CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Trik Penjual Makanan Di Myeongdong Street, Naikkan Tanda Halal Bila Ada Pelanggan Muslim?

29-10-2019 10:47 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 8262| Komen: 47|Original author: Oleh: natrahn

Korea Selatan semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia sebagai destinasi pelancongan idaman. Pendedahan budaya Korea melalui Internet dan rancangan-rancangan televisyen telah membuka hati pelancong untuk memilih Korea Selatan sebagai destinasi percutian.


Negara ini mempunyai pelbagai hidangan traditional yang menyelerakan. Siapa yang pernah ke Seoul pasti sangat tahu dengan Myeongdong Street. Syurga belanja di Seoul ini sangat popular sebagai tempat kegemaran kaki travel 'berkumpul' apalagi di malam hari. 

Suasananya yang begitu hidup dan ramai sehingga terasa sangat menyenangkan untuk menghabiskan waktu di Myeongdong Street, tak terkecuali pelancong Muslim yang begitu mudah ditemui di sini.



Terbaru, seorang pengguna Twitter, Najib Ayub berkongsi video beliau di Myeongdong Street. Dalam video tersebut, papan tanda yang memiliki logo halal diletakkan di bawah dan papan tanda dengan gambar menu khinzir tertera di kedai.



Menurut Najib, terdapat peniaga di sana hanya memaparkan papan tanda Halal jika terdapat pelanggan Islam, namun berbuat sebaliknya dengan menurunkan papan tanda itu apabila terdapat pelanggan yang bukan Islam.



Malah, ada segelintir peniaga makanan di sana yang memalsukan logo tersebut semata-mata untuk menarik pelancong Muslim supaya membeli makanan di gerai mereka. Licik betul!




Dapat dilihat dalam gambar ini, daging khinzir disenaraikan sebagai makanan halal. Sejak bila daging khinzir halal? 

Selain itu, melalui sebuah posting restoran halal di Seoul turut mengesahkan bahawa kebanyakan makanan jalanan di Myeongdong Street tidak halal. Ia adalah sesuatu yang tidak menyenangkan dan mengejutkan!



Pantang nampak gerai dengan logo halal, lazimnya pelancong akan terus menerpa untuk mencuba menu ditawarkan. Adakah ianya betul-betul halal?  

Sebenarnya, terlalu banyak pilihan makanan di Korea Selatan yang boleh dimakan orang Muslim. 

Oleh itu, sebaiknya lakukan kajian sebelum ke sana agar anda tidak terlepas untuk menikmati makanan-makanan halal yang boleh didapati dengan mudah di Korea. Tidaklah terpaksa berlapar dan lebih teruk termakan makanan tidak halal pula.

Semoga bermanfaat. - CARI
2

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 29-10-2019 11:08 AM
kewrlasss gitu ada pork halal. Sebenarnya diorang pon tak faham apa itu maksud halal, dan konsep halal yang sebenar. Janji duit masuk je.
Quote URUHA 29-10-2019 11:12 AM
Papehal google dulu siap2 tempat yg jual makanan halal kt lokasi yg dilawati. Kalau nak selamat, makan makanan vegetarian je.
Quote Miss.H 29-10-2019 11:39 AM
I'olls p korea last year tak jumpa pulak street food yang halal. Tp bila balik ramai pula update makanan street food tu.  Yang iolls pelik, ada golongan yang jenis baca ingredient padahal ada je restaurant yang sah2 ada halal then bila tegur mula la melenting.
Quote smartaleck07 29-10-2019 12:29 PM
Edited by smartaleck07 at 29-10-2019 12:31 PM

most restaurants kat jepun yg aku penah gi or tengok menunya, mmg tulis ada pork and halal.. cuma nya, ada sesetengah restaurant yg buat section khas halal dgn utensils & bahan2 halal.. meja2 lain sume makan pork & minum alkohol sume mcm biasa.. meja yg khas halal mmg dia tak kasi customer duduk unless mmg specifically request halal.. tapi kalau org kedai tu berlakon konon2 separate halal haram dpn muslims, aku tak tau lah..  kita pun x bole expect negara2 tu nk sediakan kedai halal 100% jakim utk customers muslim yg berapa ketul je.. most msians pun cerewet psl makan, so most prefer bawak ingredients dr msia utk masak kat sana.. ikut preference masing2 lah.. kalo was-was, sila bawak mknn dr msia yg dibenarkan kastam sana..tapi jgn risau, ada bnyk je restaurant halal kat jepun.. ada yg siap dpt iktiraf dr jakim msia, cumanya mmg sikit gila & mahal..
Quote chinta89 29-10-2019 01:20 PM
kesian sape yg terpedaya hmmm
Quote siputsedut 29-10-2019 01:26 PM
nak selamat..pergi je makan kat kedai halal area Itaewon tu..makanan pakistani or ereb...
sebab orang korea bukan ngertik konsep halal pun..even makanan yg ada broth tu pun tak semua halal..ada yang guna dasida (ala2 mcm  sedap sedap rasa megi cukup rasa/ penambah perisa dari daging)..or kalau clear soup dia mcm miyok kuk ke...guna kukkanjang (kicap sup)..biasa ada alcohol yach as preservative...eh even ramen dia yg jual kat malaysia ni kalau takde logo halal kmf tu takyah la beli..mostly mmg ada letak perisa daging gituh dlm serbuk dia...
Quote Artemesiaa 29-10-2019 01:32 PM
Semua yang pergi tu dah dewasa jadi eloklah buat sedikit research sebelum kesana.  Kalau rasa mengcurigakan tak perlulah nak beli.  Baca menu yang djual juga dulu bukan sekadar lihat ada je tanda halal terus nak bedal.  Kalau nak diikutkan kawasan tu ada je few kedai makan halal malah kepunyaan orang melayu dari Malaysia sendiri pun ada.
Quote nuryakmal 29-10-2019 01:41 PM
kat sana eat at your own risk. ada je street food halal macam seafood cheese grill, hotteok,  etc. pandai2 la scan

