Malang bagi seorang pendaki wanita apabila maut terjatuh dari ketinggian 60 kaki, beberapa minit selepas berkongsi detik-detik indah bersama teman lelakinya di puncak air terjun di Peak District, England. Menurut inkues, mangsa, Hannah Lowe dan teman lelakinya baru selesai berbual mengenai prospek membeli rumah pertama mereka yang akan dibeli keesokannya, sebelum wanita itu terjatuh. Wanita berusia 29 tahun itu seorang yang berpengalaman mendaki dan pernah mendaki gunung-gunung tinggi di Britain bersama keluarga dan teman lelakinya, Adam Stanaway. Namun pada Hari Easter tahun ini - sehari sebelum hari jadi Adam yang ke-30, pasangan itu memutuskan untuk mengambil angin di Peak District bersama ibu dan adik Hannah bermula selepas tengahari. Selepas tiga jam, mereka tiba di puncak Kinder Scout dan mengadakan piknik keluarga sebelum Hannah dan Adam berjalan-jalan untuk mengambil masa bersendirian. Pasangan tersebut duduk di puncak Kinder Downfall dan berbincang mengenai masa depan serta impian membina rumahtangga mereka bersama, namun sejurus mereka bangun untuk meninggalkan kawasan itu, Hannah tergelincir dan terjunam hingga ke kaki air terjun. Dalam kenyataan yang dibacakan kepada koroner, Adam mengimbau kembali detik mengerikan itu apabila wanita yang dicintainya terlepas dari genggaman, walaupun dia telah cuba untuk menyelamatkannya. "Kami berjalan-jalan dan duduk di atas batu. Kami sangat gembira kerana merancang untuk membeli rumah keesokannya, iaitu pada hari jadi saya. Hanya beberapa minit kami berada di situ dan ingin bangun untuk pergi," katanya. "Hannah pusing dan hilang imbangan di celah-celah batu. Saya nak tarik begnya tapi tak sempat, lalu dia terjatuh. Saya memanggil ibu Hannah dan kami cuba turun tapi terpaksa naik semula." Adam diberitahu berita buruk tentang kematian kekasihnya itu 30 minit kemudian oleh pihak berkuasa yang selesai mencari Hannah yang meninggal akibat kecederaan otak yang parah. Melalui Instagramnya, Adam menulis: "Hari ini saya telah kehilangan buah hati saya, teman saya, kekuatan saya. Tiada kata-kata yang boleh menjelaskan kesakitan yang saya rasai sekarang tapi saya bertuah dapat berkongsi masa kita bersama. Saya akan menghabiskan saki-baki kehidupan membuatkan kamu bangga dan menjadikan diri ini lebih baik. "...Saya sayangkan kamu selamanya, tidurlah sayang sehingga kita bertemu lagi." - CARI
|
Atata: Yerr kewww. Entah2 dia tolak
RatuDunia94 replied at 2-11-2019 12:45 PM
Kann.. still kena siasat gak laki ni.. ada kemungkinan
Kurex replied at 2-11-2019 09:36 AM
Puncak kasih kita
Rendangnya oh seketika
Bagai cerita satu mimpi episod cinta..
beta_carotene replied at 2-11-2019 02:30 PM
Muka heols ada iras2 daddy sedap pembunuh haritu
batmana replied at 2-11-2019 01:50 PM
sana takde kfc, mcD ke apa? pi la dating sana
ni atas puncak, pasni klu bercouple, duk tepi tebin ...
nobito replied at 2-11-2019 02:05 PM
Mesti ko ingat deyols macam couple Meleis kannn jadikan McD tempat sweet2.
McD tu tempat meols ...
Kurex: Puncak kasih kitaRendangnya oh seketikaBagai cerita satu mimpi episod cinta..Terpaksa aku redhaWalaupun dalam nyataKau merisik tanyaTidakku percaya...
ADVERTISEMENT