"Bukan saya takut dicemuh, cuma tak nak lihat pengikut berbalah di media sosial" Keputusan muktamad oleh pelakon Izreen Azminda,33 nampaknya kekal untuk tidak membuka ruangan komen di laman sosial, Instagram bagi mengelak peminat berbalah. Baginya tidak perlu mengundang aura negatif, malah enggan mengundang dosa orang lain apabila mereka berterusan bercakaran nanti. "Jika saya buka ruangan komen itu, saya diibaratkan seperti menjadi pencetus pergaduhan." Kepada akhbar Berita Harian, Izreen menegaskan tidak perlu pendapat orang luar dalam kehidupan. Cukup suami dan keluarga ada di sisi. "Bila ramai beri pendapat, ia bukan jadi lebih baik, tapi menyemarakkan lagi isu sensitif. Jadi, tak perlu buat spekulasi mengenai kehidupan orang lain." Biarpun ada kalanya terguris menelan pelbagai cemuhan, Izreen belajar untuk reda meniti ujian itu sejak dua tahun lalu. Sementelah dugaan berat bersama suaminya, Ude tidak lagi dilihat dari sudut negatif. "Banyak yang saya belajar sebenarnya. Dulu, saya panas baran dan tak boleh biarkan orang lain perlekeh. Tapi kini, saya jadi lebih sabar." Membiarkan sahaja orang luar menghukum tanpa mempertahankan diri lagi, Izreen tetap sabar walaupun segelintir warganet mendoakan perkara buruk berlaku dalam kehidupannya. "Kesabaran saya itu terjawab apabila menerima mesej peribadi daripada pihak tertentu yang meminta maaf. Segala cacian dan makian terhadap saya dahulu akhirnya memakan diri mereka.:" Nampaknya Izreen bahagia dan tidak lagi kisah dengan komen yang berlegar mengenai dirinya. Mungkin artis kontroversi perlu mengikut langkahnya dengan menutup ruangan komen supaya warganet tidak lagi bertelagah. - CARI |
Bukan saya takut dicemuh
Segala cacian dan makian terhadap saya dahulu akhirnya memakan diri mereka
asfaz replied at 24-10-2019 04:42 PM
Ank sebijik dekmok. Geram ngan ex madu ke dulu.
mieymiey replied at 24-10-2019 04:31 PM
Gitchuuuuuuuuuuuuwwwwwwwww
RatuDunia94 replied at 24-10-2019 04:41 PM
Skrg ni tutup ruangan komen kat ig pon bol3h jd bahan berita..
ADVERTISEMENT