CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Norhizam Hassan Baktee Cadang Benarkan Waris Buat Panggilan Video Dengan Tahanan

29-10-2019 04:52 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 7287| Komen: 30|Original author: Tukang Tulis

Polis dicadangkan supaya membenarkan waris berhubung dengan tahanan melalui panggilan video (gambar hiasan). Kredit foto: Grandstream

Pemimpin DAP Melaka yang selalu mencetuskan kontroversi, Datuk Norhizam Hassan Baktee melontarkan cadangan luar biasa bagi membolehkan waris berhubung dengan individu-individu yang ditahan polis.

Memetik laporan Sinar Harian pada 27 Oktober, beliau yang juga Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani Melaka menyarankan panggilan video digunakan bagi tujuan berkenaan.

Beliau juga kecewa kerana kecanggihan teknologi tidak digunakan oleh pihak berkuasa bagi memudahkan urusan kedua-dua pihak untuk berhubung.

"Kepesatan teknologi perlu dimanfaatkan sebaik mungkin dan bukan dengan kaedah lama.

"Sebagai contoh, polis menahan beberapa individu dari Melaka yang dikaitkan terlibat dengan kumpulan pengganas LTTE (Harimau Pembebasan Tamil Eelam), saya perlu menyewa MPV (kenderaan pelbagai guna) untuk membawa ahli keluarga mereka berjumpa dengan tahanan itu," katanya.


Norhizam turut bertemu dengan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antikeganasan (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay. Kredit foto: Facebook
Norhizam percaya panggilan video boleh dilakukan di mana-mana balai polis berdekatan manakala waris serta tahanan diberi masa 10 minit untuk berhubung sambil dipantau oleh polis.

Sementara itu, memetik status dalam laman Facebook beliau, isu video tular tentang kekecohan yang dicetuskannya di sebuah pondok polis baru-baru ini telah memberi kesan positif.

"Antaranya ruang menunggu untuk pelawat dan kafeteria telah disediakan di IPK berkenaan dan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PDRM atas inisiatif yang dilaksanakan," katanya.


Macam-macam idea YB Norhizam, pemikiran beliau memang sungguh di luar kotak. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
6

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 29-10-2019 04:55 PM
Geli la tua dgn muka kedut macam tu nak dress up macam org muda
Quote sarah82 29-10-2019 05:07 PM
Apa kata ang saran sekali.. Seluruh keluarga pengganas tido makan dlm penjara.. Kan lebih mengeratkan hubungan  kekeluargaan
Quote ReginaGeorge 29-10-2019 05:10 PM
Apa kata sebulan sekali bg peluang pasangan datang berjimak agar populasi penjenayah di mesia bertambah..
Quote slyfynx 29-10-2019 05:11 PM
PRU lepas ni kalau die mng aku x tau la org Melaka pikir gune ape
Quote CiliPadiSedap 29-10-2019 05:16 PM
slyfynx replied at 29-10-2019 05:11 PM
PRU lepas ni kalau die mng aku x tau la org Melaka pikir gune ape

dengar cerita dia jenis buat kerja tp style koboi marshall. kiranya mulut laser tp kerja buat ada yb pula jenis nak populis tempat pasir gudang dia muncul, celah parit muncul , mana2 ada bencana muka dia je muncul kementerian sendiri barai..tp bila tengok hasil kerja haprak tiada.

Quote palmolive 29-10-2019 05:19 PM
angkut sekali family masuk dalam..
takyah nak video2 call bagai
Quote mizruncing 29-10-2019 05:28 PM
harap sepenggal
Quote multinicky 29-10-2019 05:42 PM
ReginaGeorge replied at 29-10-2019 05:10 PM
Apa kata sebulan sekali bg peluang pasangan datang berjimak agar populasi penjenayah di mesia bertam ...

lmao
Quote Ina8895 29-10-2019 06:31 PM
Bijak sungguh beliau ini
Quote Rogue98 29-10-2019 06:35 PM
Dia ni ada lah nampak effort gak buat kerja walaupun cam gangster tapi tang muka tu x boleh tahan lah.
Quote Jiddin 29-10-2019 07:06 PM
Kenapa aku rasa cadangan ni bijak
Good idea jugak ni
Quote sehirkedi 29-10-2019 07:47 PM
Banyak pulak cekadak.Tak payahlah bagi muka kat pengganas. Dahla plan nak bom kedutaan Sri Lanka. Kalau tak tertangkap haritu, boleh buruk nama Malaysia di mata dunia. Biarlah mereka 'disekolahkan' kat sana cukup2, sampai insaf.
Quote batmana 29-10-2019 07:51 PM
ko pi la mana2 balai polis kt mesia,
tgkla komputer pc dorg, spec cmne

pstu nk buat video cmni?, sapa nk tanggung kos, bahan api, data tenet, pstu cukup ke anggota nk pantau bagai?..

Quote airmineral 29-10-2019 07:58 PM
mohom YB invest duit YB utk sediakan kemudahan seperti yang dicanang2kan bukan sekadar gunakan air liur saja  
Quote helicornia 29-10-2019 08:00 PM
CiliPadiSedap replied at 29-10-2019 05:16 PM
dengar cerita dia jenis buat kerja tp style koboi marshall. kiranya mulut laser tp kerja bua ...

mcm kenal je menteri tu sis
Quote CiliPadiSedap 29-10-2019 08:04 PM
Kenapa xboleh video call? Sebab tahanan masih dalam siasatan. Video call akan jadi drama kalau di salah guna, contoh menangis kena pukul? Mengadu dekat family lawyer dalam video call konon polis dera torture

Jadi tekanan politik makin kuat. Kerja polis biarlah polis buat.. ni babitkan kumpulan pengganas ltte ye? Bukan kumpulan 4G lte high speed internet

Ltte ni bunuh menteri sri lanka bunuh bomb prime minister india. Walhal india sponsor beri bantuan duit senjata untuk keamanan kumpulan ltte atas dasar kemanusiaan.

Quote CiliPadiSedap 29-10-2019 08:07 PM
helicornia replied at 29-10-2019 08:00 PM
mcm kenal je menteri tu sis

Gojek tanya apa khabar..ikut rentak anwar. Sebab anwar style populis semua tempat dia nak interframe. Berbeza dengan tun dia leadership dia mahal.

Camne seorang yang di benci di keji berpuluh tahun boleh jadi leader parti pembangkang dan tubuh kerajaan? Skill nego skill leadership buat tun jadi mastermind jedi
Quote lampor 29-10-2019 08:39 PM
Erk... Nape mukanya mcam pukimak??
Quote misuke 29-10-2019 09:12 PM
punya belambak umat meleis dok dlm penjara. utk puak hero ltte tu pulak ko sewa mpv bagai eh.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.055571 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top