CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Kami Tak Mahu Umat Kami Rosak,"-PU Amin Minta Orang Ramai Doakan Kak KM..

5-11-2019 11:01 AM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 21380| Komen: 111|Original author: SakuraJo

Siapa yang tidak mengenali anak kepada pelakon Normah Damanhuri yang penuh kontroversi iaitu Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak Km. Usahawan produk penjagaan diri itu seringkali menimbulkan perasaan kurang senang terutama dikalangan wanita kerana gemar memuat naik aksi yang kurang sopan di media sebagai salah satu cara untuk mempromosikan produknya. 



Ramai yang cuba menegur perbuatannya itu namun ianya bagaikan sekadar mencurah air di daun keladi kerana masih ramai yang menyokong perbuatannya itu. 

Terbaru, pencetus ummah (PU) Amin di akaun Instagram miliknya, meminta agar orang ramai sama-sama mendoakan agar Kak Km diberi petunjuk dan hidayah. Dia turut menyertakan paparan skrin video Kak Km yang beraksi kurang sopan berserta kapsyen berbaur lucah. 

"Ya Allah kau berilah petunjuk dan hidayah pada insan ini! Ya Allah kau berikan jalan kebaikan pada insan ini," tulis PU Amin.

Sumber : Ig PU Amin

Menegur, bukan mahu merosakkan rezeki..

PU Amin turut menyatakan perasaan kesal kerana niat baiknya untuk menegur Kak Km sebelum ini telah disalah ertikan sebagai mahu menutup periuk nasi usahawan itu. 

Sumber : Ig PU Amin

Harap para pembeli tidak lagi mengikuti perkembangan usahawan ini di media sosial..

PU Amin berharap agar para pengikut Kak Km untuk berhenti memberi sokongan kepada Kak Km kerana cara yang digunakannya untuk mempromosikan produk adalah tidak sejajar dengan ajaran agama. 

Sumber : Ig PU Amin

Dalam pada itu, ramai yang menyokong PU Amin dan berharap agar Kak Km diberi hidayah dan sedar atas kesilapan yang dilakukan olehnya. 

Sumber : Ig PU Amin

Apa pun, tidak salah untuk mempromosikan produk masing-masing tetapi biarlah mengikut etika yang betul. Diharap Kak Km mengambil teguran yang diberikan dengan hati yang terbuka dan cuba memperbaiki kesilapan diri. -CARI

4

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 5-11-2019 11:20 AM
sape jer folo dia ntah.. koser iols nk folo ppuan ni.
terlalu -ve vibes.
Quote kakakko 5-11-2019 11:24 AM
Dorang ni mendonia ibarat tak ingat esok tu belum tentu hidup atau tak.. Aduhhh. Moga diberikan keinsofannn...
Quote awanysss 5-11-2019 11:28 AM
follower2 dia ngan suppoter2 dia pun perlu didoakan.. mendonia tak hengatt..
Quote Boomibulat 5-11-2019 11:29 AM
Sesungguhnya kematian itu datang dengan mengejut..
Quote jijilaaa 5-11-2019 11:30 AM
dia ni tak lut teguran weh. tunggu je la jap g mesti dia buat vid balas balik ke PU ni
Quote minguk 5-11-2019 11:34 AM
i block dia, tak rasa nak tengok benda2 mengarut dia buat
Quote tagas 5-11-2019 11:34 AM
nek mah manhuri tak reti didik anak ke
Quote abadi84 5-11-2019 11:46 AM
minguk: i block dia, tak rasa nak tengok benda2 mengarut dia buat


Samalah ai pun block. Tak sanggup tgk benda2 gitu nelintas2 kat explore
Quote MatDeghem 5-11-2019 11:51 AM
Kenape tak ada org report pada instagram?? Kalau ramai yg report...pasti IG nya akan di bungkus.
Quote soulmatte 5-11-2019 11:56 AM
Syukurlah ada juga agamawan yg menegur...harap lebih ramai asatizah beri teguran..dh melampau sgt..emak dia tak takut ker anak dia kena azab Allah kalau tak bertaubat...kalau sayang anak kena fikirkan nasib dia di dunia dan akhirat..bukan di dunia sahaja
Quote SeriBunga 5-11-2019 11:59 AM
meh le kita reramai report account dia.. bukan nk sekat rezki dia, tp me memang xleh terima marketing content dia. merosakkan sungguh. sian laki,anak2, mak, n sedara mara dia..
Quote miemiecha 5-11-2019 12:00 PM
tagas replied at 5-11-2019 11:34 AM
nek mah manhuri tak reti didik anak ke

eh helooooo!!
makmah kabo anak2 heshe anak soleh solehah ok..
kehkehkeh...

Quote Gumball 5-11-2019 12:01 PM
Edited by Gumball at 5-11-2019 12:57 PM

Allahu..
Aku sokong apa yang PU Amin niy buat..
Untuk kebaikan pompuan tuh jugak..
Mana la tau umur pompuan tuh xpanjang, cemana nak tutup segala aib yang dia sendiri buat..bertebaran kat socmed..
Tegur tuh bukan sebab benci..
Aku memang sah-sah block IG pompuan tuh..dah macam pelakon porno jer..
Quote Orix 5-11-2019 12:01 PM
marketing low classssss sgat kak km ni...
Quote tapirbiru 5-11-2019 12:02 PM
SeriBunga replied at 5-11-2019 11:59 AM
meh le kita reramai report account dia.. bukan nk sekat rezki dia, tp me memang xleh terima marketin ...

i dh penah report.. ig kata account tu takde breach any t&c.. maksudnya postings takde apa apa kesalahan..ngok betoi
Quote tagas 5-11-2019 12:02 PM
miemiecha replied at 5-11-2019 12:00 PM
eh helooooo!!
makmah kabo anak2 heshe anak soleh solehah ok..
kehkehkeh...


hawait lagu tu

depa punya tafsiran solehah

akhir zaman
Quote miemiecha 5-11-2019 12:04 PM
tagas replied at 5-11-2019 12:02 PM
hawait lagu tu

depa punya tafsiran solehah

hahahaha, mak nya kabo gtu sisturrr..
mek gelak baca..

aak soleh mama
anak soleh mama
ah gituewwww
Quote tumpanglalu74 5-11-2019 12:31 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/B4HmtQ4H-Pn/[/ig]

Quote cupu 5-11-2019 12:35 PM
tagas replied at 5-11-2019 11:34 AM
nek mah manhuri tak reti didik anak ke

Nk didik apanya klu mak pun sama..kan ke ada dia repost blk apa yg km tu post...semua fmly cr mkn mcm ni..

Lihat semua komen(111)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.101292 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top