CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Tercalon Tapi Tak Datang" Rozita Che Wan Sindir Dewan Lompong Dalam Anugerah Skrin 2019

4-11-2019 04:56 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 14988| Komen: 65|Original author: Shimmer Shine


"Tak baik tak datang, tercalon tak datang."

Itu sindiran manja pelakon, Rozita Che Wan ketika menyebut nama-nama calon dalam majlis Anugerah Skrin 2019. 


Usikannya itu mendapat tepukan dari audien, namun dalam masa sama agak sendu kerana dewan sebenarnya lompong.

IG

Teguran pengulas industri hiburan, SepitSiput menzahirkan kekecewaan ramai peminat seni tanah air dengan situasi begini. 


IG

Dewan banyak yang lopong, malahan audien juga seperti 'berat punggung' dengan acuh tak acuh bertepuk kepada pemenang yang naik ke pentas.

Situasi memalukan itu dapat dilihat menerusi kaca televisyen. Rata-rata yang hadir pula seolah-olah berjahit tangan dengan telefon bimbit masing-masing sedangkan situasi dewan tengah hangat dengan pengumuman pemenang.



Dengar ceritanya mereka yang memenuhi dewan itu sebenarnya bukanlah artis yang terlibat dalam pencalonan tetapi lebih kepada rakan dan saudara mara artis lain. Antaranya ialah pembantu peribadi artis, jurusolek, pengurus artis dan entah siapa-siapa lagi. Hal inilah yang membuatkan mereka tiada rasa untuk memberi sokongan majlis itu.


Nampaknya situasi dewan lopong dan artis yang tidak menyokong ini akan berterusan jika tiada kesedaran dari kalangan artis sendiri. Harapnya janganlah ASK ini yang terakhir ya, seperti berkuburnya Anugerah Sri Angkasa. - CARI 

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rogue98 4-11-2019 05:13 PM
Ye lah xde sapa nak tgk baju che ta... penat dia melaram mcm Big Bird.
Quote shernazz 4-11-2019 05:15 PM
Sepit x mai dah kat porem ka?
Quote Perawankota 4-11-2019 05:22 PM
Mmg sendu gila kot.. Artis yg dtg pon lemauu jer.. Nk tepuk tgn pon malas.. Performance pon bosan.. Harap AY jer yg best...
Quote Kurex 4-11-2019 05:23 PM
tapi anugerah skrin ni boleh dikatakan bosan..
Quote annadonna 4-11-2019 05:25 PM
Aku rasa ni lebih pada hal penganjuran. Cara penganjur bekerja. Salah seorang calon top 5 cakap dia pun tak tau dia tercalon top 5. Production aje yg suruh datang. Itu nasib baik dia free so dia datang. Penganjur pula cakap kalau bagitau siapa calon, yang tak tercalon pun tak mau datang. So pandai pandailah strategi. Buatlah kategori khas mengejut yang boleh menarik yang tak tercalon tu datang. takkan itu pun kena ajar. Bukan semua org hadap majlis anugerah
Quote Kak-Leen 4-11-2019 05:33 PM
Jemputan xde RsVP ka? And one thing, bila dah dijemput, kalau x dpt hadir, sila inform kat penganjur. Penganjur kena cakna dalam memastikan majlis ni penuh dan meriah. Ni bila lompong, org lain yg hadir pun akan rasa kosong.. Lalu mengosongkan dewan walau majlis masih berjalan..
Quote mesmerize 4-11-2019 05:37 PM
ai tengok kat tv pun kerusi2 yang ada label2 pelakon2 paskal macam ammar alfian n partner, hairul azreen n partner semua kosong noks. ai yakin ramai malas nak pergi majlis ini sebab macam tahu2 tak menang.
Quote dekmieDandy 4-11-2019 05:44 PM
Edited by dekmieDandy at 4-11-2019 09:46 AM

agaknya sebab diorang pon tahu, tak boleh jual nama dah walau menang ASK ni

lain la macam dulu-dulu, lepas menang chances production nak ambil jadi lead tu tinggi

sekarang kalau followers IG ada bawah 100k, menanglar anugerah celah bedah manapun tetap tak laku

lagi satu boleh dak panggil performer ni penyanyi yang nyanyi lagu OST drama / filem yang tercalon, ni lagu nyanyi tak relate dengan pencalonan pon apooooo

Quote kakasotong2 4-11-2019 05:58 PM
mesmerize replied at 4-11-2019 05:37 PM
ai tengok kat tv pun kerusi2 yang ada label2 pelakon2 paskal macam ammar alfian n partner, hairul az ...

Kekrol dgn Ammar A ada kan attend ASK tp mcm balik awal gitu. Frust la agaknya sbb Paskal xsangkut 1 award pun. Perasan juga masa last2 award tu tempat duduk diorg dah kosong. Dh angkat kaki dlu.
Quote meow_tompok 4-11-2019 06:00 PM
bila anugerah ASK ni berlangsung? Soalan serious aku tak tahu.

Quote aammyy 4-11-2019 06:00 PM
Kalau artis pun tak datang bg sokongan pada anugerah, pada rakan-rakan artis, mcm mana peminat nak respect, nak contohi dorang?
Quote kakasotong2 4-11-2019 06:00 PM
Kali ni baru meols rase otak Nekta berfungsi dgn baik. Bila dia membicarakan tentang isu2 yg kritikal mcm ni. Kipidap Nekta! Semoga pandangan uols diambilkira oleh penganjur ASK aka media prima berhad.

N semoga lebih byk lg isu2 berkaitan industri yg uols akan bangkitkan.
Quote aammyy 4-11-2019 06:01 PM
Also persembahan yang sejuk. Taktau la kalau mencipta kelainan dengan menjemput ahli silap mata.
Quote kakasotong2 4-11-2019 06:03 PM
Kes Along Cham tu sedih betul. Dah la tercalon top 5 pelakon terbaik filem, boleh pulak budak2 kerja ask xbg dia lalu kt kapet utama, suruh jalan kt laluan lain. Kalau iols jd Along sentap nya lahai.

Mujur ada Mawi tolong selamatkan heols.

Hina sungguh cara kerja team ASK ni.
Quote salmon-suki 4-11-2019 07:03 PM
Mmg buhsan ask ni..tp kenapa dia buat ari jumaat ye?salu anugerah2 ni buat weekend..
Quote mizzy 4-11-2019 07:19 PM
Sesama diorang pun takde nak sokong each other, pastu nak salahkan penonton tak sokong industri tempatan. Pe bende laaaa
Quote sleepandream 4-11-2019 07:48 PM
tahun2 sebelum ni attendance full pun sendu jua anugerah ni...
motif sepitsiput tetap nak compare dengan emmy/oscar?
Quote anony-mous 4-11-2019 08:04 PM
Lepas tu bila kita xsupport filem dia, nak meroyan. Tp semdiri pon xsupport rakan sdri
Quote Fly_over 4-11-2019 08:43 PM
Edited by Fly_over at 4-11-2019 08:46 PM

semua ke plakon kt Msia ni dpt jemputan g anugerah2 ni? plakon mcm nadia aqilah, sara ali, ruzana, nazeera sardi etc2 tu dpt ke jemputan? yg jenis sendu2 ni mcm xdpt jemputan je iols rasa walaupn ada je blakon. sbb pnh je ada artis yg ckp psl xdpt pn jemputan cmne nk dtg support.

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.041922 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top