Kuala Lumpur: Gara-gara tidak mengendahkan peraturan lalu lintas, seorang wanita terpaksa membayar RM250 apabila kereta Toyota Vios miliknya ditarik lori penunda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam Ops Halangan, di Jalan Telawi, di sini, semalam. Dalam operasi yang dijalankan pasukan Penguat Kuasa Trafik Kuala Lumpur diketuai Asisten Superintendan Azmi Wahid bersama DBKL dengan dibantu Balai Polis Pantai bermula jam 2 petang hingga 4 petang itu, wanita berusia 20-an itu sempat merayu untuk tidak diambil tindakan kerana hanya parkir sekejap untuk makan, namun tindakan tegas tetap diambil terhadapnya. Bagi kesalahan itu, kereta Toyota Vios milik wanita terbabit ditunda ke Depoh Tunda Kenderaan DBKL di Jalan Jinjang, di sini, dan dia perlu membayar RM200 termasuk kompaun, upah tunda serta upah simpan RM5 sehari untuk mengambil semula kenderaan itu. Azmi yang ditemui selepas Ops Halangan itu berakhir berkata, operasi dijalankan selepas pihaknya mendapat aduan orang ramai berhubung tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pemilik kenderaan yang meletakkan kenderaan sesuka hati sehingga menghalang laluan. “Segelintir masyarakat masih bersikap endah tak endah dengan peraturan lalu lintas. Jika tidak mengikut peraturan sebenarnya akan menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. “Ops Halangan ini dilakukan dalam dua fasa iaitu dari jam 11 hingga 1 tengah hari sebelum disambung dari jam 2 petang hingga jam 4.30 petang. Polis mengeluarkan sebanyak 83 saman manakala 59 saman lagi dikeluarkan DBKL. Lima kenderaan pula turut ditunda. “Tindakan saman dan tunda ke atas kenderaan itu diambil atas kesalahan melakukan halangan serta meletak kenderaan sesuka hati. Operasi akan dijalankan berterusan pagi dan petang secara berkala,” katanya. Hadir sama, Ketua Polis Balai Pantai, Inspektor Mohd Suhaibi Sulong dan Inspektor DBKL kawasan Bangsar/Brickfields, M Selvaraj. Azmi turut menasihatkan orang ramai terutama yang mengunjungi Jalan Telawi, Bangsar atau kawasan pusat perniagaan lain supaya meletakkan kenderaan di tempat disediakan serta tidak melakukan halangan lalu lintas. Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/08
|
wanita berusia 20-an itu sempat merayu untuk tidak diambil tindakan kerana hanya parkir sekejap untuk makan, namun tindakan tegas tetap diambil terhadapnya.
namirulmukminin posted on 8-10-2013 11:23 AM
Kalu dia tak merayu sebaliknya dia maki penguatkuasa tu "saya bukan bodo... say bukan bodo... saya ...
ADVERTISEMENT