CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Raba Punggung Untuk ‘Reda Sakit’

8-10-2013 04:04 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9898| Komen: 77

Segamat: Seorang lelaki berusia 40-an yang menerima rawatan di sebuah klinik di Labis, di sini, akibat bengkak di telapak tangan kanan sempat mencabul seorang kakitangan wanita pusat perubatan berkenaan, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, lelaki terbabit mendakwa tangannya itu amat sakit dan kesakitan berkenaan hanya mampu diredakan dengan memegang objek lembut saja.

Ketika mendedahkan perkara itu, mangsa yang hanya dikenali sebagai Murni, 29, berkata, dia lalu di sebelah lelaki terbabit sebelum terasa ada sesuatu di punggungnya.

“Lelaki terbabit sedang mendapatkan rawatan daripada doktor ketika saya berjalan di sebelahnya. Pada mulanya, saya menyangka seluar jean dipakai terkena pada bucu meja doktor.

“Bagaimanapun, saya terkejut mendapati ia perbuatan lelaki itu yang meletakkan tangannya pada punggung kiri saya.


“Saya segera menepis tangannya dan terus memarahi lelaki terbabit. Doktor yang ketika itu sedang menulis laporan berkaitan penyakit lelaki berkenaan turut memarahinya,” katanya, semalam.

Menurut Murni, ketika ditanya, lelaki terbabit memberi alasan bahawa dia melakukannya bagi meredakan kesakitan pada tangannya.

Murni berkata, lelaki terbabit juga tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika dimarahi.

“Lelaki terbabit kemudiannya berlari keluar dari bilik rawatan. Ini kali pertama pesakit melakukan perkara kurang sopan terhadap kakitangan klinik ini,” katanya.

Murni kemudian melaporkan kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat pada hari kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Superintendan Mohd Kamil Sukarmi ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dibuat mangsa berkaitan kejadian.

“Suspek masih dikesan dan dia dipercayai menghilangkan diri sejurus kejadian,” katanya.


MURNI bersama laporan polis dibuatnya selepas dicabul pesakit.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissNigga 8-10-2013 08:24 AM
Menurut Murni, ketika ditanya, lelaki terbabit memberi alasan bahawa dia melakukannya bagi meredakan kesakitan pada tangannya...


bodow punya alasan....

nak redakan sakit ker.. nak redakan perasaan geram tu
Quote noor2 8-10-2013 08:26 AM
pi la pegang babi ka anjingka....tu lagi lembut bulu2 anjing babi tu
Quote gaara_X 8-10-2013 08:29 AM
memang tak de kerja deme2 nie....
Quote nurul_akmar 8-10-2013 08:35 AM
bodo punya reason. aku harap ko masuk penjara 3, 4 bln
Quote batmana 8-10-2013 08:38 AM
kalu aku jadi doktor tu, aku suntik dlu laki tu smpai pengsan... baru wat report..
Quote ellZack 8-10-2013 08:38 AM
noor2 posted on 8-10-2013 08:26 AM
pi la pegang babi ka anjingka....tu lagi lembut bulu2 anjing babi tu

tapi anjing/babi tak keja kat klinik.


















Quote ellZack 8-10-2013 08:39 AM
patut perempuan tu tampar kan je muka laki tu.
nanti boleh kata melegakan sakit.
Quote noor2 8-10-2013 08:40 AM
ellZack posted on 8-10-2013 08:38 AM
tapi anjing/babi tak keja kat klinik.



takla...lepas kena tangkap tu humban ja dia kat kandang babi atau anjing...ha mungkin reda la sakit tu..raba puas2..

Quote hyie 8-10-2013 08:48 AM
tips terbaru ke apa ni?
Quote tapibukanaku 8-10-2013 08:53 AM
ellZack posted on 8-10-2013 08:39 AM
patut perempuan tu tampar kan je muka laki tu.
nanti boleh kata melegakan sakit.

tau tak pe
baik dibalas baik. buruk dibalas buruk
Quote ctaz 8-10-2013 09:01 AM
hahaha...baik punya alasan....
ketuk jer....kasi lagi bengkak tgn tu....
Quote benzo33 8-10-2013 09:02 AM
asal ada peluang, mencabul je kejenya
Quote ellZack 8-10-2013 09:02 AM
tapibukanaku posted on 8-10-2013 08:53 AM
tau tak pe
baik dibalas baik. buruk dibalas buruk

patut uols tambah cenggini " Cabul dibalas cabul"..
tapi make sure yg nak dicabul balik tu tasty la mcm abam kemam uols.


Quote ell768 8-10-2013 09:04 AM
bongok betul...boleh plak cenggitu..
Quote vv2005 8-10-2013 09:04 AM
kuang ajar betul..
Quote haryatie 8-10-2013 09:06 AM
senagl btul alasan dia..
org mcam ni pun ada...
Quote tapibukanaku 8-10-2013 09:08 AM
ellZack posted on 8-10-2013 09:02 AM
patut uols tambah cenggini " Cabul dibalas cabul"..
tapi make sure yg nak dicabul balik tu tasty  ...

kalau tasty cam tu, iols rela mencabul balik...





larikkkkkkkkkkkkkkkkk...
Quote nicuya 8-10-2013 09:11 AM
tgn die sakit sbb xdpt meraba..bila dh dpt lega la...bangang..harap2 ko mati je
Quote rosasa 8-10-2013 09:15 AM
punngung bukan pejal ke? lembut ni stok2 kapas

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.234081 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top