CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Demi Sebotol Vodka, Kanak-kanak Kurang Upaya Dijadikan 'Habuan'

27-10-2019 09:54 AM| Diterbitkan: yanieray| Dilihat: 6004| Komen: 20|Original author: Oleh: Pink Lily

Kredit foto: Mirror.UK

Seorang gadis kurang upaya yang 'menyalak dan melolong' diberi kepada pedofilia oleh ibunya sebagai pertukaran dengan vodka. 

Gadis berusia 12 tahun yang digelar sebagai Diana itu dijumpai selepas melepaskan diri dari sangkarnya dan merangkak seperti 'seekor haiwan yang ketakutan' di jalanan. 

Menurut laporan, kanak-kanak itu tidak boleh bercakap, sebaliknya membuat bunyi seperti menyalak, tidak boleh berjalan menggunakan kakinya, tidur di atas lantai dan kelihatan lebih muda daripada usia sebenarnya.



Kredit foto: Mirror.UK

Dikatakan, ibu kanak-kanak ini telah memaksanya untuk tinggal di dalam sangkar pada masa-masa tertentu dan di dalam kandang usang bersama lembu semasa musim panas. 


Kandang usang tempat Diana dipaksa tinggal di musim panas. Kredit foto: Mirror.UK

Ibu anak lapan itu menafikan dakwaan tersebut dan pihak polis kini menyiasat dakwaan dia mengabaikan dan mendera kanak-kanak terbabit.

Diana kini mengalami keletihan melampau dan sedang diberi rawatan di hospital selepas berjaya melepaskan diri di Oryol, Russia.

Sumber dari hospital memberitahu Oryol Times, "Ibunya seorang penagih arak. Ini adalah anaknya yang kelapan. Ketujuh-tujuh anaknya sebelum ini telah diambil oleh pihak berkuasa.

"Ibunya telah menyembunyikan kanak-kanak ini sebaik mungkin. Di rumah, mangsa dikurung di dalam sangkar dan sekiranya dia perlu keluar rumah, dia akan mengangkut kanak-kanak ini di dalam beg sorong.

"Demi sebotol vodka, dia menjual gadis ini untuk menjadi hamba seks."


Diana menghabiskan masa berbulan-bulan tinggal di kandang usang ini. Kredit foto: Mirror.UK

Difahamkan, polis telah campur tangan dan kanak-kanak ini diambil daripada ibunya, Madina, 38. Ibunya yang berasal dari wilayah Chechnya belum didakwa atas kesalahan jenayah. 

Namun, Madina dan jiran-jirannya menafikan dakwaan menjual kanak-kanak itu menjadi hamba seks. Katanya kepada pemberita, dakwaan itu adalah satu 'penipuan' dan gadis itu 'sakit', 'tiada apa yang boleh dia lakukan'.

Media Rusia memaparkan imej-imej gadis tersebut berbaring memeluk tubuh di hospital dan kandang tempat tinggalnya dulu. Terdapat laporan mengatakan yang Diana mengalami 'kecacatan semenjak lahir', manakala bapanya telah meninggal awal tahun ini

Dakwaan kes jenayah melibatkan pengabaian telah dilaporkan terhadap pegawai kebajikan kanak-kanak yang dituduh gagal melindungi Diana. 

Menurut akhbar Komsomolskaya Pravda, yang memetik kata-kata jiran mereka, "Ibunya mengunci gadis itu di dalam bilik hanya sewaktu musim sejuk. Pada musim panas, dia akan menempatkan gadis itu di ruang ladang sebelah lembu." 

Anjing, itik dan ayam dipercayai turut ditempatkan bersama-sama gadis itu. Laporan juga menyatakan yang kanak-kanak ini tidak mampu menggunakan peralatan makanan dan hanya tidur di atas lantai.


Pakaian dan kasut kanak-kanak yang dijumpai di kawasan tersebut. Kredit foto: Mirror.UK

Sementara itu, sumber terdekat hospital juga melaporkan Diana enggan tidur di atas katil.

