CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Baru 12 Tahun Dah Kaya, Netizen Mengeluh Bila Kecantikan Jadi Ukuran Kejayaan

22-10-2019 11:05 AM| Diterbitkan: Sarirsa| Dilihat: 11201| Komen: 44|Original author: Oleh: Myeonir

Dalam dunia serba maju, ramai bersaing untuk mendapatkan pekerjaan yang elok. Walaupun ada ijazah dengan CGPA yang baik, belum tentu anda akan mendapat tempat di sektor kerajaan mahupun sektor swasta.


Tapi, kadang-kadang anda memerlukan bakat lain agar dapat meneruskan kelangsungan hidup di dunia terutama di Malaysia. 

Siapa sangka remaja berusia 15 tahun ini telah mengaut ribuan ringgit hasil ulasan berbayar (paid review) selepas mula terkenal sejak dua tahun lepas kerana gaya solekannya yang nampak matang.


Kredit foto: Twitter

Bayangkan ketika di darjah 6, Aliya Maisarah mampu mengaut hampir RM10,000! Sejak itu, dia sudah mula menguruskan kewangannya sendiri tanpa mengharapkan lagi wang daripada ibu bapa.



Kredit foto: Instagram

Jangan terkejut kerana remaja ini mempunyai lebih daripada 1.2 juta pengikut di laman Instagramnya! Betul-betul popular!

Rata-rata netizen yang membaca kisah remaja ini mengeluh dan mengatakan bahawa kebanyakan rakyat Malaysia menjadikan kecantikan sebagai pengukur kejayaan. 

Apabila cantik sahaja, mesti mudah untuk membuat duit!


Kredit foto: Twitter

Ada juga netizen yang mendedahkan bahawa Aliya merupakan anak seorang Datuk terkenal di Kluang, Johor. Jadi, mereka tidak hairan jika remaja itu mampu membeli barang solekan mahal pada awal penglibatannya.


Kredit foto: Twitter

Apa pula pendapat anda? - CARI

Bagus
2

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 22-10-2019 11:10 AM
kalau ko kepam, hodoh, gemok, sape nk ambik bekerja. ini bukan Yo Soy Betty La fea transform hodah kpd cantik dpt pakwe kaya.

dunia x adil.
Quote fliphair8 22-10-2019 11:27 AM
bebudak now expose ye...kekecik bole main make up bagai, hakak sampai kerja ade duit sendiri baru make up dek....masa dulu bare face sahaja berbekalkan natural beauty hakak (wakakakkakak) muka bangun tido dek pi kelas...
Quote tagas 22-10-2019 11:28 AM
Dunia tak kejam ianya adil

kerana ianya hanya sementara


akhirat tempat yg kekal abadi selama2 nya

Kita akan dihisab & lastly tititan sirat nnti yg akan jd penentuan tempat kita

yg kekal abadi selamanya
Quote eyansss 22-10-2019 11:31 AM
dek, ko pakai seluar hitam sendat tu akak tak kisah dek...  tapi jangan la pakai tudung dek...  tak sesuai dek...  free hair is better, when u wanna show your tits and petpet...
Quote Kurex 22-10-2019 11:38 AM
Simpan je duit tu, tak oayah joli.. Duit tu jugak boleh beli tuala wanita.. Tak payah mintak duit mak
Quote rosli_nurizzati 22-10-2019 11:43 AM
sbnrnya tak perlu think about it pun,, masa muda lawa org bg la review bagai, once you aged, nonono la dik.. time tu berbekalkan spm pun nak cri kerja susah.. tpi MO depa ni,. start but review then jadi la ponder produk2 smpah.. kaya smpai 7 keturunan tak abes..
Quote Kancilkering 22-10-2019 12:03 PM
X tahan bila budak darjah 6 ter ikut beli product pemutih keluaran dia

Gle ke pe....
Quote Artemesiaa 22-10-2019 12:10 PM
Sian buat mereka yang mudah terpedaya dengan review budak sepertinya yang nampak biasa2 je tak ada x factor pun
Quote kucingitam 22-10-2019 12:15 PM
kesian juga bebudak sekarang tua sebelum waktu...

Quote nazzse 22-10-2019 12:24 PM
baru 15 muka dah macam 20's..kesian kau dik, takda zaman kanak2 yg best
Quote matchstick 22-10-2019 01:26 PM
beshe2 je muka budak ni..muda lagi of course lah kulit tegang cantik mulus mcm kulit baby. plus budak2 muda skrg mekap and pakai tudung ikut trend, pastu ambik gambar pakai filter. hasilnya aku tgk sepesen je muka ig femes ni masing2.
Quote misuke 22-10-2019 01:41 PM
kena kreatif la nk tarik follower.. untung la kecik2 dah merasa pegang duit banyak tu...
Quote cikatilia 22-10-2019 02:11 PM
review product sampah timbang kilo
yg dia pon sendiri kemungkinan besar tak pakai
Quote Noraniza_Iblis 22-10-2019 02:15 PM
acik2 kepam dengki letuw....
Quote Cpkay 22-10-2019 02:17 PM
Alhamdulilah lahir dalam selimut emas..
tapi tabik jugak to this kid pandai buat duit ..
Quote awanysss 22-10-2019 02:34 PM
walaupun iols impress dia dpt buat byk duit,
tp iols kesian sbb dia mcm tak dpt enjoy childhood dia..
rasanya kalau pegi skola pun kena cover2.. tak comot2..
mesti tak enjoy pegi kawad ke, camp ke..
Quote cikja 22-10-2019 02:40 PM
Realiti dunia skrg...ini laa yg disanjung2... bdk2 yg kepam terpinggir...lg worse yg kepam2 chubby2 ni try hard nk jd mcm mcm diaorg jgk...tu yg kdg2 ada yg depress bagai...
Quote palmolive 22-10-2019 02:46 PM
seluar camtu kalo dulu geng2 rockers jek pakai..
adik ni rockers ker?
Quote URUHA 22-10-2019 03:18 PM
Meols xde la kagum dgn adik ni. Lebih kpd kesian. Kecik2 da tenyeh muka dgn produk makeup yg ada bahan kimia. Muka nk pakai lama dik oiii. Kecik2 dah tua sblm usia.

Kat Malaysia ni org mmg pandang rupa je. Bodoh piang + attitude ke laut pun xpe asalkan ada rupa. Dlm hal ni netizen la bingai nau g follow Instafamous x mendatangkan hasil ni.

Kosser la meols nk follow budak2 cmni. Lg suka follow IG masak2 & travel je.

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:14 AM GMT+8 , Processed in 0.060934 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top