Kecoh! Tular berkenaan status halal premis makanan Ah Cheng Laksa di media sosi@l. Warganet mendakwa premis makanan tersebut menggunakan ramuan yang tidak halal dan tidak sesuai dikunjungi oleh pelanggan khususnya yang beragama Islam. Menurut Bahagian Hab Halal Jakim premis makanan Ah Cheng Laksa masih belum menjadi pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Walau bagaimanapun, central kitchen bagi premis makanan berkenaan yang didaftar atas nama Ah Cheng Laksa Sdn Bhd di lokasi Taman Perindustrian USJ 1, Subang Jaya, Selangor telah dipersijilkan HALAL.
Pensijilan halal yang diperoleh oleh central kitchen tidak bermakna seluruh rangkaian outletnya telah dipersijilkan halal kerana bagi permohonan premis makanan berangkai, terdapat syarat-syarat khusus pensijilan halal yang perlu dipenuhi. Bacaan lanjut seperti berikut: Loading FB Post... Betul ke ada darah b@bi ? Pihak Ah Cheng Laksa sendiri turut mengeluarkan kenyataan rasmi serta membuat laporan polis usai perkara ini menjadi tular. Tak pasti jangan kongsi! Apa yang dipaparkan dalam Internet ataupun media sosial tidak semestinya benar belaka. Oleh itu, pengguna Internet perlulah bijak menilai dan menganalisis sesuatu maklumat yang diterima, celik fakta serta menentusahkannya dengan sumber rasmi terlebih dahulu. Dalam pada itu, pengguna juga perlu berhati-hati dalam memilih premis makanan yang dikunjungi dan memastikan premis berkenaan mempunyai Sijil Pengesahan Halal yang sah demi menjamin makanan yang halalan toyyiban (halal dan baik). Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, sila layari Portal Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar Verify Halal.- CARI
|
helicornia replied at 31-10-2019 10:16 AM
pening la.bukan makanan tu dr central kitchen ke?central kitchen ada sijil halal kan
aechae replied at 31-10-2019 10:26 AM
Tnjuk lh nama pemilik fb tu...nk tgk sket rupa nya..
krustykrab replied at 31-10-2019 10:29 AM
Kot ye pun nk promote bmf jgn la sampai memfitnah...mohon yg kata tokey kedai tu sendiri mengaku kt ...
ADVERTISEMENT