Nampaknya pengguna yang gemar menggunakan emoji berunsur seksual seperti terung, buah pic dan titisan air tidak dapat berbuat demikian lagi menerusi Facebook dan Instagram.
Ini kerana garis panduan terbaharu Facebook itu melarang atau mengharamkan kesemua jenis emoji tersebut kerana ia menggambarkan bahagian tubuh yang mirip dengan ikon tersebut dan juga bersifat seksual. Menurut pihak Facebook, garis panduan terbaharu itu juga dilakukan kerana terdapat komuniti antarabangsa yang berasa sensitif dan kurang selesa terhadap isi kandungan sedemikian sekaligus menyukarkan aktiviti komunikasi dengan rakan mereka di platform itu. Isu tersebut nampaknya mendapat respon meluas di kalangan warganet menerusi Twitter.
Mereka mengkritik dan juga membuat lawak terhadap peraturan baharu tersebut. "Nampaknya selepas terung, buah pic diharamkan di Facebook dan Instagram, buah seperti pisang, lobak merah dan donut boleh membuat kemunculan mereka!" Apa pula pendapat anda? - CARI
|
rosasen replied at 31-10-2019 03:11 PM
buah peach melambangkan ape?
buapakperut replied at 31-10-2019 02:49 PM
terung pun jadi hal. kalau otak dah pikir kotor je payoh le gini. ce gi bersihkan hati tu dulu
ADVERTISEMENT