CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Sedang Berkabung Jadi Mangsa Rogol Di Kuburan

4-11-2019 04:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 2601| Komen: 9

Kejamnya! Seorang lelaki didakwa merogol seorang wanita berusia 50-an di kawasan perkuburan, ketika mangsa mengunjungi salah satu kubur ahli keluarganya.

Daily Mail melaporkan, kejadian berlaku pada waktu senja di tanah perkuburan sebuah gereja di East Sussex pada Jumaat lalu. 

Malah, difahamkan mangsa dalam keadaan trauma teruk dan belum dapat disoal siasat mengenai kejadian itu, ketika anggota polis tiba di tempat kejadian. 

Foto: BBC
Jurucakap polis berkata, mangsa mendakwa kejadian berlaku antara jam 5.30 petang dan 6 petang. 

“Wanita itu mendakwa lelaki terbabit berusia 40-an dengan ketinggian 168 sentimeter, berambut pendek yang sudah beruban, menyerangnya ketika mangsa duduk di atas bangku,” katanya. 


Tertuduh juga dikatakan duduk di sebelah mangsa dan berkemungkinan berlakon mahu menenangkan wanita itu yang sedang berkabung.

Pihak polis kini meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar menghubungi pihak polis, memandangkan perkuburan itu terletak di kawasan yang sibuk. - CARI 

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 4-11-2019 11:10 AM
takziah...
Quote TravellingBear 4-11-2019 11:11 AM
Eh igt kat ganu
Quote Kurex 4-11-2019 11:12 AM
dah tak jadi pra mod lagi dah ke? tak payah la jadi, tak bebas nak gossip
Quote Kurex 4-11-2019 11:14 AM
waktu senja la kalau boleh aku cuba elak nak lalu kubur depan rumah ni
Quote Pink_Purple 4-11-2019 11:24 AM
bila manusia bertukar menjadi syaitan
Quote CARI-MAMS 5-11-2019 11:21 AM
pttnya gi kubur, insaf..tp bernafsu lak
Quote videcloset 5-11-2019 11:45 AM
pulak dahhhhh. siannyaa
Quote Bedah.Cun 5-11-2019 05:40 PM
Fetish beromen ateh kuboh ker
Quote dani-rox 5-11-2019 11:33 PM
Dirogol ketika tgh berkabung dan melawat kubur, celah mana CASH?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.125419 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top