CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sarapan Terakhir

8-10-2013 03:46 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7412| Komen: 35

 
Anggota trafik mengangkat mayat mangsa sebelum dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasa

BUKIT BERUNTUNG - Seorang pengarah pemasusur keluar Plaza Tol Bukit Beruntung arah Selatan jam 11.50 pagi semalam.saran syarikat Sime Darby, Hamidon Khamis, 47, maut setelah motosikal berkuasa tinggi ditunggang terbabas di Kilometer (km) 427.3, satu km sebelum 


Menurut rakan mangsa, Saidi Hashim, 54, ketika kejadian mereka bersama tiga rakan lain dalam perjalanan balik ke rumah masing-masing setelah bersarapan di sebuah restoran hidangan pau di Tanjung Malim.

“Kami bergerak berkumpulan, lima motosikal superbike semuanya tapi Hamidon berada kedudukan dua di belakang dan belakang sekali bos saya.

“Saya dan dua superbike lagi jauh di depan. Bila tak nampak lampu rakan di belakang kami berhenti menunggu di depan. Lepas itu dapat panggilan rakan kata Hamidon kemalangan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Menurutnya, selepas menerima panggilan itu mereka membuat pusingan di Plaza Tol Rawang dan ketika melalui kawasan kemalangan dia melihat mangsa sudah berbalut dengan plastik hitam dan motosikal mangsa terbalik di lorong paling kanan lebuh raya arah Selatan.

Katanya, mangsa baru saja pulang ke Malaysia setelah bertugas selama dua tahun di Indonesia dan menyertai konvoi motosikal pada pagi semalam.

“Konvoi ini tidak dirancang cuma kami ajak dalam kumpulan what’s app sesiapa nak sarapan di Tanjung Malim boleh ikut sekali.

“Jadi kami berlima. Konvoi masa pergi memang tidak ada masalah. Hamidon pun nampak ceria sepanjang kami sarapan di kedai . Cuma dia ada cakap gayat sedikit bila lalu di selekoh,” katanya.

Menurutnya, kemalangan itu berlaku di selekoh akhir menuju susur keluar Plaza Tol Bukit Beruntung.

Katanya, mereka tidak melihat bagaimana kejadian itu berlaku.

Bagaimanapun, katanya pegawai atasan mereka yang mengekori di belakang mangsa berkemungkinan melihat kejadian awal namun terpaksa pulang segera menghantar isterinya yang trauma.

Difahamkan, pegawai mereka akan datang semula menaiki kereta untuk urusan membawa pulang jenazah mangsa.

Menurut sumber, siasatan awal di tempat kejadian mendapati terdapat kesan geseran motosikal mangsa pada besi pembahagi lebuh raya kira-kira 50 meter daripada tempat motosikal terbalik.


takziah kepada isteri, anak2 dan keluarga mangsa


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote purpledesire 8-10-2013 11:26 AM
Innalillah..takziah buat keluarga mangsa..
Quote ogata 8-10-2013 11:26 AM
sedih..........

Al-fatihah
Quote haryatie 8-10-2013 11:29 AM
Innalilllah..
Quote bianglala 8-10-2013 11:32 AM
innalillah.

area bukit beruntung memang banyak selekoh-selekoh yang bahaya.
Quote prettyuglybabe 8-10-2013 11:33 AM
takziah.. nampak cam ganas je mayat beliau kena angkut tu
Quote rospinki 8-10-2013 11:33 AM
memang nampak macho bawak superbike tapi bila eksiden memang hanco
Quote rospinki 8-10-2013 11:36 AM
prettyuglybabe posted on 8-10-2013 11:33 AM
takziah.. nampak cam ganas je mayat beliau kena angkut tu

itula...kenapa diangkat terbalik gitu...sedih keluarga dia nengok
Quote perang_candu 8-10-2013 11:36 AM
Mungkin skill kurang mantap untuk handle superbike..
Quote prettyuglybabe 8-10-2013 11:38 AM
rospinki posted on 8-10-2013 11:36 AM
itula...kenapa diangkat terbalik gitu...sedih keluarga dia nengok

teringat pulak cerita do re mi masa minah tarik kaki do
Quote mizmini 8-10-2013 11:39 AM
Innalillah...

bila ajal dah sampai
Quote namirulmukminin 8-10-2013 11:48 AM
Banyak btul kes kematian di kalangan penunggang motosikal berkuasa tinggi sejak akhir2 ni... macam bermusim plak kes cenggini...

Takziah buat keluarga mangsa..
Quote amyainsamad 8-10-2013 12:03 PM
takziah kpd keluarga mangsa......
Quote gujiwa 8-10-2013 12:31 PM
mmg biasanya accident berlaku kat area situ... alahai.. kadang2x lalu kat balai polis bukit sentosa tuh.. selalu tgk kereta.. remuk.. moto pun same...

hurmmmm
Quote Knowlee 8-10-2013 07:02 PM
teringin gak pakai Ducati Monster... tapi takut tak reti kawal...
Quote monreyes 8-10-2013 07:21 PM
rasanya mcm polis tu nak btolkan seluar dia
Quote mrsamz 8-10-2013 07:29 PM
namirulmukminin posted on 8-10-2013 11:48 AM
Banyak btul kes kematian di kalangan penunggang motosikal berkuasa tinggi sejak akhir2 ni... macam b ...

pasal makin banyak jumlah penunggang superbike, so, statistik kemalangan pun naik jugak lah
Quote mrsamz 8-10-2013 07:31 PM
rider2 ni mmg suka wat perangai pelik, nk g sarapan sampai ke ipoh la, penang la..padahal rumah d klang valley
Quote mak_wa95 8-10-2013 07:33 PM
mrsamz posted on 8-10-2013 07:29 PM
pasal makin banyak jumlah penunggang superbike, so, statistik kemalangan pun naik jugak lah

ya betul tu....
Quote BeeHaa 8-10-2013 07:44 PM
mrsamz posted on 8-10-2013 07:31 PM
rider2 ni mmg suka wat perangai pelik, nk g sarapan sampai ke ipoh la, penang la..padahal rumah d kl ...

Nama pun ada motor besar takkan nak makan kedai mamak blakang umah. Baru pulas dh smp x rasa lah..

Takziah pada kuarga mangsa

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.197692 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top