat Eyra Hazali yang baru mendirikan rumah tangga dengan penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT), Haziq Nazli beberapa hari yang lalu.
Namun, siapa sangka dalam pada itu suaminya dipanggil untuk melaporkan diri ke kem latihan pusat Harimau Malaya, semalam. Haziq, 20 tidak sedih malah berbangga kerana latihan tersebut merupakan panggilan pertama Skuad Harimau Malaya untuk menghadapi persediaan bagi kelayakan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. "Alhamdulilah dia dapat rezeki lagi besar dengan sertai skuad Harimau Malaya. Nak cakap saya sedih itu rezeki kahwin dan dia juga dapat memperbaiki lagi kerjayanya," katanya kepada mstar. Soal berbulan madu mereka masih belum merancang lagi. "Tapi rancangan nak ke mana itu ada tapi belum buat sebarang persiapan atau pengesahan. Saya tak nak dia habis kerja terus honeymoon, bagi masa dia rehat dahulu," ujarnya. Haziq juga telah membataskan syarat isterinya dalam menjayakan sesebuah lakonan. "Tidak boleh berpegangan tangan atau bersentuhan dan dia juga tidak mahu saya lakonkan babak atas katil walaupun saya bertudung. Cukuplah lakonan yang bersederhana saja, tak perlu berlebih-lebihan untuk dapatkan babak romantik," katanya kepada mstar. Semoga semuanya lancar buat Haziq, berkhidmat demi negara itu lebih penting! - CARI |
buapakperut: muda ya budak tu baru 20, yang pempuan berapa? badan sheol nampak sado
ADVERTISEMENT