CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Usop Mentor Sedar Tiada Rupa Gigi Pun Besar, Pernah Rasa 'Down' Dengan Industri Hiburan

31-10-2019 05:14 PM| Diterbitkan: ameenarara| Dilihat: 12297| Komen: 73|Original author: Oleh: ameenarara

Jika seorang selebriti bijak membawa diri dalam industri hiburan pasti bakat dirinya akan mendapat tempat berbanding paras rupa.

Lain pula nasib Usop Mentor yang baru mahu merangkak dalam industri, dia memberitahu kepada mStar Online pernah berasa 'down' dengan industri hiburan yang lebih memandang paras rupa dan meletakkan bakat seseorang di tempat kedua.




Dia mengakui dirinya tidak mempunyai wajah komersil, malah memiliki gigi besar namun masih boleh mencari rezeki serta menanggung ibu bapanya dengan hasil persembahan nyanyian.



Tambahnya lagi, kesabarannya itu membuahkan hasil apabila setiap minggu mendapat jemputan mengadakan persembahan.


Foto: Instagram Usop Mentor

Dia juga mengamalkan sikap tidak endah terhadap pendangan negatif masyarakat dan berusaha untuk berdiri sendiri. Baginya aura yang tidak baik itu menjadi pembakar semangat dalam hidupnya untuk lebih berjaya.

Pada masa akan datang, dia mahu mencari kelainan dalam genre lagu yang dibawa seperti lagu rancak kerana tidak mahu dilabel sebagai 'artis jiwang'.

Apa yang penting, Usop perlu ada strategi untuk bangun memajukan diri dalam industri hiburan. Jangan terlalu selesa dengan kehidupan sekarang. - CARI 
3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote boojaat 31-10-2019 05:20 PM
Xpa.. nanti dh nyk duit dpt la g repair gigi tu mcm jihan...
Quote September14 31-10-2019 05:27 PM
Ala atleast dpt masuk tv okla.. iol pun sllu teringin nk masuk tv x dpt2 lg
Quote Victorioussss 31-10-2019 05:27 PM
Edited by Victorioussss at 31-10-2019 05:29 PM

Pesanan untuk yang hodoh termasuk iols. Tengok pada minit 7:45 keatas

[youtube]l8_Mk3-sZsQ[/youtube]
Quote cikkittydiva 31-10-2019 05:34 PM
Aritu aku dgr dia ditemuramah dgn dj suriafm dia x nak repair gigi dia. Baguslah yg penting jgn lupa diri bila jd retis.
Quote missbigrockstar 31-10-2019 05:41 PM
Dia pernah jadi artis jemputan kat MHI. Karakter dia lawak, gila-gila. Tak payah lah repair gigi Usop. Yg penting bakat personaliti, bebas kontroversi, semua dah cukup.
Quote natrahn 31-10-2019 05:42 PM
bakat n pandai bawa diri lebih penting usop.. dari muka lawa, perangai buruk, tak pandai nyanyi
Quote jijilaaa 31-10-2019 05:46 PM
usop jadi diri sendiri je. ko dah ada peminat yang tersendiri. just lagu tu make sure betul2 ngam. xpayah buat lagu funky2.. carik lagu rock kapak. g mintak suh apak buatkan 1 lagu haaa
Quote misuke 31-10-2019 05:53 PM
bersyukur ke je le ucop... kurang2 ada jugak gigi
Quote unguaurora 31-10-2019 05:55 PM
Lagu terbaharu heols sedap tp x tau plak tajuknya
Quote fadz84 31-10-2019 05:56 PM
Iols pegi karoks kat redbox the garden sabtu lps ternampak usop ni punya meet & greet/birthday party masa nk balik.. Gambar yg first tu la party itu gamaknya. Hari yg sama jugak nmpk toklip & family juga kat the garden.
Quote hyie 31-10-2019 05:57 PM
since heols ni berimej kampung sikit (bukan mengata), apa kata heols cuba pasaran sabah sarawak...buat lagu2 bahasa orang sana ke...sebab market dia nampak ke arah peminat yang pedalaman gitulah bahasanya. Lagu2 leman gitu. Teringat dulu masa zaman 1st year kat U, rasa kagum dengan geng2 Borneo sebab gigih beli kaset siti nordiana, spin dan artis2 leman lain yang hakikatnya sendu di semenanjung...tapi agak popular kat belah sana...tibeh bagi pandangan
Quote umbut 31-10-2019 06:00 PM
Nak tak nak kena buat gigi lah.. sebab tgk muka terfokus kat gigi.. camner
Quote unguaurora 31-10-2019 06:03 PM
Baru 22 tahun ke? Ingatkan  25 thn ke atas.
Quote unguaurora 31-10-2019 06:05 PM
umbut replied at 31-10-2019 06:00 PM
Nak tak nak kena buat gigi lah.. sebab tgk muka terfokus kat gigi.. camner

Tu la.. Ramai je penyanyi yg pasang braces.  Mmg la nak jd diri sendiri tp skrg ni kena hadapi realiti. Fans bbnu ni nak yg smart je..
Quote hangdenim 31-10-2019 06:20 PM
Kot mana pun kena kasi sdjust sikit gigi supaya boleh boost keyakinan dia. Then attitude tu buat lek buat cool jeww, takyah try hard jadi gila2 sangat ok ucop, suara elok dah. Especially lagu baru tu dia kurangkan cengkok rempit melayu, memang nice jewww iols dengar,sampai google siapa pulak yg nyanyi. Very nice tone, gituuu kan.
Quote qqOfficial 31-10-2019 06:25 PM
single baru heols sedappp yacchhh...Selamanya ..

then meols masih suka persembahan menahan rindu heols masa kat mentos dulu.... lagi sedap heols deliver lagu drpd penyanyi asal ....
Quote Mademoisellee 31-10-2019 06:26 PM
Ni anak duduk hazama tu eh
Quote Mademoisellee 31-10-2019 06:27 PM
      *didik
Quote Kurex 31-10-2019 06:49 PM
Tapi bagi kurex, dia hensem... Serious!!!!

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.150148 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top