CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pencuri Seluar Dalam Bakal Jadi Kaya, Terima Durian Runtuh RM104.5 Juta!

1-11-2019 11:57 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 3811| Komen: 21|Original author: Tukang Tulis

Jenis dan warna seluar dalam milik al-Baghdadi yang dicuri tidak diketahui (gambar hiasan). Kredit foto: The Adult Man

Seorang lelaki yang pernah mencuri seluar dalam bakal menjadi kaya-raya apabila menerima ganjaran sehingga AS$25 juta (RM104.5 juta) daripada kerajaan Amerika Syarikat (AS).

Dia bakal diberi sebahagian atau keseluruhan nilai ganjaran itu kerana memberi maklumat sulit tentang pemimpin ISIS, Abu Bakar al-Baghdadi yang terbunuh dalam serbuan oleh unit elit Delta Force di Idlib, Syria pada 26 Oktober lalu.

Memetik laporan Washington Post, seluar dalam yang dicuri lelaki tersebut sebelum ini adalah milik al-Baghdadi yang seterusnya digunakan untuk ujian DNA bagi mengesahkan identiti pemimpin ISIS yang terkenal dengan kekejamannya itu.

Maklumat sulit yang diberikan oleh lelaki itu mengandungi butiran peribadi yang terperinci tentang al-Baghdadi sekali gus memudahkan Delta Force melancarkan serbuan.


Pencuri seluar dalam berketurunan Arab itu mendedahkan bahawa al-Baghdadi sentiasa memakai tali pinggang yang dipasang bahan letupan bagi membolehkan dia meletupkan dirinya apabila dikepung musuh.

Abu Bakar al-Baghdadi. Kredit foto: Carian Google
Lelaki itu juga sangat dipercayai oleh pengganas ISIS sehingga dia dibenarkan untuk mengiringi ahli keluarga al-Baghdadi untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Walau bagaimanapun, dia berpaling tadah setelah pengganas ISIS membunuh salah seorang daripada ahli keluarganya.

NBC melaporkan, lelaki tersebut juga memberi maklumat penting tentang jumlah pengawal, susun atur dalam bangunan dan terowong rahsia kepada tentera AS.


Dalam serbuan pada waktu malam itu, al-Baghdadi membunuh diri dan mengorbankan dua orang anaknya setelah mengaktifkan bahan letupan dalam rompi yang dipakainya.

Tidak pasti apa perasaan lelaki berkenaan ketika ini kerana nyawanya juga dalam bahaya jika identitinya diketahui oleh pengganas-pengganas ISIS. - CARI

1

Bagus
3

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ina8895 1-11-2019 12:52 PM
Bacin tak spender si baghdadi tu?
Quote Catpaw 1-11-2019 01:32 PM
Dapat banyak duit pun kalau hidup dalam ketakutan apa la gunanya
Quote prettyuglybabe 1-11-2019 01:35 PM
ada suit pi la operate muka pastu mintak new identity..
Quote mamarock 1-11-2019 01:40 PM
Duit banyak hidup dalam ketakutan buat apa
Quote Perawankota 1-11-2019 01:58 PM
Demi duit.... Tapi hati senang x
Quote EmaAsmadi 1-11-2019 02:23 PM
Maknanya lelaki tu informer ke atau some random guy yang suka mencuri?
Quote Ina8895 1-11-2019 03:06 PM
I pelik al baghdadi tu macam mana boleh tak perasan spender dia hilang?
Quote GigaMom 1-11-2019 05:14 PM
EmaAsmadi: Maknanya lelaki tu informer ke atau some random guy yang suka mencuri?


Pengkhianat
Quote crazybeach 1-11-2019 05:22 PM
ye ke nok ko curi spender dia? entah sape2 punya spender bundle kepam kau pegi rembat khuenss lepas tu claim al baghdadi punya
Quote hasniey 1-11-2019 05:30 PM
Pengkhianat.dendam punya pasal
Keluarga dia kene bunuh,dia jual info psl al bagdhadi
Quote nobito 1-11-2019 05:48 PM
Boleh buat movie Hollywood
Quote batmana 1-11-2019 09:42 PM
dari 2014 report kata terbunuh, pstu 2016,2017 pstu 2019

tunggula tahun depan, ada lagi nama ni wujud kene bunuh.

merepek je watak ni, amerika punya kerja

https://www.youtube.com/watch?v=BhbfGOE6a4k
Quote papazola90 2-11-2019 01:08 AM
Al Baghdadi ni watak rekaan je.
Quote InVendeTTa 2-11-2019 01:14 AM
This is just american army try to prove their billions worth of useless foreign policy work..congratz! Nobody care he died
Quote DARSITA 2-11-2019 03:59 AM

KAdang dia orang sembang jer lebih .. bila nak bagi duit tu nanti mcm mcm ler alasan. Last last bagi ciput jer. Benda mcm ni dah berlaku dah.
Quote bakingsoda 2-11-2019 07:12 AM
ingatkan pencuri ni kebetulan je terdengar perbualan sulit masa tgh mencuri
Quote najib888 2-11-2019 11:14 AM
ISIS pun created by USA.. silap2 al- baghdadi ni Tom Araya-Slayer. Muka & jambang pun sama dah..
Quote Ina8895 4-11-2019 10:04 AM
Mamat yang curi seluar dalam ni patut belajar ilmu ghaib ngan jho low. Sampai sekarang kerajaan msia tak jumpa dia.
Quote amukgemuk 5-1-2020 10:59 AM
A ha. Ye. Kayo pokcik

Tapi susah nak enjoy duit tu, buat apa?
Anytime, sesiapa pun boleh berenti kereta depan kau, pegang tarik masuk kereta.
Kalau bukan org jahat yg real, ISIS atau sympathizer nya la cekup kau.
Tak cekup pun, dia pasang apa2 kat rumah/kereta kau.

Gilak.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.107055 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top