"Nak tiru Kim Kourtney makan salad, so hidu oil sampai pinggang kecil, walhal memang dia kerengga pun." Tak habis-habis lagi isu Hanis Zalikha bersama produk essential oil keluarannya. Disebabkan 'overclaim', ada warganet yang tidak berpuas hati dengan eksperimen Hanis yang tidak logik. "Cakenis petite oil bantu saya disiplin makan salad dan ikan saja. Itu caranya saya dapat pinggang kecik."
Warga Twitter menegaskan yang jika benar minyak pati itu mampu mengurangkan selera makan sampai boleh kurus, memang ia sangat menakjubkan. Bagaimanapun, ia tidak boleh dibuktikan kerana Hanis memang sedia kurus pun! Selain itu, dipersoalkan juga hasil kajian dari universiti luar negara yang kononnya menyokong produk sebegitu. Walhal apabila diselidik, kesahihan artikel dari institut yang 'who are yous' itu sangat diragui. Kalau benar bagai ditulis ini, jadi macam mana nak dapat pinggang kecik macam Keknis? - CARI |
ADVERTISEMENT