Siapa ingat kontroversi antara Syafie Naswip dan bekas tunangnya iaitu Aishah Azman? Pelakon lelaki itu didakwa mengasari tunangnya kerana menyebarkan cerita bahawa dia sebenarnya 'songsang' sehingga dibawa ke balai polis untuk mendapatkan keterangan.
Pun begitu, ramai rakan artis seperti Namron serta Sweet Qismina tampil membela Syafie Naswip. Mereka menyatakan bahawa Syafie bukanlah lelaki seperti yang bertiup dalam khabar angin itu. Abang kepada Aishah Azman iaitu Afiq Muiz turut tidak berdiam diri dan menyokong keputusan adiknya itu. Setelah sekian lama mendiamkan diri, Aishah Azman membuat satu kenyataan baru mengenai hubungan pertunangannya yang putus di tengah jalan itu. Menurutnya, dia kini sudah bahagia selepas episod duka itu sambil mengungkapnya dengan senyuman lebar. Siap melompat gembira lagi!
Kata Aishah lagi, dia kini sudah move on dan tidak mahu lagi mengenang kembali pengalaman hitam yang dilaluinya sebelum ini. “Alhamdulillah saya sangat gembira, kehidupan lebih baik, rasa lebih lega. Orang pun dah kurang bertanya tentang kisah putus tunang tu dan saya sendiri dah tak nak layan perasan-perasaan tu,” kata pelakon itu kepada mStar Online. Dalam pada itu, Aishah menafikan bahawa kontroversi yang berlaku itu menaikkan namanya. “Tawaran berlakon yang saya terima bukan disebabkan kes tersebut, malah tawaran diberikan sebelum kejadian itu,” katanya. Dia juga berterima kasih kepada ahli keluarganya yang tanpa berbelah bagi dan terus menyokongnya. Ye ke tak dapat publisiti daripada kes ini? - CARI
|
BoongaKertas replied at 24-10-2019 10:26 AM
iols team mukhsin dlm hal ni. kemain sheols berhappy2 ye sbb putus tunang.
mixed replied at 24-10-2019 10:43 AM
happy sgt dia ni
aku tgk dia berlakon dgn ernie zakri
kemain video gedik2 gelak mengilai di igs e ...
prizadane replied at 24-10-2019 02:33 AM
Happy la chuols... mukhsin tu bukan kaya mana..kena share pulak rumah n duit dengan bakal mertua. ...
kiah_mai_pulak replied at 24-10-2019 03:00 AM
byk negative vibes lah minah ni
de_ikea replied at 24-10-2019 03:12 AM
Smlm iols tertengok cooking show apa ntah kat hypp tv. Aishah ni jd guest buat cheesekut. Bila ditan ...
de_ikea replied at 24-10-2019 11:12 AM
Smlm iols tertengok cooking show apa ntah kat hypp tv. Aishah ni jd guest buat cheesekut. Bila ditan ...
ADVERTISEMENT