|
Joker mahakarya yang penuh dengan kisah tersirat menjadi filem yang cemerlang daripada pelbagai sudut merupakan filem terbaik tahun 2019.
Kebanyakan adegan dalam filem ini dibuat di beberapa lokasi di New York seperti Loews Jersey Theater, Newark Paramount Theater dan banyak lagi. Dengan penangan fenomena filem itu, tidak hairanlah tangga di 167th Street di bandar Bronx, New York menjadi popular dan pit-stop wajib buat pengunjung terutamanya pelancong di luar negara bergambar.
Tangga ikonik ini merupakan salah satu lokasi paling dikenali di mana watak utama Arthur, menari di atas tangga ini sebelum diperkenalkan sebagai The Joker. Kredit Foto - Google Tidak percaya? Lihat sahaja gambar-gambar di bawah ini di mana ramai yang bergambar di sana. Akan tetapi, ada penduduk di Bronx mengatakan bahawa kawasan tersebut tidak selamat dan menasihatkan pelancong yang ke kawasan tersebut untuk lebih berhati-hati. Malah dengan kebanjiran pelancong ke kawasan itu, ada pula dakwaan bahawa penduduk berhampiran seakan tidak menyenanginya sehingga ada di antara penduduk telah bertindak kasar dengan membaling telur ke arah mereka. Tanda larangan turut diletakkan di kawasan itu kerana kehadiran para pelancong ke kawasan tersebut telah sedikit sebanyak mengganggu rutin harian penduduk sekitar. Kredit Foto - Gothamist.com Apapun, sudah tentu sesiapa sahaja yang ke sana pasti tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar sebagai tanda kenangan untuk dikongsi di media sosial kan? - CARI
|

Artemesiaa replied at 30-10-2019 11:23 AM
Kalau dah ramai sangat buat perangai pelik kat situ pasti penduduk setempat rasa tak selesa
Mfzg89 replied at 30-10-2019 03:13 PM
try la nari kat batu caves dari atas sampai bawah..
Mfzg89 replied at 30-10-2019 03:13 PM
try la nari kat batu caves dari atas sampai bawah..
Mfzg89 replied at 30-10-2019 03:13 PM
try la nari kat batu caves dari atas sampai bawah..
Mfzg89 replied at 30-10-2019 03:13 PM
try la nari kat batu caves dari atas sampai bawah..

sarah82: Masa depa umum yg Joaquin Phoenix sebagai Joker berapa byk omputen sinikal ckp mcm2..skrg naahhhhhh.. Semua pengkritik terdiam perfomance Joaquin seba ...

ADVERTISEMENT