CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Pandai Cover!"- Ayda Jebat Jatuh Semasa Persembahan ASK 2019, Netizen Puji Profesional

3-11-2019 09:13 AM| Diterbitkan: Sarirsa| Dilihat: 17249| Komen: 89|Original author: Myeonir

Anugerah Skrin 2019 baru sahaja melabuhkan tirainya. Macam-macam cerita yang jadi buah mulut netizen mengenai anugerah itu. Ada yang kata pengacara tak best lah, ada yang kata tetamu yang hadir pun semua nampak bosan dan tak supportive langsung.


Tapi insiden yang paling diiingati oleh orang ramai ialah apabila Ayda Jebat yang jatuh tersebam semasa sedang sakan menarikan lagu Temberang bersama Santesh pada persembahan penutup di anugerah itu.


Pun begitu, artis merangkap pelakon itu juga tidak melatah dan terus bangun bagi meneruskan persembahannya seperti tiada apa-apa yang berlaku. Menurut entrinya itu, Ayda turut menyatakan bahawa kakinya lebam dan bengkak kerana kejadian itu.

Rata-rata netizen yang menyaksikan kejadian ini telah memuji tindakan pantas Ayda yang tidak menggelabah dan terus bersikap profesional. Walaupun tular di media sosial, semua netizen membanjiri sedutan video tersebut degan pujian melimpah.

Kredit foto: Instagram
Menurut Harian Metro, Ayda berkata disebabkan insiden itu berlaku dengan pantas, dia sedaya upaya cuba meneruskan persembahan walaupun terpaksa menahan kesakitan.

"Ketika sedang menyanyikan lagu Temberang dan menari, saya gagal mengimbangkan badan kerana menggunakan kasut tumit tinggi hingga menyebabkan saya tergelincir dan terjatuh.

"Barangkali terlalu teruja juga antara faktor saya gagal mengawal diri. Saya sedaya upaya ingin memberikan persembahan terbaik. Tambahan pula, ini adalah anugerah berprestij .

"Saya mohon maaf jika kesilapan itu mencacatkan persembahan, tapi bersyukur tidak mengalami kecederaan yang teruk cuma lebam. Terima kasih kerana mendoakan kesihatan dan menyukai persembahan saya semalam.

"Bagi saya dalam setiap persembahan pasti ada kesilapan kecil, tapi sebagai penghibur kita perlu bijak mengawal diri dan situasi," katanya.

Betul-betul "Aduh abang" semasa persembahan itu -CARI

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucing_gebu 3-11-2019 09:18 AM
Comel pulak dia mlm tu
Quote beatgirlX 3-11-2019 09:22 AM
Adoi..nasib dah nak habis perform
Quote TerataiMelur02 3-11-2019 09:24 AM
Makin lawa ayda ni.. Dh x nampak rosnah mat aris nya
Quote salmon-suki 3-11-2019 09:25 AM
TerataiMelur02: Makin lawa ayda ni.. Dh x nampak rosnah mat aris nya


tulaa korg..asyik samakn dia ngn rosnah mat aris..kan dah lain rupa tu..{:smile
Quote balakkampung 3-11-2019 09:26 AM
sian dia...tapi ok la..selamba jer bangun balik terus kan persembahan..sib baik lirik tak bertukar jadi.. duh..aduh..aduh...ADOIIIII!!!!!...
Quote cicicumel 3-11-2019 09:28 AM
rengsa la tgk si santesh tu. perlu kee
Quote sarah82 3-11-2019 09:30 AM
Tersembam bukan jatuh muka ke tanah/bawah ka? Blur jap
Quote rayray28 3-11-2019 09:30 AM
Kuang asam si santesh leh gelakkan dlu
Quote cmf_premierleag 3-11-2019 10:06 AM
dia ni talented sbb bukan je bleh menyannyi menari tp bleh main instrument mcm piano
ni la baru betul2 talented retisss
bukan stok bodoh2 jd penyanyi sbb nk glemer jah
Quote imransulaiman 3-11-2019 10:10 AM
Sapa gelak ketiak dia berdaki!
Quote ReginaGeorge 3-11-2019 10:16 AM
Nasib baik jatuh reverse, kalau jatuh forward.. Susah nak cover up
Quote nordin84 3-11-2019 10:16 AM
ni nyanyi live ke?dgr mcm live,tp ms jatuh tu macam
btw,tajuk jgn nak hype sgt..iols ingat muke dia cium pentas tu..takat jatuh terduduk tu biasela as performer..legendary britney pun byk kali tergolek
Quote imanda 3-11-2019 10:27 AM
apa yg jatuh tsembamnya? stakat jatuh tduduk adelaa, lutut tkena lantai.
tsembam tu jatuh menerap muka kena lantai. tajuk misleading.
Quote olezzeli17 3-11-2019 10:28 AM
sarah82 replied at 3-11-2019 09:30 AM
Tersembam bukan jatuh muka ke tanah/bawah ka? Blur jap

Hahaha.. Kannn.. Kalau trsembam tu jatuh yg mlibatkan muka.. Ni jatuh terduduk.. Hehehe.. Malam tu masa kat tv, tetiba tengok dia hilang pastu dengar bunyi suara dia gelak.. Ni confirm jatuh.. Betul rupanya.. Hehehe..
Quote sarah82 3-11-2019 10:30 AM
olezzeli17 replied at 3-11-2019 10:28 AM
Hahaha.. Kannn.. Kalau trsembam tu jatuh yg mlibatkan muka.. Ni jatuh terduduk.. Hehehe.. Malam tu ...

Hahaha.. Tu la.. Ingatkan selama ni sy salah faham maksud tersembam.
Quote Nana_Man 3-11-2019 10:52 AM
Org lain kalau jatuh dah melatah teruk.. AJ dah jatuh nyanyi pun mcm biasa jer. Mcm nothing happened! Ni baru betul2 professional.
Quote Catpaw 3-11-2019 10:56 AM
Suka gak aida j ni, bersungguh2 nampak menyanyi berlakon, comel gak. Boleh kekal lama la nampak dalam industri
Quote Beautifulliar. 3-11-2019 11:23 AM
Nape klo gelak ketiak berdaki. Meols xgelak tp nk jgk check ketiak fuh nasib baik dh sental mandi td. Klo gelak tu mksdnya tetiba buleh berdaki semula ke guane
Quote LadyCarefree 3-11-2019 11:35 AM
Xde tersembam pon.

Lihat semua komen(89)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.086118 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top