CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Skrip Tak Kuat, Pelakon Gandingan Tak Best - Fizz Fairuz Putus Asa Nak Berlakon

4-11-2019 11:01 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 7137| Komen: 36|Original author: Oleh: Saiful

Datuk Fizz Fairuz pernah berputus asa untuk meneruskan kariernya sebagai pelakon.

Katanya, dia selalu dapat skrip yang tidak kuat dan rakan gandingan dalam drama yang tidak sepadan.


Akibatnya? Drama lakonannya selalu sahaja mendapat kurang perhatian.


Foto: IG

"Pernah rasa tak mahu berlakon lagi sebab tak pernah dapat skrip yang kuat macam pelakon lain.

"Sudahlah skrip tak best, pelakon gandingan pun tak best, saya kecewa," katanya kepada mStar Online.

Fizz cukup gembira jika terus mendapat tawaran untuk membawakan watak yang berat.




"Saya dapat tawaran berlakon drama Kamar Kamariah. Saya memang suka bawa watak yang betul-betul jahat. Setakat nak bagi orang sakit hati dan menyampah itu memang 'makanan' saya," tambahnya.

Baru-baru ini, dia meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian menerusi Kamar Kamariah.




Fizz sendiri tidak menyangka sebab selama hampir 22 tahun dalam industri, tapi tak pernah menang anugerah.

"Saya tak pernah letak harapan sebab selama ini tak pernah menang. Ini kali pertama. Mungkin rezeki saya."

Tahniahlah Fizz. Semoga ini jadi pembakar semangat untuk terus berlakon. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 4-11-2019 11:43 AM
Baik datuk...
Quote anony-mous 4-11-2019 11:50 AM
I mmg suka heol berlakon. Berbakat sgt2. Poyo tu i tutup mata jah.

Berlakon alim baik menjadi - Nur kasih then kalau buat org benci tu mmg menjadi.

Btw kenapa perut ank sulung dia bulat gila?
Quote fushimi 4-11-2019 12:06 PM
errrrmmmmmmmmmmmmmm

baiklahhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Quote Sazida 4-11-2019 12:12 PM
Iols ok jah dia ni berlakon. Xkayu. Wlpn kuat mencapub tp xpelah. Dimaafkan. Btw ot sikit, smlm tertengok drama pukul 7 mlm. Datuk belon berlakon balik yer
Quote Kurex 4-11-2019 12:13 PM
dulu suka dia dia..  sekarang pun masih suka
Quote Xim 4-11-2019 12:14 PM
Ape salahnye trime je pape tawaran pun . Drpd xde masyuk lgsg . Baik ade
Quote chicozinn 4-11-2019 12:24 PM
trima je la tok janji masih kekal relevan cm si janna nick tu..sume job main sauk je janji masyuk n stay in the industry
Quote MariaClara 4-11-2019 12:33 PM
aku suka tgk dia berlakon..menjadi sgt kalau jahat tuh..sampai aku pernah nak tuutp tv tak snggup nk tgk hahahahhahahaha
Quote takayama 4-11-2019 12:37 PM
dia ni berlakon apa2 pun best
bwk watak komedi pun okay
terigt2 watak dia sebg kwn awie dlm dollah superstar
Quote takayama 4-11-2019 12:39 PM
anony-mous replied at 4-11-2019 11:50 AM
I mmg suka heol berlakon. Berbakat sgt2. Poyo tu i tutup mata jah.

Berlakon alim baik menjadi -  ...

kaka pun noticed perut anak sulung dia bulat sgt
knp yea?

dulu anak buah kaka pun perut dia bulat then jumpa paed dibg ubat cacing dah okay perut bulat tu hilang


Quote Carcosa 4-11-2019 01:21 PM
Oooooo Patutlah bil elektrik tak berbayar smp ada tunggakan. Memilih job ghopanyeeee {:handsome
Kutukan aside. Meols ok jah lakonan heols.
Dlm telemovie 4Penjuru,lakonan heols mantop top top. Bini dia dlm tu Rita Royani. Mmg best.
Quote cicicumel 4-11-2019 01:26 PM
masa dia muda2 dulu pucuk naluri i selalu terusik bila dgr suara fizz fairuz. suara dia garau2 gittew. manly sgt. hewhewhew..
Quote adelea 4-11-2019 01:27 PM
Xim replied at 4-11-2019 12:14 PM
Ape salahnye trime je pape tawaran pun . Drpd xde masyuk lgsg . Baik ade

klu dia main sapu , nanti korang jugak yg kata dia berlakon drama sampah
Quote Begbiru 4-11-2019 02:34 PM
biasalah kat malaysia ni....
produser suka pelakon yg jambu & ramai follower... sbb masyarakat pun support depa2 ni kat drama jam 7pm & jam 10pm

sbb tu filem/drama malaysia susah nak dijual kat luar.

pernah sekali tu tgk ada filem malaysia disiar kat pawagam kat manila ( sbb minggu asean) sekali tgk tajuk...cite hantu + mat rempit....takde org tgk pun

tp cite thailand & indonesia laku kat sana masa promo minggu asean tu
Quote bambimo 4-11-2019 02:38 PM
Buka kedai makan pun ok.. Dah ada nama org dh kenal.. Datin plak pandai/ rajin masak.. Ngam tu
Quote Nana_Man 4-11-2019 02:54 PM
chicozinn replied at 4-11-2019 12:24 PM
trima je la tok janji masih kekal relevan cm si janna nick tu..sume job main sauk je janji masyuk n  ...

Betul.. anak pun berderet kan... mesti pakai bnyk $$$
Quote Nana_Man 4-11-2019 02:56 PM
takayama replied at 4-11-2019 12:39 PM
kaka pun noticed perut anak sulung dia bulat sgt
knp yea?


Serius???? Anak buah i pun gitu jgk.. padahal tiap minggu gi gymnastic. Nk tegur, takut biras tak terima lak..
Quote Perawankota 4-11-2019 02:56 PM
Anyway dia berlakon mmg best.. Mmg berkesan.. Anyway ada sorg pelakon yg sore lebih kurang sore datok pizz ni.. Ala, ex si ayda jebat tu.. Tetiba aku lupa lak nama mamat mata kecik tu.. Kalau mamat tu berlakon, klu masa tu aku x pandang TV, mesti ingat tu tok pizz.. Sekali pandang skrin Rupa2nya dia..
Quote aleesyasofia 4-11-2019 03:16 PM
iolss suka heolss brlakon wlaupon kdg2 myampah dgn kepoyoan heolss.. plg best iolss suka heolss dlm nur kasih..

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:46 AM GMT+8 , Processed in 0.109734 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top