"Farid nasihatkan saya dekatkan diri pada Allah." Selepas gangguan keresahan yang teruk Ogos lalu, pelakon Datin Diana Danielle,28 mendedahkan dirinya kini lebih tenang. Akhirnya Diana berjaya mengatasi gangguan keresahan yang disebabkan kepenatan melampau itu. "Sekarang saya lebih sensitif dengan badan. Kalau rasa minda dan mood terganggu, saya akan rehat disebabkan tahu tak okey."
Diana, 28, berkata dia turut bersyukur suaminya Datuk Farid Kamil, 38, banyak membantu dengan kerap menasihatkannya untuk solat setiap kali dia mula merasa hampir terkena serangan itu kembali seperti dipetik Harian Metro. "Kalau dulu selalu paksa diri untuk terus kerja, tapi sekarang dah pandai tahu perasaan tu, jadi senang untuk atasinya." "Farid nasihatkan saya untuk selalu minta bantuan daripada Allah sebab Allah saja boleh bagi panduan. Suami kata kalau penat sangat suruh solat." Pelakon Gol & Gincu Vol 2 itu juga memutuskan untuk tidak mengambil sebarang ubat bagi mengatasi penyakit itu sebaliknya mengubah gaya hidupnya menjadi lebih baik. "Gangguan keresahan itu dapat daripada diagnosis doktor tapi saya tak mahu ambil ubat disebabkan sedar gaya hidup dah bertukar sejak dua tiga bulan sebelum terkena. Menurut Diana, setelah kembali ke gaya hidup sebelum kena iaitu makan banyak dan tidur ikut masa, hanya dalam masa tiga minggu doktor mengesahkan keadaannya jauh lebih baik. Ogos lalu, Diana berkongsi detik mencemaskan apabila diserang gangguan keresahan menerusi Instagram. Pelakon itu menjelaskan dia berpeluh, mengalami insomnia yang teruk, gelisah dan kehilangan selera makan. Baguslah, Diana berjaya atasinya. Jadi, artis yang rasa depresi boleh berjumpa doktor terlebih dahulu untuk kepastian dan melakukan langkah sewajarnya ya.- CARI |
kiyudi replied at 1-11-2019 02:39 PM
Rasa tertekan baru solat yea...
tgh2 happy tu x perlu....
AshkieLa: Cantik dia dan baju gambar yg pandang ke atas tu...
bakingsoda replied at 1-11-2019 06:12 PM
solat bila masuk waktu bukan bila penat #donesetajah
ADVERTISEMENT