Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik seolah-olah berpura-pura 'bingung' ketika ditanya wartawan tentang isu pengedaran komik kontroversi yang memutarbelitkan fakta sejarah negara di sekolah. Reaksi beliau itu dapat dilihat dalam rakaman video yang dikongsi melalui laman Facebook bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 22 Oktober lalu. Pada awal rakaman, Ahli Parlimen Simpang Renggam tersebut bertanya kepada wartawan yang berjalan di sebelahnya sama ada dia bertanya tentang majalah humor Gila-Gila. Wartawan terbabit kemudian berulang kali menerangkan pertanyaannya adalah tentang isu komik berjudul 'Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama' yang diterbitkan oleh Muzium Kebudayaan Komik Asia. "Manga? Manga yang Korea tu, bukan? Manga yang Korea tu lah. Saya belum baca lagi Manga Korea tu," kata Maszlee sebelum memasuki lif dan meninggalkan semua wartawan yang mengekorinya tanpa menjawab soalan yang diajukan kepadanya. Sementara itu, Najib dalam nada sinis menyatakan bahawa beliau tidak menyalahkan Maszlee apabila berlakon seolah-olah tidak tahu tentang isu yang ditanya wartawan. "Kerana saya tahu dia sukar nak jawab kenapa Timbalan Menteri dia telah berjumpa dan menerima komik propaganda dari Hew Kuan Yau di Kementerian Pendidikan dua minggu sebelum komik itu diedarkan kepada semua sekolah-sekolah menengah di Malaysia," jelasnya. Beliau turut menegur Maszlee kerana menggunakan istilah yang tidak tepat untuk 'komik' dalam bahasa Korea. "Komik dipanggil Manhwa di Korea, bukan Manga. Manga itu Jepun," katanya. Nasib baik wartawan cuma bertanya tentang isu komik dan bukannya 'bila tol Simpang Renggam akan dimansuhkan'. - CARI
|
adeqbun replied at 23-10-2019 12:18 PM
ya ampun..i bet reporter tu rs nak luku pale maszlee sbb beriya belakon mcm tak tahu menahu
underground replied at 23-10-2019 12:04 PM
tahun 2020 adalah tahun menteri2 jadi blur dan bingung gaban.
adeqbun replied at 23-10-2019 12:18 PM
ya ampun..i bet reporter tu rs nak luku pale maszlee sbb beriya belakon mcm tak tahu menahu
kenari2101 replied at 23-10-2019 12:24 PM
kalu aku reporter, mahu je sound terus, 'jgn nak blur boleh tak? atau nak bincang dulu dgn timbala ...
JohnnySins replied at 23-10-2019 12:00 PM
saya dah bukak topik pasai ni...harap maklong..wakakakakakakkaa
ADVERTISEMENT