CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kawan Sekelas Tak Jamah Ayam Teriyaki Bukan Muslim, Wan Dazrin Bagi Penjelasan

25-10-2019 04:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 13291| Komen: 82

Isu makanan halal pastinya sentiasa menjadi perkara sensitif dan sering dibincangkan oleh masyarakat Muslim di negara ini. 

Namun, kadang kala menjadi kemusykilan bagaimana jika ada rakan atau jiran yang bukan Islam mempelawa masakan yang mereka sediakan?


Seperti yang diluahkan oleh pengguna Twitter ini, dia berasa terkilan kerana rakan-rakan sekelasnya tidak menjamah makanan yang dibawakan oleh rakan bukan Muslim ketika jamuan kelas. 

Foto: Twitter

Katanya, rakan bukan Muslim itu membawa ayam teriyaki, namun tiada yang sudi memakannya kerana khuatir dengan status halal dan kesuciannya. 

[/twitter]

Perkara ini mendapat perhatian penceramah bebas, Da'i Wan Dazrin. 

Katanya, orang Muslim perlu menghormati pemberian bukan Muslim dengan menerima makanan halal, namun bukan daripada makanan  sembelihan. 

"Ini perlu difahami dengan baik. Bukan mahu menolak tapi sebab kita menjaga kesucian tuntunan agama kita dalam menjaga waraknya diri daripada perkara-perkara yang syubhah," tulisnya. 


Ujarnya lagi, jika Muslim berasa ragu, maka boleh menolaknya dengan cara paling berhemah. 

"Bukan Muslim pun jikalau mahu memberikan toleransi, boleh menyediakan makanan yang sudah siap halal kepada kami.

"Kami pasti akan menerimanya dengan baik tanpa perlu menolaknya. Kalian pun tidak akan terasa hati dengan tindakan kami,"
 katanya lagi.

Dalam pada itu, Wan Dazrin turun memberi cadangan agar bukan Muslim membeli makanan dari restoran yang halal untuk situasi seperti ini. 

"Semua tahu produk itu halal, semua masyarakat boleh makan dan boleh dikongsi bersama,"
 ujarnya. - CARI 
2

Bagus

Marah
1

Terkejut
3

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote grizz 25-10-2019 04:44 PM
aku dlu klu g raye umah mber chinese mmg dorg akan sediakn air kotak ngan makanan yg muslim bole mkn..bkn yg dorg masak..pinggan mangkuk pon plastik je..
Quote makita 25-10-2019 04:50 PM
Erm org da jamu. Meols dulu msa zaman kolej, kwn meols bangsa Punjabi jemput meols bukak puasa kt umah dia. Mak dia masak. Samada meols ni lurus sgt tanpa keraguan atau mmg jenis tak kisah. Tak pasti yg mana satu. Tp mmg appreciate la la aunty tu.
Quote Kurex 25-10-2019 04:51 PM
Dai wan, bila mana artis buat hal, dia akan bagi pendapat dan surat berjela.. Tapi bila kawan sendiri buat hal.. Diam tak berkutik!

Sama macam porumer cari. Kalau rentung sepet buat hal, dorang akan diam, tapi kalau melayu islam buat hal, terus muncul menghina..
Quote CatMiow 25-10-2019 04:57 PM
Banyak ke budak non muslim dalam kelas tu?

Kalau tak ramai cdangkan je mak dia beli kat luar,  atau bawa air kotak.  Atau pemanis mulut yg beli atau tempah kat yg muslim. Yg budak muslim bawa la makanan.
Quote Sang_Pencinta 25-10-2019 05:28 PM
Opis aku dulu ramai non muslim, semua faham. Musim portluck bawa buah, minuman kotak atau order pizza.
Quote isseliparjepun 25-10-2019 05:28 PM
Pengalaman i..adakah sebab i lurus bendul ke ape..tapi I makan jek. But sebab pertama, my Indian friend is vegan. Memang full time vegan. She baked vegan chocolate cake yang no butter no eggs. So I makan. She even prepared me smoothie terdiri dari almond milk, bayam and pisang. Sedap chuols. Waktu tu i pregnant so I terharu sangat atas kebaikan beliau. In turns i buat vegan fruit cake untuk dia.

