Bekerja di kawasan pembinaan sering dikatakan tidak sesuai bagi seorang wanita. Ini kerana selain persekitaran yang memerlukan fizikal yang lasak, kadangkala kita juga perlu bekerja dengan pelbagai jenis perangai manusia yang mungkin berbeza dengan kita. Jadi kita perlu sentiasa berwaspada agar tidak melampau batasan dalam bergaul, silap sedikit boleh membawa padah.
Itulah yang diceritakan oleh seorang wanita bernama Nija di Twitter mengenai seorang kawannya yang bekerja sebagai jurutera tapak. Menggunakan akaun @njhh_k, Nija berkata kawannya telah 'dihembus' oleh pekerja Indonesia di site sehingga angau setiap hari. Menurutnya kejadian berlaku pada satu malam di mana kawannya menjaga kerja-kerja menyimen sampai pagi, dijadikan cerita kawannya leka bercerita dengan seorang buruh Indonesia sehingga tiba-tiba tiada angin tiada rebut dia itu terus berteriak on the spot. 'Esoknya terus angau dengan sorang pekerja Indon sampai pergi kerja pun tak sempat breakfast tak sabar jumpa, lepas tu setiap malam menyembang tak tahu cerita apa' kata Nija lagi. 'Dua bulan budak Indon tu kikis duit dia walaupun tahu pekerja Indon tu sudah berbini' tambanhya. Sehinggalah suatu hari kawan Nija itu sedar daripada angaunya ketika sedang menunaikan solat. Selepas bossnya campur tangan dan siasat serta memecat buruh Indon yang dikatakan 'menghembus' sesuatu kepada gadis itu. Rupanya di kalangan buruh tapak pembinaan, sudah menjadi kebiasaan mengamalkan ilmu 'hembus' untuk mendapat layanan lebih daripada pihak atasan. Jadi berhati-hatilah dalam pergaulan terutama bagi wanita yang bekerja dalam bidang yang didominasi oleh lelaki.- CARI |
Gomea replied at 1-11-2019 11:15 AM
Amende ges tu?
Miss.H replied at 1-11-2019 05:19 PM
Dulu orang cakap, kalau penuh ilmu di dada dieorang tak akan datang. Tapi sekarang xsure la ada lagi ...
lalalxlx replied at 1-11-2019 02:03 PM
Tau takpe..disturbing sangat bila baca first ayat hahaha
Cyempaka: company tu xde engineer laki lansung ke sampai pompuan yg kena jaga concrete malam2. orang selalu pesan dok site ni dgn workers jgn garang sgt, jgn b ...
ADVERTISEMENT