"Ya lah, dalam dunia ni, MK sorang ja yang sayang mak dia." Penuh kata-kata parodi dari warganet mengenai salah seorang kisah rapper KClique, MK. Ianya bermula apabila seorang peminatnya menulis penghargaan tentang MK yang nampak di mata kasar, kurang didikan agama tetapi sebenarnya sangat menyayangi ibunya. Pujian yang melampau-lampau ini membuatkan ramai yang tidak puas hati, seolah-olah hanya MK seorang yang menyimpan nombor ibunya sebagai syurga di telefon bimbitnya. Sedangkan penampilan MK yang 'bad boy' dengan rantai besar, rambut berwarna serta sering membuat persembahan di kelab malam tidak mengoyah kesetiaan peminatnya malah terus-terusan memujinya. Perbalahan antara dua 'team' ini membuatkan situasi makin panas. Maka banyak pula video yang memaparkan MK manja di samping adiknya tular di media sosial. Sementara bagi yang menyampah pula, menganggap peminat bias. Ini kerana isu sama pernah melanda bekas Dewi Remaja, Haneesya Hani yang minum alkohol tetapi kesannya sangat teruk hingga dilucutkan gelaran. Sementara MK ini yang membuat lagu rap berkaitan seks, bersosial langsung tidak dikecam malah dipuja-puja pula tu. Cuma, ada yang menyamakan MK dengan tokong Buddha, itu sebenarnya melampau. Jadi, minat itu harus lah berpada-pada ya. Tidak semua artis sempurna namun janganlah menutup mata hanya kerana mereka kacak atau lawa! - CARI |
nuhanis replied at 25-10-2019 12:20 PM
Aku kenal dia kat porem ni. Lantas aku zass ke ig beliau. Takde hensem sangat, tp manis gak la sbb s ...
unguaurora replied at 25-10-2019 12:27 PM
Ada auto like x kat ig? Hahaha
ADVERTISEMENT