jangan la haram kan benda yang semula jadi halal. ni siap tanya banana uyu tu halal ke tak

Quote Foxey 29-10-2019 02:08 PM
Dah terang2 nampak ada pork belly, regardless of ada tanda halal, still nak cuba ke? Fox last year p road trip outside Seoul ke 3 daerah, kami hanya makan di tempat yang jual seafood sahaja, no meat at all (koogi anmogoyo). Kalau berhenti kat RnR dia pun makan kimbap sayur sahaja. Banyak lagi pilihan makanan selain ayam, daging ni.
Quote shida81 29-10-2019 02:11 PM
Street food yg ak mkn kt sana adalah churos shj... X berani nk mkn lain... Letak la halal pun
Quote raxief 29-10-2019 02:25 PM
last year pegi jeju.. last few years pegi perth.. perth lg senang nk dpt mknn halal.. tp both places are nice
Quote Melorqe 29-10-2019 02:27 PM
tudiaaa
selama ni korang yg pergi sana main serbu saja ke wehhh
korang ingat orang korea ni sekelip mata faham ke maksud halal? tambah2 lagi gerai tepi jalan mcm tu.
ramai ke supplier daging kat bandar korea tu? aku duduk UK dulu pun payah nak cari ayam halal , kena cari kat tempat ramai paki. aku confident dgn restoren paki saja yg boleh supply makanan halal sebab diaorang mesti akan beli in bulk. kalau meniaga gerai mcm tu, aku ragu2 mana dia cari supplier yg boleh constantly supply halal meat kat dia.
Quote damian_lee 29-10-2019 03:20 PM
Koserrr aku nak gi korea tu
Disiniskan jer ummah berkerak asia tenggara kalau pegi sana


.....
Quote mdhelmi 29-10-2019 03:38 PM
japang pon sama
bos japang aku semangat kata bole makan kat restoran ni
awak makanla yg halal punye yg xde pork punya
yg ada pork awak jangan order
diorg sbnrnya xpaham
Quote LostStar 29-10-2019 03:46 PM
pergh selamat la daku tak mkan area2 sini time p ritu.. asal sepet memang kaki kelepettt..
Quote natrahn 29-10-2019 04:19 PM
Melorqe replied at 29-10-2019 02:27 PM
tudiaaa
selama ni korang yg pergi sana main serbu saja ke wehhh
korang ingat orang korea ni sekeli ...

awak, kalau pasaraya tesco kat sana supply daging halal ke..
Quote AmandaRollins 29-10-2019 04:20 PM
shida81 replied at 29-10-2019 02:11 PM
Street food yg ak mkn kt sana adalah churos shj... X berani nk mkn lain... Letak la halal pun

Churros pun berisiko jgk uolsss...sbb kadang3 depa goreng guna pork lard..hati2 la ye..tp kt sbg muslim ni klu makanan tu xhalal,automatik kt akan rasa mual la apa la...so klu da mcm tu,xyah makan...
Quote natrahn 29-10-2019 04:21 PM
siputsedut replied at 29-10-2019 01:26 PM
nak selamat..pergi je makan kat kedai halal area Itaewon tu..makanan pakistani or ereb...
sebab ora ...

owh.. yg skrg masuk malaysia supplier nya KMT Food Trading tu.. n produk yang masuk dah ada pengiktirafan halal Korean Muslim Federation tu..
Quote AmandaRollins 29-10-2019 04:22 PM
damian_lee replied at 29-10-2019 03:20 PM
Koserrr aku nak gi korea tu
Disiniskan jer ummah berkerak asia tenggara kalau pegi sana


I second u...,hari tu ridzokumora tu pernah bersumpah xnk pg sana dah...first n last katanya...padahal bini jepun elok je..sekali g korea,dia rasa terhina sgt dgn satu insiden tu...

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.068265 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top