I p rumah member Chinese masa Tahun Baru, they prepare makanan ringan yang weol biasa makan and air kotak. Tapi raya posa I balas dengan kek lapis.

For me, kalau kita yakin, makanlah. I am pretty sure kita kenal hati budi rakan rakan kita yang non muslim ni kan. Kalau menolak pun, secara baiklah.

Quote sarah82 25-10-2019 05:32 PM
Team mate aku dulu.. Sbb aku ja melayu.. Sanggup pi kedai vegan.. Aku pulak bila jamuan raya.. Aku x bawa daging.. Sbb aku tau depa x makan daging.
Quote swimswim 25-10-2019 05:33 PM
Dah tau classmates nya muslim, gigih nk masak ayam.. Masak kek pun boleh acik..
Quote Kurex 25-10-2019 05:53 PM
Kalau chinese bawak makanan, kurex tak makan pun.. Tapi kitaorang makan makananan chinese yg tak makan babi dgn minum arak (diyakini) dgn chinese mualaf sorang ni
Quote ikanmasin 25-10-2019 05:53 PM
kalau zmn akk sek dulu2 kami menabung sikit2 1 kelas,
pastu bg duit tu srh mak kawan yg pandai msk..so semua
dpt mkn sama2.kawan2 yg cina bagi jer duit sbb diaorg pun
suka masakan melayu..jd takde masalah bab makanan
Quote Skuau 25-10-2019 06:05 PM
PALING SELAMAT....kutip RM.....beli kepsi,mekdi.... SELAMANYA.......
Quote meisapoya 25-10-2019 06:21 PM
Ya, bab makan ni susah sikit bila melibatkan masyarakat majmuk ni.. pantang dia berlainan ikut kepercayaan masing2..
Quote meisapoya 25-10-2019 06:21 PM
Ya, bab makan ni susah sikit bila melibatkan masyarakat majmuk ni.. pantang dia berlainan ikut kepercayaan masing2..
Quote swayne 25-10-2019 06:28 PM
Entah lah. I dulu ada juga potluck dengan kawan non muslim. I makan je happy happy sebab dia kata ayam tu beli kat tesco. Tak lah sampai nak tanya perkakas tu
Quote CiliPadiSedap 25-10-2019 07:12 PM
buat nasi lemak je dik, satu malaysia makan nasi lemak asal takde daging pop pork
Quote umbut 25-10-2019 07:20 PM
Aku pernah beraya rumah member indian deepavali.. mak dia masak kari kambing ngan roti apatah.. sedappppppp... aku ngapppp je.. kalau cina, was was ler
Quote azwanaliori 25-10-2019 08:20 PM
Xin fu tang the alley apa sume tu sah3 cina yg prepare kan x syubhah pulakkk
Quote KIM.K 25-10-2019 08:24 PM
makita: Erm org da jamu. Meols dulu msa zaman kolej, kwn meols bangsa Punjabi jemput meols bukak puasa kt umah dia. Mak dia masak. Samada meols ni lurus sgt t ...


Ada pakcik iols ni liberal, satu hari dia belanja makan kat restoran cina non halal nak celebrate iols. Disappointed gila bawak resto non halal, dah sah bahan2 diragui. Tapi nak amik hati punya pasal, iols telan. Memanglah seafood paling sedap kat area tu
Quote missinpiece 25-10-2019 09:20 PM
Kalau students or parents non muslim bg makanan time jamuan iols tapau bawak balik je. Parents n kawan2 ni sensitif je bab2 mcm ni so ok la. Kadang2 ada yg terbabas tu try elak ngn sopan la. Coz kadang tu ada jugak yg xbleh makan daging lembu tapi weols terhidang meatball la beef pepperoni la.
Ada GB sjkc dulu asal jamuan je nak ajak g kedai seafood yg diragui status halal. Iols pun xtau kenapa susah sgt nak bertoleransi ngn kami yg muslim ni.

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.192230 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top