Kuasa viral dan promosi percuma ada baik dan buruknya. Baru-baru ini viral seorang suami founder produk kesihatan telah menghadiahkan isterinya barang kemas bernilai hampir RM76k di media sosi@l.
Bila dah viral, macam-macam versi cerita pula yang timbul. Terkini sebuah akaun F@cebook , Ahmad Abu Pentarbiah Masyarakat mendakwa gambar viral suami belikan barang kemas untuk isteri RM76,700 itu sekadar strategi pemasaran sahaja. Ahmad mendakwa, barang kemas itu dibeli sendiri oleh wanita berkenaan untuk mendapatkan perhatian dari netizen mengunjungi laman sosial beliau.
Hantarannya adalah dalam dialek Kelantan. Bacaan lanjut intipati utama yang telah diterjemahkan. "Isteri founder produk s*****. Hari-hari buat live jual produk. Si suami kalau bukan jadi driver, jadi tukang ulang alik duk sibuk ke sana ke sini. Tak tahu apa nak buat. "Isteri dapat duit hasil jual produk, hasil jual muka, hasil jual maruah dalam live video. Duit bagi pada suami. Lepas tu suami pun beli hadiah pada isteri menggunakan duit isteri. "Dan si isteri post dalam Facebook dengan kapsyen "Sweetnya suami saya". Lepasi tu datanglah geng-geng penjilat duk komen tag suami masing-masing. Yang paling sadis, suami masing-masing tak layan pun isteri tag. Hahaha! Kena tipu macam tu je. "Rumusan yang saya boleh beritahu, di sini tak ada pun sebenarnya kisah suami yang betul-betul bagi hadiah pada isteri. Yang betul pun sekadar untuk marketing saja. " ujarnya menerusi hantaran di f@cebook. Posting asal seperti berikut : Loading FB Post... Sekarang ini terlalu banyak lambakan produk kesihatan dan kecantikan di pasaran dan media sosial. Sebagai seorang pengguna bijak, diharap kita semua tidak mudah tertipu dengan pelbagai kaedah promosi melampau sesuatu produk. Amalkan cara hidup sihat dan belilah produk yang diyakini selamat. Semoga bermanfaat.- CARI |
BicaraHatiku: punder mana nie??
Miss.H replied at 29-10-2019 11:41 AM
Yang aku pelik kan, macam mana la produk mereka di jual sampai dapat jadi jutawan. Padahal tak viral ...
ADVERTISEMENT