CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pencarian Berakhir, Jenazah Anak Fauziah Nawi Ditemui

28-10-2019 10:07 AM| Diterbitkan: yanieray| Dilihat: 20252| Komen: 99|Original author: Oleh: Pink Lily

Kredit Foto: Berita Harian

Pelakon, Fauziah Nawi semalam mengesahkan jenazah anaknya, Mohd Firdaus Mohamad Hanif atau lebih dikenali sebagai Pitt Hanif telah pun ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR), dalam keadaan yang sangat elok.



Menurut Fauziah Nawi, berita sedih itu dimaklumkan adiknya yang berada di lokasi kejadian dan beliau juga berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan Allahyarham Pitt sepanjang kehilangannya. 

Menerusi video di laman Facebook peribadinya, Fauziah menyatakan, "Saya Hajjah Fauziah Haji Nawi ingin mengumumkan bahawa jenazah anak saya Mohd Firdaus Haji Mohamad Hanif ataupun dikenali sebagai Pit Hanif telah pun ditemui dalam keadaan yang sangat elok."

Dalam keadaan sebak, Fauziah juga meminta maaf kepada semua yang telah menghubunginya "Saya memohon kepada semua, jangan hubungi saya, saya tak larat nak jawab...."

Difahamkan jenazah Allahyarham kini berada di Hospital Kuala Lipis.


Kredit Foto: Malaysia Kini

Pitt Hanif, 43, yang juga seorang pengarah filem berada di daerah itu sejak dua bulan lepas untuk penggambaran filem Coast Guard. Beliau ditemui lemas pada Sabtu, sekitar jam 1 tengahari, selepas memancing di Sungai Jelai, Lipis, Pahang. 

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Farah Ahmad, 42, dan tiga anak perempuan berusia 7 hingga 16 tahun. 

Sumber: Astro Awani

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 27-10-2019 05:51 PM
Semoga ibu Fauziah sabar menghadapi dugaan Allah..sesungguhnya hidup ini sebentar cuma..
Quote Pixie902 27-10-2019 05:51 PM
Takziah kepada keluarga...dan semuga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 beriman...

Gambar atas tu gambar arwah ke...kenapa arwah nampak berbeza dalam gambar yang berbeza...
Quote Boomibulat 27-10-2019 05:53 PM
Pixie902 replied at 27-10-2019 05:51 PM
Takziah kepada keluarga...dan semuga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 beriman...

Gambar atas ...

Gambar terbaik utk siaran dihari kematian..
Quote BicaraHatiku 27-10-2019 06:02 PM
“Bot dinaiki bagaimanapun merempuh tiang sebuah jambatan sebelum ia terbalik dan terbelah dua”

Astafirullah.. sedihnya.
Quote gummiebear 27-10-2019 06:15 PM
Salam takziah buat keluarga arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang2 yang beriman
Quote Issandra 27-10-2019 06:18 PM
Takziah. Sedihnya
Quote NekNgah 27-10-2019 06:21 PM
Innalillahi wainnailaihirajiun. Salam takziah kepada ibu Fauziah Nawi, Farah & seluruh ahli keluarga.
Sesungguhnya mati itu pasti.
Quote kakiporet 27-10-2019 06:26 PM
Salam takziah buat keluarga arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang2 yang beriman
Quote ikanmasin 27-10-2019 06:34 PM
Innalillahi wainnailaihirajiun...
Quote Lengkong 27-10-2019 06:36 PM
Innalillahhiwainnailaihirajiun. Salam takziah untuk semua ahli keluarga almarhum.



Quote little_sis 27-10-2019 06:36 PM
takziah.. aku tumpang sedih dgn pemergian anak beliau.. apatah lg hati seorang ibu..
Quote noraidil_06 27-10-2019 06:36 PM
Allahuakbar. Innahlillah
Quote bintangterang 27-10-2019 06:40 PM
takziah buat fauziah nawi sekeluarga
Quote soralia 27-10-2019 06:44 PM
Salam takziah untuk ibu fauziah nawi..


Quote sambal_kicap 27-10-2019 06:48 PM
Salam takziah buat seluruhkeluarga T=T
Quote makita 27-10-2019 06:51 PM
Innalillah. Takziah pada keluarga  moga tabah.
Quote thetimes 27-10-2019 06:54 PM
Innalilah...Takziah untuk keluarga
Quote jerukkedondong 27-10-2019 06:59 PM
Semoga almarhum diampunkn segala dosa2 dan diberikan sebaik2 tempat untuk berehat..
Quote AbukRokok 27-10-2019 07:00 PM
konfuse
kenapa dulu panggil fauziah nawawi
skrg jadi fauziah nawi?

Lihat semua komen(99)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.062354 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top