Seperti ada yang tidak faham-faham, tabiat mahu menambah nilai kad Touch N Go di plaza tol meskipun diumumkan tidak lagi beroperasi, namun pengguna masih berbuat demikian.
Ini sekaligus menyebabkan pengguna lain terpaksa menunggu dan membuang masa semata-mata ingin menunggu giliran mereka menyentuh kad tersebut. Baru-baru ini satu rakaman video menunjukkan bagaimana karenah pengguna yang mahu menambah nilai kad Touch N Go mereka menjadi tular. Yang menjadi perhatian, si perakam yang nyata sekali tidak tahan dengan sikap pengguna di hadapannya, membebel dalam rakaman video berkenaan. “Bukan nak pergi awal-awal ‘topup’. Cubalah jangan jadi orang yang menyusahkan orang. Cakap nanti marah, cakapkan nanti kata pemandu lori kurang ajar,” katanya lelaki yang merakam kejadian itu.
“Tapi dia ni pun bengonglah, menyusahkan orang. Janganlah jadi macam ini menyusahkan orang. Eh mak cik ni pergi mana? Beli nasi goreng sekali ke? Sudah, hilang dah mak cik ini, jangan-jangan pesan nasi goreng tak?” katanya lagi. Meskipun video berdurasi dua minit itu melucukan, namun ia membawa mesej kepada semua pengguna lebuh raya yang lain. Sentiasalah peka dengan baki kad anda dan tidak lagi menyusahkan orang lain. Apa pula pendapat anda? - CARI
|
salmon-suki: Xleh ke kalau buat satu lane khas utk y nak t.up sahaja?pstu guna kad sahaja,or paywave utk beli topup tng nih?y nak cepat guna lane lain laa..tgk hig ...
sambaldurian: Sbnrnye ak x setuju gak xde org kt kaunter top up, ak hari2 gak le guna tol, at least area ak mmg ada mesin kiosk tng, so sng le ak top up. Yg org kej ...
damian_lee replied at 21-10-2019 02:16 PM
I wish one day touch n go boleh top up guna mobile
boleh utilize NFC technology ke apa ....
easie ...
duradanis replied at 21-10-2019 06:24 AM
yang penting nk jalan jauh tu siap2 la topup touch & go tu.. RFID yg diperkenalkan sekarang guna t ...
damian_lee replied at 21-10-2019 02:27 PM
better xyah .... buat touch n go tambah nilai ...
pastu sapa yang panggil untuk assitant ... kena ...
akuMNdia replied at 21-10-2019 02:13 PM
kalau topup guna T&G e-wallet tu mmg tak boleh detect ke bila touch kat tol?
ADVERTISEMENT