"Dia akan menyorok di sudut bilik sambil meringkuk di atas lantai. Dia juga menerkam makanan dan menelannya secepat mungkin sebelum memuntahkannya semula dan akan cuba makan lagi," katanya.

Semoga penderitaan kanak-kanak itu berakhir. - CARI


Bagus
2

Marah
1

Terkejut
6

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • ctcheery

  • kroit92


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote che_yatt 27-10-2019 10:20 AM
kesiannya baca..perilaku dia dah tak macam manusia biasa....moga anak ini selamat berada di dalam jagaan pihak yang bertanggungjawab..
Quote awaynepian 27-10-2019 11:14 AM
Kalau pun dia cacat...tergamak ke kau tinggalkan kan bangsal binatang..baik kau bunuh je dia..Allah ada ka manusia boddo jadi mak ni
Quote sarah82 27-10-2019 01:29 PM
Kejam sgt buat anak mcm tu.
Quote shernazz 27-10-2019 01:35 PM
Yang peliks
Jiran pon support...
Quote buapakperut 27-10-2019 01:45 PM
kesiannye anak tu ..sampai membesar dengan tak sempurna. hai ibu syaitan hukum die humban dengan molotov. syukur anak2 dah kene amik
Quote thetimes 27-10-2019 02:25 PM
Ibu sepatutnya yang jadi tempat dia berlindung buat dia macam ni...sedih sangat...
{:cryrun
Quote Catpaw 27-10-2019 03:03 PM
Ada lagi yang buat macam ni, tinggalkan anak2 dengan binatang dah anak tiru perbuatan haiwan tu...
Quote blythes 27-10-2019 03:55 PM
Memang tak pernah dibela ke anak ni zaman sekarang pun ada lagi kes feral child
Quote hiswife 27-10-2019 04:40 PM
Kesiannya.. Darah daging sendiri kot
Quote Kurex 27-10-2019 04:52 PM
Apa la punya manusia ni kan @renko .. Dia suka yg lain jantina & normal tapi "jual" anak sendiri..
Quote Supersirap 27-10-2019 11:31 PM
Semoga kanak-kanak tersebut mendapat pembelaan yang sepatutnya
Quote clarizsa 28-10-2019 12:01 AM
Berita2 mcm ni buat i rasa hmmm xpelah org nak hina i mandul ke atau jijik ke dengan anak angkat i tu
Serius tak faham kenapa nak “eeuuuwww anak angkat” camtu
Biarlah

Tengok je lah sifat ntah apa jenis manusia tuhan bagi benih subur tapi aniaya anak kandung sampai mcm ni

I malas dah nak ask God WHY
Quote Perawankota 28-10-2019 04:33 AM
Ibu perangai haiwan
Quote Artemesiaa 28-10-2019 11:30 AM
Kejamnya perbuatan bila hilangnya rasa kasih sayang macam tulah jadinya
Quote Suchi 28-10-2019 01:09 PM
Alamak... takleh la baca berita pasal penganiayaan pada kanak2
Rasa bersalah sgt sbb tak dapat bantu

Tolongla jgn seksa kanak2 taktau napa setiap kali org dewasa ade masalah budak2 jd mangsa.
Quote bebayang 29-10-2019 08:49 AM
anak tu... giler r..  binatang pun ade rase syg anak...
Quote rantaikendoq 29-10-2019 09:08 AM
masyallah subhanallah...apa punya wanita yg beranak 8...
hanya dgn arak, rosak segalanya
benarlah Islam mengharamkan arak....air kencing setan...
Quote dua_chzy 29-10-2019 09:13 AM
rantaikendoq replied at 29-10-2019 09:08 AM
masyallah subhanallah...apa punya wanita yg beranak 8...
hanya dgn arak, rosak segalanya
benarlah  ...


Sorry la. This has nothing to do with arak. Berapa billion umat manusia minum arak, tak buat gini.

Lagipon deyol ummah Chechen kan. Ada kemungkinan deyol pendatang Muslim? Nama pun Madina.
Quote nono86 2-11-2019 01:33 AM
Kesian budak tu

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:15 AM GMT+8 , Processed in 0.129575 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top