Siapa tidak mengenali usahawan terkenal Vivy Yusof? Mula mengusahakan perniagaan sendiri yang dipanggil Fashion Valet, dia kian mendongak tinggi dalam industri fesyen tempatan. Walaupun menguruskan keluarga yang besar, Vivy masih mampu mengemudi perniagaannya itu sambil turut menjadi ahli lembaga pengarah UiTM. Penat sungguh ya!
Fashion Valet merupakan antara butik yang sangat popular, jadi wanita itu tidak memerlukan strategi pemasaran 'murahan' untuk melariskan jualannya. Ya kan? Tapi, ada satu video telah tular di mana seorang pelanggan dan juruwang di salah satu cawangan Fashion Valet telah bergaduh. Apa kes? Sedutan video itu menunjukkan seorang pelanggan wanita telah memarahi juruwang yang kelihatan terkebil-kebil di sebalik kaunter. Yang menghairankan, ramai pula 'penonton' yang berdiri tak berkutik di situ sambil merekod situasi tersebut. Ramai netizen yang menonton video ini berasa ragu-ragu sama ada perkara ini adalah benar atau hanyalah publisit murahan sahaja. Pun begitu, mereka menyelar Vivy sekiranya itu adalah strategi pemasarannya yang dianggap tak sesuai langsung dengan jenamanya yang eksklusif itu. Ada juga netizen terhibur melihat 'pergaduhan' itu yang kelihatan seperti persembahan teater kerana penggunaan bahasa Inggeris pelanggan terbabit yang kelihatan dramatik. |
anony-mous replied at 30-10-2019 01:44 PM
Muka budak2 uitm je ni. Lg2 yg customer & ‘abang tshirt kuning pkai jaket jeans tu
In reality ...
anony-mous replied at 30-10-2019 01:44 PM
Muka budak2 uitm je ni. Lg2 yg customer & ‘abang tshirt kuning pkai jaket jeans tu
In reality ...
ADVERTISEMENT