Siapa kata anda perlu pembedahan plastik atau suntikan kolagen untuk kekal awet muda? Menurut pengusaha kosmetik terkenal Bonda Rozita atau Rozita Ibrahim yang juga ibu kepada personaliti Aliff Syukri ini, petua beliau kelihatan muda di usia penghujung 50an ialah kerap mengurut janggut suami.
Menurut Bonda Rozita, menurut pemerhatiannya wanita yang mempunyai suami berjanggut mempunyai lebih banyak kelebihan kerana akan nampak lebih awet muda jika si suami menyimpan janggut panjang. 'Janggut suami yang panjang akan membuat wanita tampak lebih muda kerana menggalakkan hormon' dakwanya di dalam salah satu status Instagram terkini. Beliau turut memetik kajian saintis daripada Massacusette Institute of Technology (MIT), Amerika Syarikat bahawa janggut boleh melindungi wajah lelaki dari sinaran UV, menggalakkan kesuburan dan membaik sistem pernafasan.
|
noradaniez replied at 31-10-2019 12:54 PM
Laki aku dr awal kawin sampai dah tua ni tak pernah ada misai dan janggut. Acaner tuuuu...tak awet m ...
felinecat replied at 31-10-2019 01:13 PM
Bukan botox, segala mala rawatan spa ke
Boomibulat replied at 31-10-2019 01:51 PM
Pasni tokey kosmetik blh ttp kedai..tmasuk alip sukri..dok rmh belai janggut laki je..yg mana suami ...
ADVERTISEMENT