Lelaki membuat laporan kononnya disamun sekumpulan lelaki awal pagi kelmarin, ditahan polis lapor Sinar Harian. Dalam laporan palsunya, lelaki berusia 20-an itu mendakwa disamun empat lelaki sehingga kerugian RM6,500 di Jalan Sejahtera, Machang Bubok di Bukit Mertajam.
Rupa-rupanya, lelaki itu bertindak demikian kerana mahu menangguhkan bayaran hutang sebanyak RM8,000 kepada rakannya kerana duit yang dipinjam itu telah digunakan untuk membayar hutang ah long. Kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid, dia membuat laporan palsu itu kerana tiada wang untuk membayar hutang rakannya. Lelaki tidak mempunyai pekerjaan tetap itu ditahan ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT jam 6 petang semalam. Tambahnya, lelaki itu direman empat hari bagi membantu siasatan. - CARI
|
TravellingBear replied at 30-10-2019 06:00 AM
Camne polis kantoikan
grizz replied at 30-10-2019 07:19 AM
along pon pinjam..kwn pon pinjam..sape la lg ko pinjam tu..
Jagendas replied at 30-10-2019 09:36 PM
baru nak hidup la tu
polis ni ko jgn kelentong la
ambik statement tu hari2 makanan diaorg..
fliphair8 replied at 30-10-2019 10:40 PM
Kannn ...macam pesen penyangak deme jumpa hari2....
ADVERTISEMENT